Ini asasnya:
1) Chairman (Pengerusi) adalah pangkat untuk syarikat Berhad atau Persatuan seperti Persatuan Belia, Persatuan Penduduk dll. Lebih tepat lagi untuk yang berdaftar dengan ROC (Registrar of Companies) dan ROS (Registrar of Society). Jadi, Chairman GLOMAC, IGB, dll gelak guling-guling kalau kompeni Sdn Bhd atau Company R.O.B. (atau selalu disebut Company RM50) atau tak berdaftar letak pangkat ‘Chairman’.
1) CEO (Chief Executive Officer / Ketua Eksekutif) pun untuk Syarikat Berhad yang listed ataupun tidak. Mereka mengetuai para eksekutif.
Jadinya, CEO dan COO syarikat Berhad seperti IGB, TM, KLK, GLOMAC akan gelak guling-guling kalau kompeni Sdn Bhd, atau lebih kelakar lagi kompeni RM50 letak pangkat CEO.
2) Untuk Syarikat SDN BHD. boleh letak pangkat PENGARAH URUSAN.
3) Untuk R.O.B. (Registrar of Business) atau ‘Company RM50, sekarang RM60 setahun, yang selalu mereka salah sebut sebagai ‘Enterprise’ letak saja PENGURUS. Kenapa ‘Enterprise’? Bagaimana kalau letak extension lain seperti ‘Media’ ‘Ventures’ ‘Solution’?
Itulah yang dikatakan, belajar bisnes mestilah mempelajari ‘Pengurusan Bisnes’ (P.O.S.D.C.), bukan belajar motivasi-motvasi, penglipurlara, terkinja-kinja, menjemput, pasrah, brandang-branding, marketing-marketing (tapi menyangka ‘selling’ itulah marketing).
Tapi Malaysia kan, apa hairan — bukan pensyarah IPTA tak BERJAWATAN ‘Prof’ pun boleh letak ‘Prof.’ di depan nama. Dah berhenti jawatan Prof. pun masih letak Prof walaupun bukan Prof. Emeritus. Tak tahukah apa saja Prof. itu JAWATAN milik Universiti, kecuali Prof. Emeritus?
Jual Homeopati pun letak Prof. Tak pernah ada MA, tak pernah ambil PhD, tak pernah belajar dan lulus Medik, boleh letak Dr. di depan nama. Jadilah Dr. Ayam,. Kenapa? sebab tahu, memang ramai yang rela dipedaya di Malaysia ini.