Posting pada:  08 Jan 2007 ( 2087 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Akan ada yang marah jika membandingkan ayam dengan manusia. Patutkah marah? Sebaiknya, jadikan ia sebagai ukuran, inspirasi dan pendidikan. Tak salah belajar dari ayam. Yang salah besar ialah menyamar sebagai Dr. Ayam.

Read More... | 9484 bytes more | Comments?
Posting pada:  01 Jan 2007 ( 1736 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Sejak dulu kalau orang bertanya khabar mesti disertakan dengan pertanyaan, "Anak berapa?" Ada orang bertanya, "Duit berapa"? Rasanya tidak ada. Juga tidak ada yang bertanya, "Isteri berapa?"

Read More... | 8368 bytes more | Comments?
Posting pada:  29 Dec 2006 ( 2098 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Saya menerima e-mel berikut ini. Saya percaya dan yakin buku beliau yang akan diterbitkan oleh PTS tidak lama lagi akan menjadi buku yang laris. Ini kerana, salah satu syarat untuk menjadi buku laris dan evergreen ialah kajian mendalam. Buku tersebut mesti berasaskan kajian mendalam, bukan berasaskan syok sendiri dan reka-reka. Ingat, tulisan akan kekal berzaman, jadi, anggap saja tulisan kita adalah mewakili zaman. Suatu hari nanti, 50 tahun lagi, tulisan kita akan dibaca oleh generasi zaman itu.

Read More... | 6367 bytes more | Comments?
Posting pada:  29 Dec 2006 ( 1964 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Seorang penjual aiskrim telah mendidik saya sehari dua ini. Betapa pentingnya senyum, bukan saja dalam penjualan, bisnes, urusan dan kehidupan. Senyum percuma sahaja, bahkan tidak memerlukan sebarang usaha untuk membengkokkan bibir ke atas. Kajian menunjukkan bermuram durja lebih memerlukan otot berbanding senyum. Pendek kata, susah hati, marah lebih susah dari gembira dan senyum.

Read More... | 5893 bytes more | Comments?
Posting pada:  21 Dec 2006 ( 2617 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Branding rupanya bukan baru, walau seperti hanya baru-baru ini ia digembar-gemburkan. Contohnya: Kerja bank. Konon kalau bunyinya kerja bank, pekerjaannya hebat. Peluang untuk dipilih menjadi menantu amat cerah kalau dalam kampung tersebut pertandingannya sengit. Hakikatnya -- Jaga pun kerja di bank, cleaner pun kerja di bank. Pembantu pejabat pun, kerani pun. Jadi yang mana satu kerja bank?

Read More... | 3412 bytes more | Comments?
Posting pada:  21 Dec 2006 ( 4315 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Saya masih lagi mencari buku klasik "Khalilah dan Dimnah". Memang terlalu klasik. Bukunya sangat tebal terjemahan dari bahasa parsi. Kisahnya berkisar pada dunia haiwan. Dalam satu bab ada berpuluh-puluh cerita lain -- cerita dalam cerita dalam cerita.

Read More... | 6433 bytes more | Comments?
Posting pada:  20 Dec 2006 ( 2494 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: "Ala gula-gula saja... Boleh kaya ke? Sen-sen saja. Boleh laku ke? Banyak dah gula-gula di pasaran." Itulah jawapannya bila anda mengajukan hendak mencipta dan mengilang gula-gula, katalah gula-gula herba tropika -- mungkin "gula-gula tongkat ali."

Read More... | 5088 bytes more | Comments?
Posting pada:  20 Dec 2006 ( 1808 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Jangan mulakan bisnes sebelum benar-benar bersedia dan berilmu. Bukan untuk menakutkan tetapi dalam bisnes ada banyak gaung. Mesti tahu cara mengelakkan gaung, barulah sampai ke matlamat.

