Posting pada:  08 May 2009 ( 1114 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Apa benda "Maghthuba" itu? Anda tentu tidak pernah mendengarnya seumur hidup anda. Tapi saya bersama lebih kurang 30 orang Islam, baru-baru ini pernah mendengarnya dalam keadaan yang pelik. Nanti saya ceritakan.

Read More... | 9645 bytes more | Comments?
Posting pada:  27 Apr 2009 ( 1363 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: HARI pertama pesta buku 2009, Jumaat, 17 April, saya bersama rakan-rakan Ukhwah.com telah pun melawat Pesta Buku tersebut. Semalam, Ahad, 26 April adalah hari terakhir Pesta Buku 2009, tak sangka pula saya melawat lagi. Ustaz Akhil Hayy mengajak, sebab beliau ada sesi autograf di gerai Inteam. Jadi, pergilah sekali lagi Pesta Buku 2009, atau lebih tepat lagi pada masa pembukaan dan penutup.

Read More... | 12040 bytes more | Comments?
Posting pada:  18 Apr 2009 ( 2215 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Baru semalam, Jumaat, 17 April, saya seperti mendapat makna sebalik lukisan karikatur kanak-kanak berjalan menuju ke Pesta Buku. Mungkin hanya kebetulan, mungkin telahan saya sahaja. Anggapan saya, kumpulan sasaran (target market) buku adalah kanak-kanak. Sekarang, anda seorang ayah atau ibu, apabila anak anda merengek nak ke pesta buku, bolehkah anda duduk diam? "Anak saya hendak ke pesta buku, bukan pesta Jom Heboh, nak beli buku, nak baca buku, nak tambah ilmu, bukan nak belajar buat maksiat, bapa apakah aku ini kalau tak mampu hendak menunaikan permintaan yang baik dari anak saya?" Kalau anak merengek begitu, kalau tak ada duit, berhutang dengan Along pun sanggup.

Read More... | 12844 bytes more | Comments?
Posting pada:  16 Apr 2009 ( 1180 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Petang Selasa, hampir Maghrib, anak sulung saya terlibat dalam kemalangan ketika bermotor dengan rakan-rakan seperjuangannya. Lokasi, tidak jauh dari Jembatan Pencala Link. Baru balik dari The Curve, melalui Pencala Link dan menuju ke stesen minyak untuk mengisi minyak. Skuternya melanggar kereta yang baru keluar dari rumah. Kedua-duanya dipandu perlahan. Muka anak sulung saya tersembab di jalan raya. Walaupun dengan bantuan halmet dan visor halmet, kecederaan muka pun masih lagi agak parah. Hidungnya yang mewarisi hidung emaknya disyakki patah, gigi depan terperosok ke dalam, bibirnya pecah dan wajah kacukan JARAB (Jawa + Arab) telah mengalami luka yang banyak. Anggota badan lain pun banyak yang mengalami luka.

Read More... | 7998 bytes more | Comments?
Posting pada:  16 Apr 2009 ( 1893 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Minggu ini, seperti ada kebetulan yang terjadi. Sedang berkemas buku, terpandang buku lama yang dihadiahkan oleh sahabat lama, Jaffri Md Yatim, Pengurus Galeri Ilmu, syarikat penerbitan buku dan majalah sekitar pertengahan 90-an. Tidak tahu di mana beliau kini. Seakan terpancar tentang majalah setelah melihat buku tersebut. Majalah itu juga pemberian seorang Jutawan MLM Zhulian, Sheikh Ibrahim.

Read More... | 7773 bytes more | Comments?
Posting pada:  16 Apr 2009 ( 1742 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Perkara biasa? Berjiran dengan jutawan memang perkara biasa dan juga bukan biasa. Dalam Islam, yang dikatakan jiran itu adalah 40 buah rumah sekeliling. Dalam 40 buah rumah itu selalunya ada seorang yang menonjol. Mungkin jutawan. Mungkin kaya (belum jutawan). Bahkan dalam kelompok masyarakat yang miskin pasti ada satu atau dua orang yang miskin. Dikatakan dalam setiap 100 orang ada 5 orang yang kaya atau jutawan (harta melebihi RM2 -- RM5 juta dengan liabiliti kurang dari 50%).

