Hari ini hari yang sibuk dan menggembirakan. Banyak masalah melanda diri hamba yang hina ini. Payment lambat, kerja tak siap, Kerja dah hampir siap tapi yang memberi kerja menghilang. Banyak sangat masalah, hari-hari. Rasulullah SAW tak pernah berputus asa. Perlukah saya berputus asa?
Hari ini hari yang sibuk dan menggembirakan. Banyak masalah melanda diri hamba yang hina ini. Payment lambat, kerja tak siap, Kerja dah hampir siap tapi yang memberi kerja menghilang. Banyak sangat masalah, hari-hari. Rasulullah SAW tak pernah berputus asa. Perlukah saya berputus asa?
Tak mungkin manusia akan susah sepanjang masa dan tak mungkin manusia akan senang sepanjang masa. Itulah hukum hidup di dunia ini. Nothing Last Forever. Kolonel Sanders (KFC) suatu hari, setelah dilanda puluhan masalah, berhari-hari, bertahun-tahun ditambah pula dengan usianya yang makin meningkat, akhirnya mengeluarkan satu ayat ajaib untuk panduan kita semua, “Adakah dengan berdiam diri begini, keadaan akan berubah?”
Pagi-pagi lagi saya menemui Nazrul di Batu Caves, menyerahkan 2 teks buku lama untuk diterbitkan di bawah PTS Profesional, bukan Walasri.com. Buku, “Misi: Orang Kaya Baru” dan “Sistem & Formula Kejayaan MLM” akan diterbitkan semula di bawah PTS Profesional. Satu lagi yang akan diterbitkan ialah buku klasik, “Rahsia Dari Damansara dan Mendaki Puncak Kejayaan.” Cuma saya perlukan buku klasik itu untuk ditaip semula, kemudian baru beri pada Nazrul.
Sebelah petang saya ke Singgahsana. Saya rasa inilah hotel yang paling kerap bertukar tangan. Mula-mula dulu PDPN (Pusat Daya Pengeluaran Negara), lepas itu DJ Dave ambilalih pengurusan ditukar nama Dayang Hotel. Masa inilah, masa zaman remaja saya menghabiskan banyak masa di hotel ini. Malam-malam lepak di coffee house, buka puasa, makan sahur di sini. Masa itulah saya kenal dengan “Chicken Salad” yang lazat di coffee house. Masa itu jugalah saya kenal aiskrim “Pineapple Boat”. Kenangan silam semasa tinggal di Jalan 222, Petaling Jaya. Tapi DJ Dave mungkin hanya tahu nyanyi tak tahu menguruskan hotel. Suatu malam, TNB potong api hotel tersebut, JBA potong bekalan air sebab tertunggak. Lucunya hotel bergelap. Selepas itu bertukar menjadi NPC Hotel (National Productivity Center, versi English untuk PDPN). Lama kemudian bertukar kepada Singgahsana Hotel. Saya tak pasti, keseluruhan hotel tersebut atau hanya pengurusannya sahaja yang diambilalih oleh KUB. Dan petang tadi apa yang menggembirakan ialah bertemu sahabat-sahabat baru satu kaum. Bila Jawa bertemu Jawa, terjadi “instant bondage”. Ini terjadi di coffe house tempat saya lepak dulu.
Di sini bertemu sahabat-sahabat baru termasuk Pengurus Jualan Singgahsana yang turut sama berbincang dalam bahasa Jawa. Sangat menyeronokkan. Sebelum itu sembang-sembang dengan Kumpulan Rabbani. Memang mesra sebab memang dah lama kenal baik dengan kumpulan ini. Mereka tak kenal siapa Razzi Armansur. Mereka cuma kenal “Kang”. Pada bisnes kad saya tercatat, “Kang Razzi Armansur” — adik kepada Asri Rabbani yang menjadi peguam syariah di sebelah macam terkejut, “Eh, kowe ke seng nolis buku Kampung Kaya?” Terjemahan: “Kamu ke yang menulis buku Kampung Kaya?”
Kemudian masuk ke dalam Dewan Mahligai. Di sini diadakan pelancaran Aberdeen Books World, Laman webnya dan perlantikan Inteam sebagai Duta. Sekali lagi bertemu dengan sahabat-sahabat baru dan lama. Hazamin Inteam memperkenalkan saya kepada Hazrin kembarnya yang bekerja di ABW. Hazrin kemudian memperkenalkan saya kepada bossnya. Bossnya meminta saya menyiapkan web yang ada shopping cart (atau kononnya ecommerce). Hazamin yang rekomen kerana sebelum ini Walasri.com yang buat laman web inteam.com.my.
Yang penting jangan terpedaya. Kalau betul adanya jutawan internet, Ukhwah.com dah jutawan terlebih dahulu sebab sehari kunjungannya kadang-kadang mencecah 800 pengunjung sejak 3 tahun lalu. Hakikatnya, kalau kedai buku dikunjungi 800 pengunjung dengan anggaran 10% membeli — sudah ada 80 pembeli setiap hari. Kalau 5% ada 40 pembeli. Kalau 1% ada 8 pembeli setiap hari. Jutawan? Jual space iklan pun tak laku, sebab masing-masing nak free. Kalau nak jadi jutawan internet — kena menjadi sebahagian dari internet seperti Bill Gates yang menyediakan MSN. Yang menyediakan Wins. Tak ada Wins, tak ada IE, macamana nak melayari internet?