Read More... | 3642 bytes more | Comments?
Posting pada:  17 Dec 2006 ( 1997 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Mula berkenalan melalui laman keramat Ukhwah.com. Namanya unik: Rindu Rahayu. Cepat mesra walau hanya di alam online.

Read More... | 1706 bytes more | Comments?
Posting pada:  17 Dec 2006 ( 1613 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Suatu hari seorang kanak-kanak lengkap dengan 'uniform' Batman pergi ke balkoni dan memanjatnya. Uniformnya sangat mudah: kain emaknya yang diikat di leher. Dari balkoni itu dia akan terbang ke bawah, sama seperti Batman. Dia tidak terbang sebaliknya terhempas dari tingkat 14 dan remuk.

Read More... | 5842 bytes more | Comments?
Posting pada:  17 Dec 2006 ( 1589 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Kelmarin, hari Jumaat, Nazrul dari PTS PRO menelefon saya. Dia menjemput saya memberikan talk ringkas mengenai buku saya dalam satu pameran buku. Lama benar saya tak ke PTS Wangsa Melawati. Memang sangat seronok sekali kalau ke sana kerana terjadi "instant bondage" dengan sahabat-sahabat baru di situ. Bolehlah saya katakan, kesemua staff PTS adalah cepat mesra. Serasa sambutannya membuatkan kita sentiasa ingin datang lagi ke sana, kalau boleh setiap hari.

Read More... | 2342 bytes more | Comments?
Posting pada:  16 Dec 2006 ( 1558 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Orang kata menulis fiksyen adalah mudah. Hanya sekadar menggunakan imaginasi, setting, plot, watak. Itu saja? Itu orang kata. Orang yang tak pernah menulis. Orang yang hanya dengar-dengar sahaja. Menulis fiksyen bukan mudah, menulis non-fiksyen pun bukan mudah. Kalau mudah tentu ramai yang telah menjadi penulis. Saya pun tak tahu mengapa sejak akhir-akhir ini ramai benar yang hendak menjadi penulis. Mungkin hendak mencari glamour, mungkin untuk kepuasan diri, mungkin untuk mencari wang. Ketiga-tiganya salah! Jangan diamalkan.

Read More... | 9106 bytes more | Comments?
Posting pada:  16 Dec 2006 ( 1763 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Judul novel Sidney Sheldon ini amat menarik untuk dipraktikkan, sama seperti pepatah Cina, "Kegembiraan dan kedukaan adalah sama saja; ia tidak kekal lama." Nothing Last Forever.

Read More... | 6442 bytes more | Comments?
Posting pada:  05 Dec 2006 ( 1617 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Siapa agaknya Moon Chong ini? Adakah saya mengenalinya? Kan ramai lagi yang lain, mengapa Razzi Armansur pula yang dipilih untuk dijadikan bahan puisi? Saya memang tak minat puisi, sajak sebab itulah tak faham apa sebenarnya maksud sajak ini. Sajak dengan puisi itu samakah? Tajuknya pun samar. Tiram tu apa? Oyster? Yang dibuat sos tiram ke? Tiram boleh mengidam? Macam mana yang dikatakan terlupa mengidam? Adakah ini sajak khas untuk suatu event? Saya tak ada jawapan:

Read More... | 1796 bytes more | Comments?
Posting pada:  05 Dec 2006 ( 2188 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Sungai Pencala di bawah bukit. Namanya Bukit Kiara. Menurut sains, kawasan bawah bukit memang selalu kena petir. Memang betul -- kilat, petir, guruh di sini memang menakutkan. Bila terkena tidak ada maaf. Rasanya belum ada manusia yang kena, tetapi yang kerap sangat terkena ialah komputer dan peralatan elektrik.

Read More... | 10402 bytes more | Comments?

Mutiara Kata

Saya tak menjual jam sebaliknya yang menjual kemewahan

» Pengerusi Rolex «

Hubungi

Arkib Artikel

Penaja








Mari Menderma







Web Kegemaran

Tetamu