Posting pada:  01 Dec 2007 ( 2409 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Hanya angka. Minggu lepas melihat gambar perkahwinan dalam album. Antaranya yang disemadikan dalam gambar ialah gambar cek hantaran. Ya, cek hantaran. Hanya angka, tulis saja berapa yang anda suka dalam cek tersebut. Angka dalam cek tersebut ialah RM10,000.00. Hanya angka.

Read More... | 3593 bytes more | Comments?
Posting pada:  01 Dec 2007 ( 1953 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Sejak bila ada e? Tak ingat, tetapi sejak hujung tahun 90-an. Atau mungkin mulai dari tahun 2000. E dipangkal itu membawa maksud elektronik. Tanpa kertas. Bila disebut e-kerajaan maksudnya urusan kerajaan tanpa kertas, semua dijalankan secara online dengan bantuan internet. Bila sebut e-mel, bermakna mel (surat) tanpa kertas dan setem -- surat dihantar melalui internet.

Read More... | 4472 bytes more | Comments?
Posting pada:  28 Nov 2007 ( 1791 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: PENDAHULUAN

DUNIA INI PENUH WANG! Dunia ini dipenuhi wang

Read More... | 974 bytes more | Comments?
Posting pada:  23 Nov 2007 ( 1520 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Jumaat. Khutbah Jumaat hari ini mengenai satu lagi sumber ekonomi Malaysia iaitu arak. Minuman yang dilarang oleh Islam ini ada di mana-mana sahaja di bumi Malaysia yang khabarnya negara Islam. Bahkah kilang Guiness Anchor dan Carlsberg ada di Sungai Way, Selangor. Negara Islam yang ada kilang arak. Bahkan khabarnya arak-arak eksklusif diimport oleh orang yang Islam (Islam apa kalau begitu?).

Read More... | 3373 bytes more | Comments?
Posting pada:  15 Nov 2007 ( 1625 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Ayat ini sentiasa kelihatan dan kedengaran berkali-kali, di mana-mana. Saya tak pasti sama ada ia hadis atau kata-kata ulamak. Atau jika ia hadis adakah ia hadis sahih, palsu, maudhu'?

Read More... | 6095 bytes more | Comments?
Posting pada:  14 Nov 2007 ( 1674 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Kita tak perlu belajar biologi atau biotek atau seumpamanya untuk mengetahui asas bagaimana pokok boleh tumbuh subur. Ada dua bahagian yang perlu diberi perhatian serius iaitu di atas bumi dan di bawah bumi. Di atas bumi: fizikal pokok itu yang kelihatan dan perlu diberi perhatian serius ketika peringkat menanam. Di bawah, di dalam bumi pula kita akan melihat akar tunjang yang kukuh membantu dan menyokong kehidupan dan kesuburan pokok tersebut.

Read More... | 8913 bytes more | Comments?
Posting pada:  03 Nov 2007 ( 1989 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Apabila Rasulullah menyampaikan khutbah terakhir, Saidina Abu Bakar berasa amat sedih hingga mengalirkan airmata. Beliau sedih mendengar bila Rasulllah menyebut bahawa agama Islam telah sempurna dan lengkap.

Read More... | 9214 bytes more | Comments?
Posting pada:  22 Oct 2007 ( 1630 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Keajaiban kekal wujud. Cuma ia tidak terjadi dengan sendirinya. Kita berusaha bersungguh-sungguh untuk merealisasikan keajaiban dalam apa saja bidang.

Read More... | 5436 bytes more | Comments?
Posting pada:  22 Oct 2007 ( 1465 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Selepas terawih, bertemu sahabat di depan masjid. Sembang-sembang sikit sebelum balik. Tapi bagi saya, malam Ramadan tahun ini, maksudnya pada malam saya bersembang di depan masjid itu, saya mendapat mutiara yang sangat berharga.

Read More... | 2362 bytes more | Comments?
Posting pada:  21 Oct 2007 ( 8581 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Ini fatwa saya sendiri: semasa mencarinya memang sukar menemuinya. Tetapi jika tidak berputus asa dan mengubah cara mencarinya, hingga menemuinya (jika anda melakukan apa yang anda lakukan selama ini, anda akan mendapat apa yang anda dapat selama ini), optimis, pasti, maka anda akan menemui, insaAllah.

Read More... | 8948 bytes more | Comments?
Posting pada:  05 Oct 2007 ( 1719 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Setiap tahun, saya rasa, sayalah orang yang paling menunggu iklan Petronas. Saya peminat setia karya iklan Yasmin Ahmad. Iklan belaiu bukan iklan biasa, tetapi sebuah karya yang amat berkesan.

Read More... | 3995 bytes more | Comments?
Posting pada:  12 Sep 2007 ( 1790 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Sepatutnya, Ramadan yang datang hanya setahun sekali dimanfaatkan sepenuhnya -- dijadikan pesta ibadat. Kita berpesta besar-besaran memanfaatkan masa yang amat singkat -- hanya 30 hari sahaja untuk berpesta ibadat.

Read More... | 7989 bytes more | Comments?
Posting pada:  04 Sep 2007 ( 1740 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Jika anda perhatikan, sekarang ini, sejak 3 -- 4 tahun lepas, belum pun masuk bulan puasa, Hari Raya dan semua yang berkaitan dengan Hari Raya terlebih dahulu diiklankan, dipromosikan. Seperti mendahului takdir.

Read More... | 5087 bytes more | Comments?
Posting pada:  02 Sep 2007 ( 1914 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Hanya baru-baru ini saja orang Melayu digalakkan berniaga. Cuma agak malang, ilmu perniagaan tidak berapa diserapkan kepada masyarakat. Pentingnya ilmu perniagaan tidak berapa diketengahkan menjadikan ramai yang keliru antara berjualan dengan berniaga. Ramai juga yang keliru antara peniaga dengan usahawan

Read More... | 10045 bytes more | Comments?
Posting pada:  25 Aug 2007 ( 2259 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Saya, bahkan tidak ramai yang menunggu hari kemerdekaan. Merdeka datang dan pergi, tapi kita begini juga, masih dijajah dari banyak segi terutama ekonomi. Biasa mendengar begitu? Bukan saya seorang yang merungut begitu, tetapi ramai sekali.

Read More... | 10647 bytes more | Comments?

Mutiara Kata

Jangan merungut bila gelap, pasang lampu teranglah ia

» Peribahasa Jawa «

Hubungi

Arkib Artikel

Penaja








Mari Menderma







Web Kegemaran

Tetamu