Mikro

    Razzi ArmansurTerus Senyap Apabila Ditanya, "Tapi Bagaimana?"
    Sun 24 March 2013

    Razzi Armansur menulis: Kerana mahu tahu, kita mesti bertanya "Bagaimana". Pertanyaan itu akan memberikan kita input bagaimana melaksanakan. Pertanyaan itu juga menjadikan kita tahu sama ada yang berkata itu tahu atau sekadar 'dengar-dengar' selama ini.

    Kata Mat Tahu: "Melayu mesti bersatu."

    Kita tanya kembali, "Setuju, tapi bagaimana?"

    Mat Tahu: "Bersatulah, takkan tak tahu" atau, "Errr... Errr.."

    --------


    Kata Mat Memandai, "Demokrasi tak ada dalam Islam, kita mesti menegakkan pemerintahan Khilafah."

    Kita tanya, "Setuju, sebab khilafah adalah sistem pemerintahan sebagaimana Rasulullah saw. Tapi bagaimana hendak melaksanakannya sekarang? Praktikalnya bagaimana?"

    Mat Memandai: "Errr... Errr... Takkan tak tahu..."

    ---------------

    Kata Mat Buat-Buat Tahu: "Masyarakat mesti sentiasa mencari yang Halal."

    Kata kita: "Betul sekali. Tapi bagaimana mencari yang sahih halal di Malaysia ini? Adakah hanya berdasarkan pelekat Halal? Atau gantungan tulisan jawi? Atau nama kedai bunyi-bunyi Islam?"

    Mat Buat-Buat Tahu: "Errr... "

    .........................................................................................................................................................

    Razzi ArmansurKisah Pengemis yang Tahu Rahsia
    Sun 24 March 2013

    Razzi Armansur menulis: Jikalau anda bertanya kepada pengemis mereka sebenarnya lebih lama tahu tentang segala rahsia untuk menjadi kaya. Mereka memiliki dan mengamalkan ilmu kekayaan. Jadi, jangan sesekali mengatakan mereka pemalas, kerana pemalas mereka menjadi pengemis.

    Anda bertanya, "Apa rahsia kekayaan dan kejayaan?" Pengemis akan menjawab, "Ooohh... Itu saya tahu... Mesti rajin, tekun, sabar, berjimat-cermat, tidak putus asa, tabah, determination."

    "Jadi Encik Pengemis tahu syarat untuk menjadi kaya?"

    "Tahu."

    "Tapi kenapa setakat tahu saja, tapi tak buat?"

    "Siapa kata saya tak buat? Saya rajin, tekun, sabar, berjimat-cermat, tabah. Makin hamun, kutuk bertimbun, tetapi saya tak pernah putus asa. Cukup syarat untuk menjadi kaya dan berjaya"

    "Tapi mengapa Encik Pengemis tak kaya?"

    "Kamu baru keluar dari gua kah? Kamu tak baca akhbar kah? Ada pengemis yang pendapatannya sampai RM1000 sehari. Saya salah seorang darinya. Saya lebih kaya dari kamu tapi kamu kata saya tak kaya. Kalau menunjukkan imej orang kaya, siapa yang nak memberi wang pada saya? Sebab itu saya kekal dengan imej begini untuk mendapatkan RM1,000 sehari."

    Moral: Tahu sahaja tidak mencukupi jikalau tidak dibuat. Setakat tahu, semua orang tahu. Buat dan tahu sama-sama penting. Sudah tahu, kena buat.

    .........................................................................................................................................................

    Razzi ArmansurHanya Fakta Sahaja
    Thu 21 March 2013

    Razzi Armansur menulis: Setiap kali kita berkata-kata, sekiranya ia bukan fakta, hanya rekaan sendiri, maka ia sebenarnya 'membunuh' diri sendiri, sekarang, akan datang atau 10, 20, 100 tahun lagi.

    Bagaimana ia membunuh diri? Mudah sahaja -- nilai diri kita makin rendah kerana orang yang berada di depan kita mendengar kata-kata rekaan itu bukan orang yang bodoh. Mereka tahu fakta yang tepat.

    Lebih-lebih lagi, 'Pakar Motivasi' yang bercakap asalkan keluar dari mulut -- ingatlah, sekiranya orang yang mendengar cakap-cakap itu, kemudian percaya dan melaksanakan cakap-cakap itu, hidupnya pula rosak (akibat melaksanakan cakap-cakap itu) maka 'Pakar Motivasi' itulah yang bersalah! Begitu juga dengan 'Penulis Buku Angin'.

    Bagaimana mengatasi? Mudah sangat. Jangan anggap orang di depan kita adalah bodoh. Sebaiknya anggap jauh lebih pandai dari kita, walau apa pun latar belakangnya. Mengatasi semuanya, zaman sekarang untuk mencari orang bodoh lebih susah dari mencari orang pandai.

    .........................................................................................................................................................

