Posting pada:  26 Apr 2008 ( 1814 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Suatu masa dulu, Datuk Johan Jaafar (kalau tak silap, kalau silap, maafkan saya) menulis di dalam kolumnya, lebih kurang begini, "Kalau apa-apa hal terjadi kepada negara kita, kita makan kondominium, padang golf." Itu lama dulu, seingat saya dalam 10 hingga 12 tahun dahulu. Kaitannya untk mengingati, beliau pada masa itu adalah Ketua Pengarang Utusan, Sukan Komenwel yang mengalami kerugian besar dan Reformasi. Zaman Reformasi, Johan Jaafar sudah tidak bekerja di Utusan lagi. Suatu malam dalam tahun tersebut saya bertemunya di rumah Dato Seri Anwar. Tahun berapa itu? 1998. Hari ini? 2008.

Read More... | 7757 bytes more | Comments?
Posting pada:  24 Apr 2008 ( 1711 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Seminggu sebelum Pesta Buku 2008, saya berbincang bersama 2 pegawai pengedaran PTS, Encik Zaharin (Zet) dan Zain. Perbincangan ringan di gerai 'Makkal Sakhti' di depan pejabat PTS Batu Caves membincangkan tentang isu yang berkaitan dengan buku. Sudah tentu saya perlu mendapat info terkini tentang buku bagi mengenalpasti dengan tepat senario industri buku ini dan akan datang.

Read More... | 2825 bytes more | Comments?
Posting pada:  09 Apr 2008 ( 1592 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Yang ditunggu telah tiba. Inilah ujian sebenar untuk penulis, penerbit dan pengedar buku. Bagi penulis, adakah buku mereka dihampiri, dibelek dan dibeli? Bagi penerbit, adakah gerai mereka dikunjungi menjadi seperti pasar borong atau sesepi kuburan? Bagi pengedar, adakah buku edaran mereka mendatangkan keuntungan?

Read More... | 5675 bytes more | Comments?
Posting pada:  25 Mar 2008 ( 1559 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Tahun 1998, zaman Reformasi, zaman setiap Sabtu demo di Jalan Tuanku Abd Rahman dan Kampung Baru, zaman kena sembur asid, kena tembak gas pemedih mata, kena hambat dengan FRU, seseorang bertanya kepada saya, "Kamu pembangkang ya?"

Read More... | 4244 bytes more | Comments?
Posting pada:  25 Mar 2008 ( 1771 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Modal insan? Lebih baik gantikan saja dengan modal nisan. Modal insan apa benda kalau perkara yang paling asas di antara asas, beg yang berat tak pernah diambil tahu. Adalah sekali dua 'berkokok' bising-bising sekejap menyebut soal beg berat murid sekolah. Itu pun dibelit sana-sini oleh media yang akhirnya menyalahkan guru dan ibu bapa kerana murid membawa beg berat berisi batu-bata setiap pagi, 5 hari seminggu memanjat bangunan tinggi. Akhirnya, persespi rakyat jelata diterbalikkan: murid sekolah rendah adalah wajar memikul batu-bata setiap hari.

Read More... | 11239 bytes more | Comments?
Posting pada:  23 Mar 2008 ( 2105 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Yang lain jangan perasan, sebaliknya buang perasan itu dan belajar dari CEO yang amat rendah hati ini, lebih suka merendah diri. Tak pernah 'berkokok' seperti yang lain (yang perasan). Tak pernah gila publisiti sampaikan benda-benda pelik dijadikan bahan publisiti. Low profile, walaupun sebenarnya berprofil tinggi.

Read More... | 14932 bytes more | Comments?
Posting pada:  18 Mar 2008 ( 2469 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Ini yang saya pelajari dalam bisnes dan pengurusan. Sangat simple. Pasukan bola sepak (atau sepak bola sebab masih lagi guna sepak takraw) dijadikan contoh paling mudah.

