Posting pada:  11 Oct 2008 ( 1637 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Dari Allah ia datang, kepada Allah ia kembali. Dengan serta-merta anda menyangka ia ada kaitan dengan kematian, kerana selalunya begitu. Begitulah 'branding' ayat tersebut. Begitu juga dengan membaca surah Yassin di sisi orang yang sakit. Serta-merta dikaitkan dengan kematian, sedangkan surah Yassin itu sendiri adalah penawar bukan pengiring kematian. Kalau sekiranya si sakit masih panjang umur, insyaAllah dengan keberkatan surah Yassin, ia akan menjadi penawar dan penyembuh. Kalau sudah sampai tempohnya, surah Yassin tersebut menjadi penawar untuk memudahkan perjalanan nyawa keluar dari jasad.

Read More... | 5205 bytes more | Comments?
Posting pada:  10 Oct 2008 ( 1450 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Namakan apa bangsa yang tidak ada di Malaysia ini? Hampir semua bangsa ada. Mungkin hanya Eskimo yang tidak ada. Atau mungkin memang dah ada warga Eskimo di Malaysia?

Read More... | 6839 bytes more | Comments?
Posting pada:  09 Oct 2008 ( 1668 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Suatu malam, beberapa tahun dahulu, saya mendengar kata-kata Presiden Amway melalui video dalam mesyuarat mingguan Amway, yang sememangnya ada kebenaran. Katanya, "Keseronokan adalah pada pencarian, bukan pada pemilikan." Buktikan sendiri. Katakan anda mengidam telefon bimbit yang paling canggih di antara yang tercanggih. Kerana anda fokus, akhirnya anda mendapat telefon tersebut. Bandingkan di mana sebenarnya keseronokan dan thrill? Pada pencarian atau pada pemilikan?

Read More... | 6824 bytes more | Comments?
Posting pada:  30 Sep 2008 ( 1446 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Ditakdirkan, setelah anda berusaha gigih, anda menjadi kaya-raya, melimpah-ruah, berlebih-lebih wang anda, pada suatu hari kelak, anda hendak bersedekah jariah, berhati-hati. Bimbang nanti sedekah anda itu membawa keburukan.

Read More... | 5594 bytes more | Comments?
Posting pada:  29 Sep 2008 ( 1443 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Apabila sampai masanya datang, ia tetap datang. Lusa, Hari Raya. Ia datang lagi dan terus datang sehingga hari kiamat. Datang tetap datang, yang membezakannya ialah suasana dan sambutannya.

Read More... | 4066 bytes more | Comments?
Posting pada:  27 Sep 2008 ( 1681 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Semakin seseorang itu mengatakan tentang sesuatu, semakin ia tidak terlibat, tidak mempunyai. Tidak semua, sebahagian besarnya, begitulah. Contoh mudah: orang yang paling banyak bertanya tentang royalti buku, sampai sekarang belum lagi menulis buku. Orang yang sibuk dan bising nak beristeri dua sampai sudah tidak pernah menyempurnakan hasratnya itu. Yang senyap tiba-tiba sudah berpoligami.

Read More... | 8278 bytes more | Comments?
Posting pada:  22 Sep 2008 ( 1201 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Kata seorang "pakar motivasi" suatu masa dulu: "Jangan berbelanja ketika perut sedang lapar." Kononnya, kelaparan itu menyebabkan hendak berbelanja lebih dari yang diperlukan, sebagaimana perut lapar hendak makan dengan banyak.

Read More... | 8608 bytes more | Comments?
Posting pada:  22 Sep 2008 ( 1476 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: "Sesuatu yang tak disangka, seringkali mendatangi kita..." Itu lirik lagu "Suratan Atau Kebetulan" nyanyian Kenny, Remmy dan Martin yang amat popular pada tahun 1986 hinggalah kini. Ada kebenarannya dan ada kaitannya dengan Abang Leman. Sengaja saya sebut Abang Leman supaya mudah diingat dan dikaitkan dengan Lehman Brothers.

Read More... | 2794 bytes more | Comments?
Posting pada:  16 Sep 2008 ( 1439 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Apabila tidak seperti yang dijangkakan pada 16 September 2008, mulalah puak-puak tertentu meneruskan kutukan mereka dengan lebih cemerlang lagi.

Read More... | 2089 bytes more | Comments?
Posting pada:  15 Sep 2008 ( 1560 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Sehari, lebih 5,000 bungkus bubur lambuk diedarkan secara percuma di Masjid Kg Baru, Kuala Lumpur setiap hari, sepanjang bulan Ramadan. Satu jumlah yang terlalu banyak. Semoga mereka yang bersedekah wang dan bahan-bahan untuk membuat bubur lambuk itu semakin bertambah berkat dan memperoleh pahala berganda-ganda.

Read More... | 4172 bytes more | Comments?
Posting pada:  14 Sep 2008 ( 1302 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Syukur Alhamdulilah, gaya (bolehkah disebut gaya?) Fiksyen Bisnes makin diminati. Apa buktinya? Permintaan. Yang terkini, permintaan dari KEMAS untuk buku RAHSIA AJAIB UNTUK BERJAYA, salah satu contoh Fiksyen Bisnes.

Read More... | 5694 bytes more | Comments?
Posting pada:  13 Sep 2008 ( 1362 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Antara yang tidak boleh dipilih ialah tarikh lahir dan tarikh mati. Yang lain, insyaAllah boleh. Kegagalan dan kejayaan memang boleh dipilih. Mana satu yang kita kehendaki? Jikalau kegagalan yang menjadi pilihan, jangan buat apa-apa. Duduk diam dan menerima seadanya, InsyaAllah, akan memperoleh sebagaimana yang dipilih. Jika mahukan kejayaan, tersedia caranya. Cara tersebut dilaksanakan, InsyaAllah akan memperoleh apa yang dipilih.

Read More... | 1508 bytes more | Comments?
Posting pada:  13 Sep 2008 ( 2369 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Sekarang ini, apabila disebut bisnes mamak, apa yang terbayang di fikiran? Apa 'branding' untuk bisnes kaum mamak? Restoran! Itulah yang terpancar di fikiran: restoran yang menghidangkan roti canai, teh tarik dan masakan mamak. Begitu 'branding' atau 'positioning' hingga suatu masa dulu seorang wartawan menulis, "Apalah Malaysia tanpa teh tarik dan roti canai."

Read More... | 6045 bytes more | Comments?
Posting pada:  12 Sep 2008 ( 1641 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Histeria di kalangan pelajar di Malaysia ini bukan fenomena, bukan perkara baru. Ia sudah lama terjadi bahkan sejak dari tahun 70-an lagi.

Read More... | 10421 bytes more | Comments?
Posting pada:  09 Sep 2008 ( 1417 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Melalui kata-kata, seseorang boleh berbohong. Tetapi tindakan tidak boleh dan tidak pernah berbohong. Dalam berkata-kata, seseorang boleh berbohong dengan mengatakan "ya" jikalau "tidak" atau "menafikan" jikalau "benar."

Read More... | 3584 bytes more | Comments?

Mutiara Kata

Kata purba: 'Yang penting orangnya bukan alatnya' Salah! Kesemuanya penting -- orangnya, alatnya, kemahirannya.

» Razzi Armansur «

Hubungi

Arkib Artikel

Penaja








Mari Menderma







Web Kegemaran

Tetamu