    Lagi »

Artikel Terkini

  • [01 May 2013]   Rugi jikalau tidak belajar strategi peperangan   [ 1437 kali dibaca ]
    Rugi sesiapa yang tidak mahu belajar seni dan strategi peperangan yang sedang dilaksanakan di depan mata sekarang ini. Dari seni peperangan itu bolehlah diaplikasikan dalam kehidupan dan bisnes. Bukankah kehidupan dan bisnes itu adalah 'peperangan'...

  • .........................................................................................................................................................

  • [24 Mar 2013]   Kita Sentiasa Dilarang Menjadi Kaya!   [ 1766 kali dibaca ]
    Setiap hari, telinga kita mendengar 'larangan' umat Islam dari menjadi kaya. Siapa yang 'melarang' begitu? Umat Islam yang miskin, kecewa dan yang menunjukkan dirinya dengan penampilan 'Islamik'. Juga spesies 'self-acclaimed' ustad (selayaknya...

  • .........................................................................................................................................................

  • [24 Mar 2013]   Kalaulah Cheng Ho Miskin   [ 2651 kali dibaca ]
    Cheng Ho adalah salah seorang dari kaum Cina yang hebat, kaya-raya dan sudah tentu boleh dicontohi. Cheng Ho bukan mualaf tetapi memang keturunan Islam. Nenek moyang beliau adalah Islam. Istimewanya mereka ialah -- mereka memeluk Islam melalui salah...

  • .........................................................................................................................................................

  • [11 Feb 2012]   Ayat 1000 Dinar untuk Beli BRABUS   [ 7767 kali dibaca ]
    Hendak membeli kereta Brabus? Sediakan terlebih dahulu RM60,000 yang boleh digunakan untuk membeli kereta Malaysia, tunai, sebagai deposit. Deposit 10% dari harganya RM600,000.

  • .........................................................................................................................................................

  • [10 Feb 2012]   50 lawan 1, agaknya siapa yang menang?    [ 1943 kali dibaca ]
    DITEMUI tulisan yang sangat menarik, lalu saya copy dan paste untuk tatapan umum. Tidak tahu, sama ada ini adalah kisah benar atau kisah kiasan. Jika benar datang dari Allah swt, jika salah datang dari manusia.

  • .........................................................................................................................................................

  • [01 Feb 2012]   Cahaya apakah dari Timur itu?    [ 1845 kali dibaca ]
    MARINI AZAHRI, sahabat karib sejak sekian lama telah memenangi hadiah pertama dalam penulisan lirik berunsur Islam. Marini memang berbakat besar dalam penulisan dan sangat rajin menambahkan ilmu teknikal penulisan, juga rajin menulis, sudah tentu...

  • .........................................................................................................................................................

  • [11 Jan 2012]   Yang amat penting, diabaikan   [ 1759 kali dibaca ]
    Pada tahun 80-an, ada 2 majalah yang sangat popular untuk orang yang suka mengabaikan perkara penting tersebut. Yang penting diabaikan, dilangkah, dihindari kerana itu ramai pembaca majalah itu, termasuk aku, akhirnya hanya mendapat 'angin' sahaja.

  • .........................................................................................................................................................

  • [02 Jan 2012]   Dalam dunia ini, hanya ada satu bisnes sahaja   [ 11127 kali dibaca ]
    Pada tahun 80-an seseorang bertanya, "Mengapa hanya ada satu bisnes sahaja dalam kepala orang Melayu?" Pertanyaan yang kurang tepat kerana sebenarnya pada tahun-tahun 70-an, 80-an hanya ada 2 bisnes sahaja di dalam kepala orang Melayu. Kini, masih...

  • .........................................................................................................................................................

  • [09 Dec 2011]   Hanyut tenggelam hanya kerana tidak mahu   [ 1557 kali dibaca ]
    Apa akan jadi, jikalau sedang hanyut dan akan tenggelam tetapi tidak berbuat apa-apa untuk menyelematkan nyawa. Hanya redha dan berkata dalam hati, "Alah, sudah ditakdirkan begini..." Itulah yang berlaku kepada sebahagian dari kita ini. Hanya...

  • .........................................................................................................................................................

  • [07 Dec 2011]   Bagaimana mengetahui kita tidak dikasihi   [ 3807 kali dibaca ]
    Hati tertanya-tanya, adakah kita ini dikasihi, disayangi. Hati juga tertanya-tanya, adakah kita ini tidak dikasihi dan tidak disayangi. Kalau disayangi, beruntung dan menjadi inspirasi untuk berusaha supaya lebih disayangi lagi. Bagaimana jikalau...

  • .........................................................................................................................................................

    Lagi Artikel »

Mutiara Kata

Bagaimana anda menguruskan MAT, itulah yang menentukan hidup anda. MAT: Masa, Akal, Tenaga

» Razzi Armansur «

Hubungi

Arkib Artikel

Penaja








Mari Menderma







Web Kegemaran

Tetamu