Berkenalan



SIAPA SAYA? SIAPA RAZZI ARMANSUR? Saya memulakan karier sebagai penulis sejak 1990. Karier bermakna tak ada kerja lain yang saya buat selain menggunakan jari dan otak untuk menghasilkan tulisan. Dari hasil penulisan itu saya mampu mencipta nama di dalam industri penerbitan di Malaysia, Singapura, Brunei; tapi belum mampu mencipta kekayaan (belum bukan tidak).

Tetapi sejak mula lagi, saya lebih suka berada di balik tabir, sampai orang kata saya ini penulis terkenal yang tidak dikenali. Yang paling utama dalam hidup saya ialah impak dari penulisan saya. Apa impak yang pembaca perolehi. Itu sangat penting, jauh lebih penting dari menyorongkan muka saya supaya dikenali. Atau menipu masyarakat dengan meletakkan Dr, Datuk, atau entah apa-apa lagi di depan nama saya agar saya dihormati melalui penipuan seperti itu. Memang pelik, jika saya tak pernah mengambil Master, PhD, tiba-tiba ada Dr. di depan nama saya. Kelakar....

Setelah menghasilkan lebih kurang 20 buku sejak tahun 1990, saya mula mengalihkan perhatian ke dunia cyber. Sejak dari tahun 1996, di mana internet mula dikenali di Malaysia, saya begitu tertarik dengan potensi internet.

Mulai tahun 2000 perhatian saya tertumpu kepada komuniti cyber. Fikir saya, alangkah seronoknya, kalau saya mampu mewujudkan satu komuniti cyber. Apa lagi, saya pun mempelajari setiap aspek dalam pembinaan komuniti cyber. Bukan skrip untuk membina web komuniti cyber tetapi bagaimana menghimpunkan manusia dari seluruh dunia, dengan minat yang sama di dalam laman web.

Tahun 2003, saya telah mengasaskan Portal Ukhwah (www.ukhwah.com), yang mana pada tahun 2005, ahlinya mencecah 20,000 orang dari seluruh dunia. Bagi saya, itu adalah kejayaan besar. Portal Ukhwah benar-benar mendahului di depan, disegani dan menjadi ikut-ikutan meletakkan sebagai "The Real Trendsetter". Lebih maju lagi kerana Portal Ukhwah diurus oleh pengurus-pengurus yang berkaliber.

Jadi, nama saya ada dua. Di dalam penulisan saya dikenali dengan nama RAZZI ARMANSUR. Di dalam internet, saya lebih dikenali dengan nama KANG (Abang, dalam bahasa Jawa).

Dunia penulisan telah saya tinggalkan sejak menjadi seronok dengan cyber.

Tapi, darah daging saya ialah penulisan. Saya mesti terus menulis. Jika tidak menulis dan menghasilkan buku baru saya akan gelisah. Maka, mulai tahun 2005, selain buku-buku lama diterbitkan semula, saya mula menulis kembali.

Apakah sebenarnya cita-cita saya? Hanya satu iaitu USAHAWAN. Bukan usahawan yang selfish tetapi usahawan yang mampu melahirkan puluhan atau ratusan usahawan lain. Bukan usahawan yang memikirkan keuntungan semata-mata sebaliknya adalah usahawan yang membantu ratusan usahawan-usahawan lain. Saya pernah berniaga tetapi saya berhentikan kerana ia tidak menepati impian saya (memberi sinar kepada usahawan-usahawan lain).

Itulah impian dan cita-cita saya. Kita mendapat apa yang kita fokus.

Selain dari itu, ada satu lagi cita-cita utama saya iaitu: mahu menghasilkan sebuah buku yang berjudul STRATEGI PERJUANGAN RASULULLAH. Inilah buku yang akan saya hasilkan. Bila? Tak tahu, tapi itulah yang dicita-citakan. Buku yang sehebat Art Of War oleh Sun Tzu. InsyaAllah.

Mutiara Kata

Apabila anda telah tenggelam ke dasar lautan, apakah pilihan anda selain naik semula ke permukaan?

» Abang Pattihi Abang Samsudin (1956 -- 2006) «

Hubungi

Arkib Artikel

Penaja








Mari Menderma







Web Kegemaran

Tetamu