Tidak ada dua hari yang sama dalam hidup ini. Jadi bersabarlah apabila dirundung duka. Langit tidak selalu cerah, mendung tidak sepanjang tahun.
(gambar)
Hasil kerja gambaran hati. Hati yang dirundung duka menghasilkan gambar yang menggambarkan kesayuan.
Hukum Seimbang tetap terjadi. Tidak mungkin berduka sepanjang masa, dan tidak mungkin riang ria sepanjang masa. Malam dan siang silih berganti; air laut sentiasa pasang dan surut. Segalanya telah terpampang di depan mata untuk panduan. Bukankah dunia ini pentas dan kita adalah penonton dan pengamal?
Bila hati berduka, jangan buat apa-apa terlebih dahulu. Bila hati berduka sentiasa ingati sebaris ayat judul buku Sidney Sheldon, “Nothing Last Forever.” Kedukaan tidak akan kekal lama.
Apabila anda mengalami kedukaan yang agak kronik, jangan teruskan kerja anda. Biarkan kedukaan itu berlalu terlebih dahulu. Dengan adanya Hukum Seimbang, pasti kedukaan itu akan berlalu.
Jikalau anda meneruskan kerja, kedukaan itu pasti akan mempengaruhi hasil kerja anda. Suasana mempengaruhi hasil. Sebagai contoh mudah: apabila seorang Chef (Chef betul) memasak, mereka memastikan meja sentiasa kemas. Ini kerana suasana / keadaan meja memasak tersebut membawa impak kepada masakan.
Jikalau anda seorang penulis, berehatlah sehari dua, sehingga kedukaan itu beransur hilang. Anda sendiri tak sanggup membaca tulisan anda sendiri yang dipengaruhi kedukaan.
Jikalau anda seorang designer, lihatlah sendiri kedukaan dan kemurungan anda itu akan kelihatan jelas pada rekabentuk atau design anda.
Ada saat-saatnya anda akan mengalami kedukaan, sebagaimana ada saat-saatnya anda mengalami keriangan. Jangan hanya hendakkakn keriangan tetapi menghindari kedukaan. Itu mustahil, kerana setiap sesuatu adalah berlawan.
Kesedihan tidak berpanjangan, sebagaimana keriangan. Ini bertepatan dengan peribahasa Tionghoa, “Kedukaan dan keriangan adalah sama saja, ia tidak kekal lama.”
Kedukaan. Sesiapa tidak pernah dilanda kedukaaan, dia bukan manusia.