Kalau jual barang di dalam web katalah kunjungannya 10,000 sehari (Ya Rabbi….), 10% pembeli adalah 1,000. Satu produk katalah RM50. Margin katalah 50% — setahun dua jutawan. Itu fantasinya. Biarlah yang nak berfantasi teruskan fantasi. Saya rasa sistem yang diperkenalkan oleh ABW jauh lebih berkesan. Mereka menggunakan sistem promosi seperti Cosway, Avon. Promosi adalah mengikut tema seperti bulan Kemerdekaan, Puasa, Hari Raya. Itu jauh lebih baik dari berfantasi dapat order ribu-ribu melalui internet.
Dalam ucaptama Hajah Qutren Nada, saya amat tertarik dengan kata beliau — pengalaman beliau di Austria — lebih mudah mencari kedai buku berbanding dengan kedai makan. Berbanding di Putrajaya — ada lebih kurang 100 kedai makan berbanding hanya 2 kedai buku. Mesejnya? Peluang masih terbuka luas untuk menjadi seperti Austria. Mesej lain? Betapa rakyat Malaysia masih amat kurang membaca. Betapa sebahagian besar rakyat Malaysia hanya mementingkan makanan perut (termasuk teh tarik, roti canai), mengabaikan makanan otak. Bolehkah kita melahirkan “modal insan”? Atau adakah ia sekadar publisiti?
Haji Azizi dan Hajah Qutren Nada adalah kenalan baru saya tetapi tak tahulah, serasa sudah bertahun-tahun mengenalinya. Sedikit gambaran dan perbincangan dibuat mengenai bisnes IT yang telah saya rancang selama ini. Memang pun selama ini saya mencari rakan kongsi. Sudah ada yang mahu menjadi rakan kongsi, cuma saya tolak kerana tidak Islamik. Bimbang nanti kalau ada tender projek buat laman web Carlsberg pun diterima.
Rupanya, mereka berdua memang telah lama berniat untuk menjalankan bisnes yang sama. Jadi, mungkinkah Allah telah memperkenankan doa saya selama ini? Selepas itu makan-makan, sekali lagi memang dipenuhi dengan lawak bila duduk bersama Inteam. Itulah kisahnya hari ini.
Pengajaran yang saya terima hari ini — betapa pentingnya “human networking” dalam bisnes dan kehidupan sehari-harian. “No man is an island”. InsyaAllah, bisnes yang dirancang bersama Haji Azizi dan Hajah Qatrun Nada adalah bisnes IT yang dirangkumkan sebagai “Human Networking” untuk membantu usahawan Melayu yang sememangnya amat cemerlang dalam pengeluaran tetapi amat sayu tentang pemasaran.
Betapa pentingnya bisnes kad di dalam poket dan dihulurkan. Ini saya pelajari dari sahabat-sahabat Cina saya. Hulur kad bisnes adalah utama — sebab ia ibarat benih yang ditabur. Mengikut hukum alam — benih yang jatuh ke tanah akan tumbuh, sama ada lambat atau cepat. Tapi tak semua benih akan tumbuh. Dan tak mungkin satu pun tak akan tumbuh. Hukum nombor penting — makin banyak yang ditabur, makin banyak yang tumbuh. Sudahkah anda menyemak bisnes kad anda di dalam purse? Doakan saya…
(photo)
Keterangan gambar: Sahabat-sahabat baru bertemu di Singgahsana Hotel. Asri Rabbani (sahabat lama), Ghazali (adik Asri), Mazlan (Pengurus Singgahsana) Bakyu (wartawan Anis) dan saya (ghaib) bercakap, bersembang, berbincang dalam bahasa Jawa. Bila Jawa bertemu Jawa terjadi “instant bondage”. Yang berbaju putih adalah pegawai Halagel. Hanya pegawai dari Halagel saja Melayu.
(photo)
Keterangan gambar: sahabat-sahabat lama dari Kumpulan Rabbani. Mereka sedang mempromosikan Fruity C keluaran Halagel
(photo)
Keterangan gambar: Capap (carik publisiti) sikit…Saja bergambar dengan Inteam, walaupun kenal mereka sejak sebelum terkenal tetapi amat jarang bergambar dengan mereka. Mengikut tanda yang ditayangkan, Inteam mengesahkan Kang Razzi Armansur adalah BEST… Perasannya…
(photo)
Keterangan gambar: Bila jumpa Inteam memang sentiasa melawak dan sentiasa ada bahan lawak
(photo)
Keterangan gambar: Laman web Aberdeen Books World (aberdeenbooksworld.com). Inteam menjadi duta. Walasri.com yang buat shopping cart
(photo)
Keterangan gambar: Suami isteri ini pemilik Proquaz Sdn Bhd yang bisnes utamanya ialah Tadika (5 cawangan), ABW, Butik Avon, Haji Azizi dan Hajah Qutrennada. Kemungkinan besar akan menjadi rakan kongsi bisnes IT saya dengan mereka. InsyaAllah