Posting pada:  25 Dec 2009 ( 1053 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Minggu lepas, sementara menunggu masuk solat Maghrib, bersama kawan-kawan di Cafe Istana Budaya, ada sedikit perbincangan yang sangat menarik. Mengenai suasana sekitar dan bagaimana suasana itu membentuk, membina keperibadian dan keheidupan kita.

Read More... | 6466 bytes more | Comments?
Posting pada:  23 Nov 2009 ( 1088 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Bayangkan keadaan ini: Anda mempunyai lebihan wang. Sahabat anda meminjam dari anda. Bunyinya "pinjam" dan selalunya meminjam itu ada beberapa syarat yang mesti dipenuhi. Itu lumrahnya walau meminjam apa saja dengan sesiapa pun. Syarat utama ialah memulangkan kembali jumlah wang tersebut pada masa yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. Oleh kerana sahabat anda itu terdesak, maka apa saja syarat, hatta, "ke lautan api" pun sanggup.

Read More... | 7222 bytes more | Comments?
Posting pada:  23 Nov 2009 ( 1244 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Ini pendapat saya sendiri dan tak semestinya betul: "Setiap sesuatu itu dirosakkan oleh sesuatu itu sendiri." Contohnya, nasyid kononnya untuk berdakwah. Pada mulanya benar, berdakwah dan cuba untuk mengalihkan minat dari muzik melalaikan kepada muzik yang mendidik. Akhirnya, lalai ke mana, mendidik ke mana, yang ada adalah untuk duit. Duit didahulukan, dakwah dikemudiankan.

Read More... | 9259 bytes more | Comments?
Posting pada:  12 Oct 2009 ( 2130 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Cerita ini ada kaitan dengan 'ikut-ikutan'. Apa saja usaha kita hari, janganlah hendaklah hanya ikut-ikutan. Ia mesti bersebab dan mesti bermanfaat.

Read More... | 7745 bytes more | Comments?
Posting pada:  01 Oct 2009 ( 2028 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Penghujung bulan puasa lepas, singgah di Masjid Al-Naim, Batu 7 Jalan Kebun, Klang atas urusan menziarah manusia yang perlu diziarahi. Terlihatlah saya akan tulisan tersebut di atas. Amat menarik minat walaupun nahunya salah. Mesej dan peringatan dari tulisan itu amat menarik minat kita semua dan perlu diberi perhatian serius. Kita sering alpa, selama ini, rupa-rupanya kita sendiri yang menyempitkan rezeki.

Read More... | 8126 bytes more | Comments?
Posting pada:  15 Sep 2009 ( 2003 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Sudahlah kena tipu, dipersalahkan pula. Itulah kata peribahasa India, "Jikalau seseorang kena tipu yang bersalah bukan yang menipu." Jadi, jangan bising, jikalau kena tipu, sebaliknya terima hakikat bahawa diri sendiri yang bersalah membenarkan ditipu kerana itu sentiasa ada yang menipu.

Read More... | 4728 bytes more | Comments?
Posting pada:  06 Sep 2009 ( 1153 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Mengapa, apabila anda makan di Restoran Masakan Cina, lihat pada udangnya, sama ada udang perencah, udang masak masam manis, udang goreng salut tepung, jikalau perasan, bahagian ekor udang tidak dikopek. Ia ditinggalkan.

Read More... | 7012 bytes more | Comments?
Posting pada:  05 Sep 2009 ( 1211 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Ini adalah realiti dan pernah dialami hampir semua orang. Semasa dalam pembinaan, hanya kali pertama sahaja ada keinginan ingin tahu. Selepas itu sudah tidak peduli lagi sehinggalah suatu hari 'tiba-tiba' bangunan yang cantik muncul entah dari mana-mana.

Read More... | 4797 bytes more | Comments?
Posting pada:  26 Aug 2009 ( 1109 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: "Juwitaku... Engkau datang lagi. Datang dengan..." Begitulah lagu J. Mizan. Siapa J. Mizan itu? Penyanyi lama yang terkenal dengan lagu, "Hari ini dan Semalam" sekitar pertengahan tahun 70-an.

Read More... | 10426 bytes more | Comments?
Posting pada:  26 Aug 2009 ( 1252 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Siapa di antara kita yang mampu dan pernah menebang pokok selama 8 jam tanpa henti? Bukan menggunakan gergaji mesin tetapi menggunakan cara lama, cara tradisi -- kapak. Pasti tidak mampu. Kalau pun mampu pasti akan gagal menebang kerana keletihan dan kapak yang tumpul.

Read More... | 4364 bytes more | Comments?
Posting pada:  07 Aug 2009 ( 1456 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Besar bezanya antara, "Dalam Kesempitan Ada Kesempatan" dengan "Mencari Kesempatan Dalam Kesempitan."

Read More... | 7620 bytes more | Comments?
Posting pada:  03 Aug 2009 ( 1067 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Cepatnya masa berlalu. Diam tak diam sudah lebih sebulan saya tak menulis di dalam web ini. Malangnya kita hanya mengeluh sahaja, "Cepatnya masa berlalu..." tanpa berbuat apa-apa, tanpa berusaha mengatasi masa. Sejak dari zaman purba hinggalah hari kiamat, manusia sentiasa dikalahkan oleh waktu. Apa yang kita boleh lakukan? Memanfaatkan setiap saat. Itu saja.

Read More... | 11376 bytes more | Comments?
Posting pada:  25 Jun 2009 ( 2385 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Dalam satu ceramah, Ustaz Shamsuri Ahmad memulakan dengan kata-kata yang amat ringkas tetapi padat dan penuh bermakna. Menggunakan loghat Utara yang agak tebal, beliau memulakan, "Kita hidup di dunia ini, satu saja tujuan kita iaitu nak berbuat baik. Tidak ada lain, selain nak berbuat baik. Yang lain kita tak mau buat melainkan hendak berbuat baik. Itu saja."

Read More... | 7452 bytes more | Comments?
Posting pada:  18 Jun 2009 ( 1980 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Dua perkara ini, mati dan inflasi, pasti akan dialami oleh semua orang, di Malaysia, di seluruh dunia. Itulah juga asas pengurusan kewangan. Mesti berasaskan inflasi, bukan berasaskan motivasi dan cakap-cakap. Mengapa? Kerana dari inflasi kita mendapat satu lagi elemen penting dalam pengurusan kewangan -- jumlah dan nilai. Ini amat penting sekali.

Read More... | 7314 bytes more | Comments?
Posting pada:  27 May 2009 ( 1439 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Kita bercerita mengenai babi pada kali ini. Babi adalah babi. Khinzir itu bahasa Arab. Kalau bahasa Melayu, kekal "Babi". Idea ini saya peroleh, semalam, saya terlihat sebuah kereta sport berwarna merah, nombor platenya: BAB 1. Memang cantik nombor itu. Kalau saya, pasti saya rapatkan menjadi BAB1. Nanti suatu hari, jikalau saya telah terlebih duit, akan saya cari plate nombor JAW 4 atau JAV 4. Cuba rapatkan.

Read More... | 6988 bytes more | Comments?

Mutiara Kata

Hukum seimbang: Tidak semua orang suka dan tidak semua orang tidak suka

» Razzi Armansur «

Hubungi

Arkib Artikel

Penaja








Mari Menderma







Web Kegemaran

Tetamu