Read More... | 9406 bytes more | Comments?
Posting pada:  15 Apr 2009 ( 1001 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Tidak ramai yang percaya dengan teori RAHMAN sebagai Perdana Menteri Malaysia. Bahkan lebih ramai yang mengatakan ia hanyalah senda gurau. Tapi kini telah ternyata di depan mata. Jangan kita pula hendak menjadi bomoh. Katakan saja ia kebetulan dan ia adalah atas kehendak Allah SWT semata-mata.

Read More... | 3029 bytes more | Comments?
Posting pada:  12 Apr 2009 ( 1309 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Bukit Merah terletak di Negara China. Tercatat sejarah penting di sini. Di sini, zaman Dinasti Han, pada tahun 208 Masihi, terjadi peperangan yang dahsyat dimulai oleh Cao Cao, perdana menteri yang gila kuasa dan menjadikan Raja dinasti Han pada ketika itu sebagai boneka. Raja hanya boneka, yang berkuasa adalah Perdana Menteri.

Read More... | 12185 bytes more | Comments?
Posting pada:  30 Mar 2009 ( 1190 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Suatu masa dulu, semasa Pasar Seni masih lagi 'hot' dan menjadi tumpuan ramai, begitu juga jirannya, Dayabumi yang menjadi tempat lepak utama, saya menempah lukisan batik untuk dijadikan hiasan dinding, untuk dihadiahkan kepada kawan yang baru berpindah ke ofis baru.

Read More... | 12088 bytes more | Comments?
Posting pada:  30 Mar 2009 ( 1137 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Biasalah manusia, lebih banyak berduka berbanding ketawa. Kerana itulah buku La Tahzan begitu laris! Cuma bagi yang belajar psikologi NLP tentu tahu bahawa yang dihujung itulah yang diingati. Apabila disebut, "Jangan takut hantu..." maka "hantu" itulah yang diingati. "Jangan sedih" maka "sedih" itulah yang diingati.

Read More... | 1732 bytes more | Comments?
Posting pada:  28 Mar 2009 ( 1925 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Peribahasa ada menyebut, "Kayu yang bengkok tidak akan menghasilkan bayang-bayang lurus." Hanya jikalau kayunya lurus barulah bayang-bayangnya lurus. Kayu tersebut tidak akan berjaya 'meluruskan' bayang-bayang selagi ia sendiri masih bengkok.

Read More... | 879 bytes more | Comments?
Posting pada:  27 Mar 2009 ( 1510 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Mengapa sampah mesti masuk ke dalam tong sampah? Kerana lumrahnya, fitrahnya begitu. Mengapa tong sampah menarih sampah? Kerana lumrahnya begitu. Ia seperti berjodoh: sampah jodohnya tong sampah.

Read More... | 1016 bytes more | Comments?
Posting pada:  26 Mar 2009 ( 1182 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Pernahkah kita terfikir, apa agaknya yang terjadi jikalau badut-badut berhimpun di satu tempat?

Read More... | 396 bytes more | Comments?
Posting pada:  23 Mar 2009 ( 1357 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Agak terkejut, di belakang sekali, sedang melakukan solat sunat lepas solat Jumaat, ialah Akhil Hayy, dalam Masjid Sungai Pencala. Selalunya beliau solat Jumaat di Bandar Seri Damansara, tak jauh dari pejabat Inteam jikalau berada di sekitar Damansara dan yang sewaktu dengannya.

Read More... | 5749 bytes more | Comments?
Posting pada:  20 Mar 2009 ( 1188 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Dari belakang ke depan, dari tepi ke tengah, utara, selatan, timur, barat, atas, bawah -- kita berkongsi. Setuju? Kita tidak pernah monopoli dalam apa saja bidang, kuasa, perkara. Kita berkongsi bersama makhluk-makhluk lain -- jin, malaikat, syaitan, haiwan, tumbuh-tumbuhan. Setuju? Di Malaysia ini, kita berkongsi pula dengan manusia-manusia kaum pendatang yang nampaknya tidak pernah susut bahkan makin bertambah sejak tahun 70-an. Namakan, apa bangsa yang tidak ada di Malaysia ini -- dari yang berkulit putih hinggalah yang hitam legam -- semua jenis pendatang (haram dan 'halal') ada di Malaysia ini.

Read More... | 10885 bytes more | Comments?

Mutiara Kata

Untuk melancarkan kapal besar, anda perlukan pelabuhan yang besar

» Conrad Hilton «

Hubungi

Arkib Artikel

Penaja








Mari Menderma







Web Kegemaran

Tetamu