Kena tambah sejenis lagi cincin dalam barisan cincin untuk adat Melayu yang lapuk, menyusahkan, karut, ikut-ikutan dan khurafat itu.
Akan ada majlis risik-merisik dalam minggu ini ? anak buah sebelah isteri saya, yang gerenti saya tidak akan hadir walau dijemput dengan limosin, karpet merah, bunga manggar, bunga rampai dan paluan kompang. Perlukah saya hadir ke majlis karut-marut itu? Saya terkejut kerana sesudah millenium, masih ada risik-merisik yang selayaknya hanya digunakan pada zaman Hang Tuah meminang Tun Teja. Makin karut!
Satu cincin khas digunakan untuk merisik. Dinamakan cincin risik. Bolehkah ditukar nama menjadi “cincin tentera”? Sebab selalunya risik ini ada dalam tentera. Kor Risik.
Yang amat peliknya budak perempuan itu sudah diusung ke sana sini, masih nak risik merisik? Setahu saya, merisik zaman dulu ialah bila si lelaki katalah namanya Dr. Hang Tuah berkenan kepada Dr (Homeopati) Tun Teja. (Sejak bila pula belajar homeopati boleh dipanggil dan meletakkan Dr. di depan nama?). Maka Dr Hang Tuah pun meminta emaknya MERISIK Tun Teja bertanyakan, berkias-kias, tentang Dr Tun Teja. Biasanya dengan pantun 4 kerat bertanya sudahkah Dr (Homeopati) Tun Teja sudah berpunya, kalau belum, “hendak menyunting bunga di taman yang mekar untuk kumbang yang sedang mencari…” Begitulah lebih kurangnya. Kalau buat bodoh boleh jawab, “Pegilah ambik bunga kat laman tu, kalau ada… belum berbunga lagilah…” Kalau adat Jawa, selalunya dibalas dengan kiasan karut-marut juga, “Bunganya belum kembang lagi.” Fahamlah, si anak perempuan masih kecil lagi. Rasanya itu hanya pembuka negotiation. Selepas itu dalam kias-mengias, berlangsung nego dalam suasanan yang dibuat-buat. Kalau yang agak ganas, totally rejected, cuma berkias menggunakan ayam. “Syuhhh… syuh…. ayam tu naik atas rumah pulak….” Tidak ada sebarang ayam yang naik atas rumah, walaupun tuan rumah ada membela ayam. Ayam itu kiasan supaya manusia yang merisik tahu dirinya diumpamakan ayam yang sedang disuruh turun dari rumah. Yang buat bodoh atau tak tahu akan bertanya soalan bodoh, “Ha’ah, ayam kat rumah saya pun suka sangat naik rumah, kenapa ye? Berapa harga ayam sekarang?”
Kalau Prof. Dr. Hamka amat menentang adat Minangkabau yang bertentangan dengan Islam dan menyusahkan, saya pun meluat dan benci dengan adat-adat Jawa yang pelik bertentangan dengan Islam. (Prof Dr. Hamka memang pensyarah dan mempunyai PhD, bukan jual susu awal haiwan terus letak Dr. di depan nama, atau menulis buku angin letak Dr.). Kalau begitu memang bolehlah risik sebab si lelaki hanya intai-intai si perempuan yang mengada-ada ? sedar dirinya diminati tetapi jual mahal.
Itu zaman dulu, zaman purba, zaman Dr Hang Mohamad Tuah hendak beristerikan Dr. (Homeopati) Tun Teja yang jual susu awal lembu.
Sudahlah diusung ke sana sini, dah kenal emak bapak, dah entah apa-apa lagi, baru hendak merisik? Adat yang sangat gila dan mesti dihapuskan segera. Adat gila yang masih diamalkan oleh orang gila. Satu cincin lagi diperlukan selepas itu iaitu Cincin Tunang. Dalam Islam memang ada pertunangan tetapi pertunangan adalah untuk persediaan perkahwinan. Selalunya dalam Islam pertunangan adalah singkat, khusus sebagai “time frame” bagi menyiapkan segala rupa persediaan perkahwinan. Tarikh kawhin sudah ditetapkan dengan padu.