Read More... | 1877 bytes more | Comments?
Posting pada:  18 Mar 2008 ( 1597 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Kalau Barisan Alternatif (atau nama barunya, "Pakatan Rakyat") memerintah, saya akan mengutus surat pertama meminta dikaji semula PLKN atau lebih baik dihapuskan terus. Parti PAS sudah lama mendesak agak dihentikan atau secara lembutnya, "Dikaji semula" program PLKN.

Read More... | 1809 bytes more | Comments?
Posting pada:  15 Mar 2008 ( 1611 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Hari ini, genap seminggu perayaan atau pesta atau pilihanraya ke 12. Apa yang anda perhatikan sesudah seminggu berlalu? Yang saya perhatikan betapa kelakarnya media perdana di Malaysia ini, masih berterusan memperbodohkan rakyat. Benar, rakyat masih ada yang bodoh dan rela diperbodohkan, tetapi lebih ramai rakyat yang pandai.

Read More... | 17230 bytes more | Comments?
Posting pada:  03 Mar 2008 ( 1774 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Saya mohon maaf kerana tidak dapat updete web saya ini lebih kerap atas sebab: menyiapkan 2 buku, menyiapkan 1 majalah dan ikut berkempen untuk pilihan raya.

Menyebut pasal kempen, macam-macam isu kelakar yang kita dengar sampaikan kita berkata, "Lucunya, dah tak ada isu lain ke?" Lucu atau tidak bila isu enggan bersalam dibesar-besarkan? Tidak ada seorang pun rakyat Malaysia yang percaya jika Tuan Guru Haji Hadi enggan bersalam. Lebih ramai yang gelak berbanding percaya. Kalau tahun 80-an dulu mungkin orang percaya, tetapi sekarang ini mencari orang yang bodoh lebih sukar dari pokok di bandaraya.

Read More... | 3944 bytes more | Comments?
Posting pada:  20 Feb 2008 ( 1707 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Mana satu yang dikehendaki? Tidak ada siapa boleh menghalang anda. Maksud di sini, set yang mana? Fizikal dan mental kita ini boleh diset. Set yang mana yang dikehendaki? Set boleh atau set tak boleh? Tidak ada siapa yang menghalang.

Read More... | 3725 bytes more | Comments?
Posting pada:  18 Feb 2008 ( 1581 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Kerana terpengaruh dengan 'Doomsday Conspiracy' dan 'The Da Vinci Code', buku Rahsia Ajaib Untuk Berjaya telah terhasil. Menyusul kini ialah Senarai Ajaib.

Read More... | 8337 bytes more | Comments?
Posting pada:  18 Feb 2008 ( 1694 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Tidak ada yang lebih akrab selain persahabatan semasa sekolah rendah dan menengah. Zaman remaja hanya sekali dan yang paling indah tidak diperoleh selalu.

Read More... | 1247 bytes more | Comments?
Posting pada:  17 Feb 2008 ( 1577 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Sebagaimana yang didiga sejak awal, lampu menjadi gemerlapan setiap 4 tahun sekali. Dan sebagaimana biasa, perangkap sedang dipasang, apabila lampu sedang bergemerlapan.

Read More... | 6251 bytes more | Comments?
Posting pada:  08 Feb 2008 ( 1626 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Secara mudah begini: jika gerun dengan pesaing, jangan buat apa-apa. Itu saja. Duduk diam-diam lebih baik daripada gerun dengan pesaing. Ini kerana pesaing bukan untuk digeruni sebaliknya untuk disyukuri. Setiap pesaing yang telah dan bakal wujud di muka bumi ini akan membawa rahmat

Read More... | 6175 bytes more | Comments?

Mutiara Kata

Saya tak mahu ia terus kekal sebagai impian sahaja

» Tony Fernandez «

Hubungi

Arkib Artikel

Penaja








Mari Menderma







Web Kegemaran

Tetamu