Razzi Armansur

APA YANG DIAJAR DI AKADEMI JUTAWAN — BAB 2

Bab 2
LAYAKKAH SAYA MENJADI JUTAWAN?

Bab 2 dan seterusnya tidak akan dipaparkan. Cukuplah Pengenalan dan Bab 1: Dari Mana Nak Ke Mana, dipaparkan di sini secara percuma.

Ia adalah promosi atau ‘test market’. Saya memerhatikan setiap hari ‘kelajuan’ peningkatan orang yang membaca kedua-dua bab yang lepas. Ini mengesahkan ramai yang meminati dan menunggu buku ini.

Saya juga menerima beberapa e-mel serta offline mesej di YM yang kesimpulannya bertanya, “Di mana akademi jutawan dan bagaimana cara untuk menyertainya.”

Jawapan saya adalah mudah — “Untuk mengetahui di mana Akademi Jutawan dan bagaimana hendak menyertainya, tunggulah selesai membaca buku APA YANG DIAJAR DI AKADEMI JUTAWAN. Jawapannya ada di situ. Selesai membaca buku tersebut lebih memudahkan bila berada di dalam kelas akademi tersebut.”

Tak kurang juga yang bertanya bila akan diterbitkan buku tersebut dan berapa harganya. Itu saya serahkan kepada Nazrul, Pengurus PTS PRO. Kalau ikut kehendak saya, semasa pesta buku 2007 pada bulan April buku ini sudah berada di rak pameran. Itu kehendak saya tetapi kuasa saya hanya menulis, bukan menerbit.

Ada juga yang sudah menempah untuk dihadiahkan kepada seseorang.

Seperti anda, saya juga tidak sabar menunggu kelahiran buku ini.

Seksa menunggu…

 

Razzi Armansur

Razzi Armansur

Once a writer always a writer.