Posting pada:  19 Jan 2009 ( 1558 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Skim Ponzi akan tumbuh bagai cendawan tumbuh lepas hujan apabila musim ekonomi merudum. Apa penanda ekonomi jatuh teruk? Penandanya ialah apabila makin ramai yang dibuang kerja, makin ramai yang tidak menjelaskan hutang kad kredit, sektor kerajaan makin tidak mampu membazir.

Read More... | 5956 bytes more | Comments?
Posting pada:  19 Jan 2009 ( 1606 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Anak sulung saya, Edika Armansur marah-marah apabila pemain pujaan dan idolanya, Kaka akan dibeli oleh Manchester City. Itu khabar yang sekarang sedang menggegar dunia bola sepak. Dikhabarkan inilah penghijrahan termahal dalam sejarah bola sepak -- bernilai 243 juta pound. Manchester City kini dimiliki oleh Sheikh Arab dan dikatakan kelab yang terkaya di dunia. Sheikh Arab ini lebih berminat menggunakan wang sebanyak itu membeli pemain ternama dunia, Kaka dari AC Milan, berbanding digunakan untuk membantu rakyat Palestin.

Read More... | 8953 bytes more | Comments?
Posting pada:  19 Jan 2009 ( 1516 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Suatu masa dahulu, Razif Sidek pernah berkata lebih kurang maksudnya begini, "Apabila pihak lawan berturut-turut mendapat tambahan mata, ia akan menjejaskan tumpuan dan permainan kita. Jadi, jangan sampai pihak lawan mendapat mata berturut-turut."

Read More... | 5962 bytes more | Comments?
Posting pada:  09 Jan 2009 ( 1494 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Apa perasaan anda apabila orang yang terkenal, ternama dan penting di dalam industri memberi perhatian kepada anda? Kalau saya, sudah tentu saya akan melayang ke udara.

Read More... | 4462 bytes more | Comments?
Posting pada:  05 Jan 2009 ( 1374 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Kalau orang Melayu sendiri tidak hormat kepada Bahasa Melayu, bagaimana bangsa lain hendak menghormati Bahasa Melayu? Yang merosakkan sesuatu ialah sesuatu itu sendiri. Yang merosakkan nasyid adalah orang nasyid sendiri. Yang merosakkan MLM adalah orang MLM sendiri. Yang merosakkan 'motivasi' adalah orang 'motivasi' sendiri. Yang merosakkan dunia penulisan adalah penulis sendiri. Yang merosakkan Bahasa Melayu adalah orang Melayu sendiri. Setuju?

Read More... | 2747 bytes more | Comments?
Posting pada:  02 Jan 2009 ( 1648 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Pagi ini ke Sekolah Menengah Taman Tun Dr Ismail, urusan pembelian buku sekolah anak bongsu saya yang juga salah seorang pewaris Armansur.com Berhad, Ezika Armansur. Tahun ini masuk ke Tingkatan Satu. Peringkat pra-remaja. Cepatnya masa berlalu. Seperti baru semalam menghantarnya ke Tadika Abim di seberang jalan, hari pertama di sekolah rendah dan kini sudah bersekolah menengah.

Read More... | 8894 bytes more | Comments?
Posting pada:  22 Dec 2008 ( 1675 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Malam tadi, bertemulah dengan sahabat lama, Akhil Hayy. Kali terakhir bertemunya di depan pejabat Inteam di Bandar Sri Damansara, 3 atau 4 bulan lepas. Itupun memang tergesa-gesa. Dulu memang mudah untuk bertemu, berbincang. Tetapi semenjak Akhil Hayy makin popular dan semakin sibuk dari timur ke barat, dari utara ke selatan, hanya menuggu waktu terselit-selit saja dapat bertemu beliau.