Itu ikut adat Islam. Kalau ikut adat orang gila ? pertunangan adalah sebagai “Cop” ? maknanya perempuan ini sudah dicop, tak boleh orang lain kacau. Tarikh kahwin? Tak pasti lagi. Selain “Cop” ia juga sebagai “lesen” membolehkan si lelaki mengusung perempuan ke hulu hilir ikut suka dia. Macam James Bond yang ada “License To Kill”. Apa yang agak pelik, kerana hendak menunjuk-nunjuk dan menakutkan orang bujang yang memang hendak berkahwin ikut cara Islam ? majlis pertunangan dibuat besar-besaran, pasang khemah, hebahkan sedunia. Ada hantaran dulang, ada tuala yang dibentuk menjadi angsa. Tak lain tak bukan adalah untuk menunjuk, menayang dan dirasakan sebagai adat yang semakin pelik, menyusahkan. Patutlah lebih ramai yang membujang berbanding yang berkahwin. Rupanya lebih ramai yang taat kepada adat orang gila berbanding ajaran Islam.
Selepas tunang yang mengikut adat orang gila, sekali lagi adat orang gila dilangsungkan. Pertkahwinan yang besar-besaran, pembaziran, pergaulan bebas dan bertentangan dengan ajaran Islam. Islam tidak menganjurkan begitu. Pernikahan dan perkahwinan itu wajib bagi yang mampu tetapi majlis besar-besaran boleh bertukar menjadi haram. Nak menujuk-nunjuk, hendak buat “collection” bagi balik modal belanja perkahwinan itu, memang terpaksa buat besar-besaran.
Alkisahnya di tempat saya ini, ada orang tua yang anaknya semua sudah berkahwin, sudah bersanding, barulah dia mengeluarkan fatwa, “Tak boleh bersanding ni, dipamerkan, haram….” Kenapa tak mengeluarkan fatwa tersebut sebelum anak-anaknya semua berkahwin?
Dalam majlis perkahwinan itu ada puluhan dulang hantaran lagi dan ada tuala yang dibentuk menjadi angsa, itek, keris dan sebagainya. Kalau zaman dulu, ada yang buat-buat latah sebagai penyeri majlis. Wang hantaran dalam bentuk duit dan cek pun ada. Yang beri cek patutnya ditolak saja sebab saya pun boleh letak angka RM1,000,000.00 dalam cek saya. Lainlah kalau Bank Draft. Jadi tak perlu hairanlah kalau ada artis yang kononnya menerima hantaran RM99,999.99 kalau setakat angka pada cek. Lainlah kalau selonggok wang di depan mata. Lagipun, bukankah kebanyakan artis kaki kelentong sama dengan orang yang jual susu awal kelentong.
Menyentuh pasal hantaran, ada yang melucukan. Ada gred pulak. Kalau keluilusan SPM sekian-sekian hantarannya. “Sepupu saya lulusan kolej, hantarannya sekian-sekian. Saya lulusan universiti mestilah sekian-sekian….” Lulusan dijadikan benchmark untuk hantaran. satu lagi adat pelik ciptaan baru. Agaknya, akan datang antara universiti pula dijadikan ukuran. Misalnya ITM, UNNITAR, sebanyak ini hantarannya. Universiti Top 5 (UM, UKM, UTM, USM, UPM) begini-begini pula hantarannya. Entah-entah, suatu masa nanti ada pula perbandingan hantaran untuk IPTA dengan IPTS. Entah-entah point terkumpul siswa pun suatu masa nanti dijadikan ukuran jumlah hantaran. Bagaimana pula dengan yang mengambil jurusan medik, membolehkan dipanggil Dr. Adakah lebih mahal dari jurutera, pengurusan dan seumpamanya? Kalau begitu, jual saja susu awal lembu sebab nampaknya sekarang ini, siapa yang jual susu awal lembu boleh meletakkan Dr, di depan namanya. Atau pun tulis buku angin, boleh letak Dr. di depan nama ? ikut suka hati dan peraturan sendiri.
Jadi, sudah ada 3 cincin untuk melayani adat gila: Cincin Merisik Khabar, Cincin Tunang, Cincin Kahwin. Kena tambah satu lagi sebagai persediaan: Cincin Cerai. Setuju? Sebab kahwin lawannya cerai. Hanya untuk persediaan. Selepas itu kenalah ada Cincin Rujuk. Kalau dah cerai nak rujuk kembali, kena juga sediakan cincin.
Cincin cerai dan rujuk itu istimewa untuk artis. Artis yang terdesak akan menjadikan cerai dan rujuk sebagai sumber publisiti untuk disiarkan di media. Bayangkanlah betapa terdesaknya hinggakan cerai dan rujuk kembali dijadikan sumber publisiti. Akan tersiarlah di surat khabar dan TV. Apa yang sangat pelik, TV yang dianggap profesional dan matang itu sudi menyiarkan kisah perceraian dan rujuk pasangan artis yang terdesak.
Demikianlah alkisahnya cincin yang dikaitkan dengan adat orang gila.