Posting pada:  16 Jul 2006 ( 2427 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Semalam bertemu dengan Nazrul, Pengarah Urusan PTS Profesional. Sambil berurusan sambil melihat beliau menyenaraikan judul-judul buku bisnes, inspirasi yang dirancang untuk diterbitkan pada tahun 2007. Judul, frame, standard telah disediakan, penulis dicari, dididik untuk menulis judul-judul tersebut. Atau kalau berkemampuan, penulis yang sedia ada, yang pernah menghasilkan buku bersama PTS bolehlah menghantar manuskrip.

Read More... | 7041 bytes more | Comments?
Posting pada:  10 Jul 2006 ( 1719 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Saya teringat kisah lucu yang diceritakan kepada saya beberapa tahun lepas. Seorang yang dikatakan "Makhluk Perosak MLM" meradang dengan seseorang. Katanya dengan nada suara yang marah, "Hari itu dia jual burger kat Kerinci, hari ini dah ada Dr. depan nama dia? Kat mana dapat Dr. ini. Ada lagi gerai burger dia kat Kerinci kalau tak percaya."

Read More... | 2989 bytes more | Comments?
Posting pada:  08 Jul 2006 ( 1407 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Sabda Rasulullah s.a.w: "Islam datang dalam keadaan gharib dan akan kembali gharib seperti mana pada permulaannya maka beruntunglah golongan yang ghuraba'. Hadith riwayat Muslim. Gharib ini bolehlah dimaksudkan sebagai, "Terasing, pelik, sembunyi".

Read More... | 8464 bytes more | Comments?
Posting pada:  05 Jul 2006 ( 1585 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Tak tahulah, kenapa hari ini saya "dikaitkan" dengan nasyid. Rasa lucu pun ada, pelik pun ada. Pagi-pagi lagi sahabat dari Batu Pahat, Safa_Indah (Along_Safa), memberitahu pasal show kumpulan nasyid yang sudah merudum di Parit Yaani yang dihadiri kira-kira 25,000 penonton!

Read More... | 9746 bytes more | Comments?
Posting pada:  27 Jun 2006 ( 1702 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Seminggu dua ini sibuk sekali dengan berbagai urusan terutamanya urusan dengan PTS Publications & Distributions. Seminggu dua ini juga terasa kebimbangan yang mendadak tentang "peperangan" antara Mahathir dan Paklah. Impaknya nanti adalah pada rakyat marhaen seperti saya ini. Seminggu dua ini menjadi pemerhati melihat sendiri strategi "Art Of War" (Sun Tzu) digunakan oleh kedua-dua pemimpin tersebut.

Read More... | 14281 bytes more | Comments?
Posting pada:  18 Jun 2006 ( 1397 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Siapa atau apa yang demam sebenarnya? Bola atau manusia? Atau kedua-duanya? Seluruh dunia sedang demam bola sepak. Termasuk Malaysia. Seperti wabak, sana-sini orang bercakap, bertekak, bergelumang dengan suasana mabuk bola.

Read More... | 7426 bytes more | Comments?
Posting pada:  17 Jun 2006 ( 1327 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Semalam, saya bertemu Arief Hakim, boss PTS Publication. Bila lama tak bertemu, banyaklah yang dibincangkan dari suasana industri buku hinggalah kepada perancangan masa depan. Bila penulis bertemu penerbit di dalam suasana yang di sekeliling buku (ada bau buku macam BORDERS), tentu sekali suasananya, ceritanya adalah buku dan mencari cara untuk memantapkan lagi industri buku dan penerbitan.

Read More... | 4254 bytes more | Comments?
Posting pada:  16 Jun 2006 ( 2293 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Semalam saya tak buat apa-apa yang produktif selain membaca buku dan melihat filem lama. Cuba-cuba untuk menulis namun tak juga terhasil apa-apa. Mungkin fikiran runsing, mungkin kerana peningkatan usia, mungkin masalah lain.

Read More... | 9776 bytes more | Comments?
Posting pada:  15 Jun 2006 ( 1376 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Bila keyakinan saya menurun, sebagaimana manusia lain, keyakinan diri boleh menurun dan meningkat saya akan menaikkan semula dengan mengingati 4 perkara penting:

Read More... | 6389 bytes more | Comments?
Posting pada:  15 Jun 2006 ( 1433 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Minggu lepas ke Pameran Islamik Antarabangsa yang saya ketahui hanya dari forward e-mel. Saya cuba memandang dari sudut bisnes, mengapa ia lesu, sayu, sengsara dan merugikan. Begitu juga dengan pameran perhotelan, makanan, peralatan yang diadakan serentak.

Read More... | 2676 bytes more | Comments?
Posting pada:  29 May 2006 ( 2301 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Semalam saya singgah di syarikat MLM ada urusan pembekalan buku MLM. Sementara itu datang seseorang yang mendakwa dirinya sebagai "Motivator". Kalau dia tahu makna sebenar "Motivation" dia akan segan silu dengan makna "Motivator" sebab terang-terangan "Motivator" tak ada makna dan 100 peratus salah anggap, salah tafsir tentang "Motivasi".

Read More... | 7310 bytes more | Comments?
Posting pada:  29 May 2006 ( 1764 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: JOGA BONITO, tiba-tiba menjadi sebut-sebutan dan kegilaan kanak-kanak dan remaja kerana lahirnya seolah-olah tepat pada masanya. Kawasan padang makin berkurang, jadi main bola atas simen dalam bangunan. Joga Bonito (membawa makna "Play Beautiful" ? bahasa Pertugis) sejenis permainan futsal yang ada kaitan dengan 3. Huruf B pada logo Joga Bonito dibuat seperti nombor 3 membawa maksud, "3 lawan 3 dalam masa 3 minit."

Read More... | 10755 bytes more | Comments?
Posting pada:  20 May 2006 ( 1500 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Yang tak berkaki besi banyak sangat alasannya, menyebabkan, jangankan gunung, bukit pun tak mampu didaki. Jangankan bukit, busut pun tak pernah didaki. Sia-sia saja membaca "buku motivasi angin" atau "seminar penglipur lara."

Read More... | 6141 bytes more | Comments?
Posting pada:  18 May 2006 ( 1689 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Tak lama dulu, kira-kira 5 tahun lepas perkataan IKS amat popular di kalangan usahawan. "Ini IKS ke?" Tanya mereka. Tetapi, sebagaimana biasa, istilah sebenar disalah tafsir, makna IKS tidak tepat. Asal saja perusahaan kecil-kecilan di sebut sebagai IKS. "Kerajaan menggalakkan IKS... bla bla..."

Read More... | 4800 bytes more | Comments?
Posting pada:  18 May 2006 ( 2002 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Di Malaysia ini agak pelik. Gegak gempita bermusim, sekaligus, penipuan bermusim. Musim silih berganti, penipuan pun silih berganti. Sesuatu yang berkaitan dengan perubatan dan herba sentiasa bermusim gegak gempitanya, kelentongnya. Kadang-kadang kelentong suatu masa dulu tak berapa jalan, diulang tayang dikelentongkan semula seperti Susu Awal Lembu (Susu Awal Kelentong) atau nak lebih sedap dibunyikan sebagai IGG, Colostrum, Transfer Factor (Saya rasa inilah nama paling pelik ? macam transfer duit melalui Maybank).

Read More... | 10320 bytes more | Comments?

Mutiara Kata

Kadang-kadang buku itu 'memilih' orang untuk membacanya

» Dari Filem Hurricane «

Hubungi

Arkib Artikel

Penaja








Mari Menderma







Web Kegemaran

Tetamu