Posting pada:  17 Mar 2009 ( 1271 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Minggu lepas, seperti biasa adalah sambutan meraikan kelahiran Rasulullah SAW, yang sepatutnya bukan setakat cuti, berarak, nasyid dan ucapan-ucapan. Sepatutnya, sama-sama kita menjadikan tarikh untuk memperbaharui keazaman mengikuti sunah yang telah ditinggalkan.

Read More... | 802 bytes more | Comments?
Posting pada:  15 Mar 2009 ( 1083 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Dua hari lepas, berbincanglah dengan seorang sahabat yang baru dikenali. Saya suka kawan baru ini kerana semasa perbincangan sentiasa dia menyebut, "Tak semestinya apa yang saya kata ini betul. Harap dapat cari sumber lain untuk mengesahkan." Ini jauh berbeza dari sebahagian kawan-kawan saya yang mana dalam perbincangan banyak sekali menyebut fakta yang salah, rekaan dan sentiasa 'hendak di atas' dan 'sentiasa hendak mengatasi dan lebih'.

Read More... | 3997 bytes more | Comments?
Posting pada:  08 Mar 2009 ( 1608 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Kalau ada yang menyoal, "Mengapa nak kembalikan pembelajaran Sains dan Matematik ke dalam Bahasa Melayu semula?," jawab dengan mudah, "Mengapa ditukar pembelajaran Sains dan Matematik ke dalam Bahasa Inggeris sedangkan berpuluh tahun pembelajaran dalam Bahasa Melayu itu tidak mengalami sebarang masalah?"

Read More... | 4122 bytes more | Comments?
Posting pada:  27 Feb 2009 ( 1456 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Jangan kata tak laku, sebaliknya, ingatlah, walau semahal mana sesuatu produk itu, pasti tetap ada pembelinya. Contohnya, di Sungai Pencala, Kuala Lumpur ini -- tanah sekangkang kera pun sudah beratus ribu ringgit, apatah lagi tanah beberapa kangkang kera, tetap ada pembelinya. Rumah berharga RM8.4 juta di Damansara Country Height (jiran Sungai Pencala atau memang di Sungai Pencala), pun dibeli orang.

Read More... | 11287 bytes more | Comments?
Posting pada:  27 Feb 2009 ( 1464 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Permohonan kita kepada Allah setiap hari adalah memohon supaya diberi kebaikan, didekatkan lagi kebaikan supaya boleh kita memperoleh kebaikan dan memohon dengan penuh kesungguhan supaya dijauhkan keburukan dari kehidupan kita seharian sepanjang hayat.

Read More... | 8071 bytes more | Comments?
Posting pada:  25 Feb 2009 ( 1293 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Sejak sekian lama orang tua selalu berpesan, "Melakukan sesuatu, jangan tergesa-gesa, buruk padahnya." Maksudnya, hendaklah mengkaji setiap sudut akan kesan dan akibat tindakan kerana memang pasti, "Setiap tindakan menghasilkan tindak balas." Itu Hukum Newton. Kata-kata lama kaum Jawa pula, "Alon-alon janji kelakon." (Perlahan tapi kesampaian).

Read More... | 5694 bytes more | Comments?
Posting pada:  13 Feb 2009 ( 1232 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Ramai yang meminta nasihat tentang MLM. Nasihat saya amat mudah: anggap MLM sebagai bisnes kerana sememangnya MLM adalah bisnes. Apabila menyertai MLM, jangan jadi pemain sarkis atau katak atau seperti politik UMN* yang melompat sana sini.

Read More... | 7672 bytes more | Comments?
Posting pada:  11 Feb 2009 ( 1402 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Masih ingat lagu evergreen ini? "Sesuatu yang tak disangka, seringkali mendatangi kita, itukah suratan dalam kehidupan, atau sekadar satu kebetulan...."

Read More... | 13247 bytes more | Comments?
Posting pada:  10 Feb 2009 ( 1315 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Sun Tzu berkata, "Memerangi satu-satu musuh dengan kerap, bermakna mengajar strategi peperangan kepadanya." Atau, mungkin kita boleh permudahkan, "Jangan kerap menyerang dengan strategi yang sama, kelak musuh dapat membaca langkah kita."

Read More... | 4012 bytes more | Comments?
Posting pada:  01 Feb 2009 ( 1107 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Kali terakhir Dataran Sogo dijadikan tempat berhimpun dan menentang, anti, adalah pada tahun 1999. Lebih tepat lagi, mulai September 1998 hinggalah pertengahan 1999. Zaman Reformasi. Perjuangan 10 tahun itu mula menampakkan kesannya pada hari ini.

Read More... | 5330 bytes more | Comments?
Posting pada:  28 Jan 2009 ( 1837 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Lebih kepada dongeng, tetapi mungkin berasaskan kisah benar. Penulis novel atau penulis skrip, pasti berkata, "Mengapa saya tak terfikir."

Read More... | 7427 bytes more | Comments?
Posting pada:  25 Jan 2009 ( 1253 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Wartawan TV3 di sebelah saya berkata, "Ingatkan perempuan," sementara menunggu jenazah Sasterawan Negara Arenawati disemadikan di dalam liang lahad. Hari ini, kita kehilangan seorang lagi sasterawan negara. Al-Fatihah untuk Muhammad Dahlan bin Abdul Biang atau nama penanya Arenawati.

Read More... | 4271 bytes more | Comments?
Posting pada:  22 Jan 2009 ( 1408 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Jikalau ada orang yang hendak menjual alasan, mahukan kita membelinya? Tidak ada manusia yang hendak membeli alasan. Jadi, alasan adalah percuma, tidak ada harga. Namun kita mesti melihat pada impaknya: 99 peratus punca kegagalan di muka bumi ini adalah kerana alasan.

Read More... | 6290 bytes more | Comments?
Posting pada:  20 Jan 2009 ( 1270 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Jikalau anda membaca buku 'Horse Sense' karya penulis dan penceramah pujaan saya, Al-Ries dan Jack Trout, anda akan menemui kata-kata ini, "Berfikir positif sudah mati bersama dengan pengasasnya, Paderi Norman Vincent Peale."

Read More... | 8724 bytes more | Comments?
Posting pada:  20 Jan 2009 ( 1208 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Seminggu dua ini ada sedikit kelainan apabila mengeluarkan wang menggunakan mesin ATM. Kebanyakannya duit baru, keras dan 'berbau' duit. Memang duit baru dicetak. Sedap bau duit itu -- lebih sedap dari bau buku yang baru dihantar oleh pencetak.

Read More... | 4263 bytes more | Comments?

Mutiara Kata

Walau sebaik mana seseorang itu, pasti ada yang membencinya. Walau sejahat mana seseorang itu, pasti ada yang menyukainya.

» Kata Bijaksana «

Hubungi

Arkib Artikel

Penaja








Mari Menderma







Web Kegemaran

Tetamu