Read More... | 4133 bytes more | Comments?
Posting pada:  20 Dec 2008 ( 1560 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: GIGIH, KOMITED, berjuang dengan ikhlas (ikhlas di sini maksudnya, berjuang tanpa mengharap balasan, tanpa dibayar apa-apa), bersunguh-sungguh, itulah gambaran tepat kepada 'Wanita Besi' bernama Mbakyu Ainon Mohd. Canceslor Universiti PTS ini, kini sedang bermatian-matian memperjuangkan supaya pembelajaran Sains dan Matematik dikembalikan kepada Bahasa Melayu. Membantah supaya pembelajaran 2 subjek tersebut tidak diteruskan dalam Bahasa Inggeris.

Read More... | 5284 bytes more | Comments?
Posting pada:  15 Dec 2008 ( 1391 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Penulisan buku baru SENARAI AJAIB sudah bermula. Buku ini bukan sambungan RAHSIA AJAIB UNTUK BERJAYA tetapi seakan-akan begitu. Temanya pencarian SENARAI AJAIB. Pencarian bermula di Banting, membawa kepada kampung-kampung sekitar Banting, Pantai Morib, Jugra, Langkawi, Kota Bharu.

Read More... | 2753 bytes more | Comments?
Posting pada:  09 Dec 2008 ( 1536 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Biasa mendengar atau melihat slogan begitu? Konon Islamik lalu meletakkan slogan Berjalan, Melihat, Mentafsir. Mungkin ciptaan 'Pakar Motivasi'. Tahukah anda, jikalau mengikuti dan mempercayai slogan itu, anda menjadi mundur. Umat Islam semakin mundur jikalau percaya dengan slogan Berjalan, Melihat, Mentafsir. Apa yang ditafsir pun kita tak tahu? Mentafsir mimpi? Mentafsir apa yang dilihat semasa berjalan-jalan?

Read More... | 3131 bytes more | Comments?
Posting pada:  09 Dec 2008 ( 1972 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Berbagai-bagai perkara yang runtuh di Malaysia dulu kini dan selamanya. Dari keruntuhan moral di kalangan remaja hinggalah kepada tanah runtuh. Silap jikalau kita mengatakan bahawa hanya remaja sahaja yang mengalami keruntuhan moral. Semua peringkat sedang mengalami keruntuhan moral, bermula dari kanak-kanak dan remaja. Di mana puncanya? Pemimpin. Siapa pemimpin? Dari menteri, wakil rakyat, hinggalah kepada ibu bapa. Bahkan diri kita ini adalah pemimpin kepada diri kita sendiri?

Read More... | 4235 bytes more | Comments?
Posting pada:  08 Dec 2008 ( 2539 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Apabila hati dilanda kedukaan, ingatilah hukum seimbang: Tidak mungkin sepanjang masa akan berduka dan tidak mungkin sepanjang masa akan gembira. Atau, segera ingati kata-kata peribahasa Tionghua, "Kedukaan dan kegembiraan adalah sama sahaja, ia tidak akan kekal lama." Nothing Last Forever.

Read More... | 2445 bytes more | Comments?
Posting pada:  08 Dec 2008 ( 1400 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Hari ini kita akan bercakap tentang jam tangan. Lebih istimewa ia jam tangan yang dipakai oleh James Bond. Rekabentuknya berubah-ubah sejak filem Dr. No hingga Quantum Of Solace. Tetapi, jenamanya kekal: Omega.

Read More... | 4806 bytes more | Comments?
Posting pada:  07 Dec 2008 ( 2043 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Kecoh baru-baru ini apabila tersiar di Youtube, tentang Cakra Alam atau mungkin jika tersalah eja menjadi Putar Alam.

Read More... | 5838 bytes more | Comments?
Posting pada:  30 Nov 2008 ( 1621 kali di baca )

Razzi Armansur menulis: Selama 5 minggu berturut-turut saya bersama anak bongsu menonton filem lama, Rocky, bermula pada pukul 12.30 malam sehingga pukul 2.30 pagi, di TV3, malam Ahad.

Read More... | 4583 bytes more | Comments?

Mutiara Kata

Kalau tidak minggu ini, minggu depan; kalau tak bulan ini, bulan depan; kalau tak tahun ini, tahun depan. Lawan Tetap Lawan!

» Dato' Sri Anwar Ibrahim «

Hubungi

Arkib Artikel

Penaja








Mari Menderma







Web Kegemaran

Tetamu