Razzi Armansur

Kalaulah Cheng Ho Miskin

Cheng Ho adalah salah seorang dari kaum Cina yang hebat, kaya-raya dan sudah tentu boleh dicontohi. Cheng Ho bukan mualaf tetapi memang keturunan Islam. Nenek moyang beliau adalah Islam. Istimewanya mereka ialah — mereka memeluk Islam melalui salah seorang sahabat Rasulullah. Sila baca kisah ‘Laluan Sutera’ — Silk Road — laluan perdagangan, bisnes.

(photo)
Laksamana Cheng Ho adalah salah seorang dari kaum Cina yang hebat, kaya-raya dan sudah tentu boleh dicontohi.

Laksamana Cheng Ho adalah multi-miliionaire Islam. Cheng Ho bukan mualaf tetapi memang keturunan Islam. Nenek moyang beliau adalah Islam. Istimewanya mereka ialah — mereka memeluk Islam melalui salah seorang sahabat Rasulullah. Sila baca kisah ‘Laluan Sutera’ — Silk Road — laluan perdagangan, bisnes.

Cheng Ho seiringan dengan ilmuan dan tokoh usahawan Islam yang lain seperti Al-Razi, Ibnu Sina, Ibnu Khaldun, Tarmizi dan ramai lagi. Cheng Ho menguasai ilmu pelayaran dan ilmu bisnes. Dikatakan, apabila Cheng Ho dan teamnya belayar ramai yang menyangka ia seperti sebuah pulau bergerak, menunjukkan betapa banyaknya kapal dan team Cheng Ho. Bentuk pelayarannya adalah ‘aerodinamik’ dengan 2 kapal besar berada di tengah-tengah khas membawa air sahaja.

Cheng Ho belayar untuk berbisnes, berdagang, dalam masa yang sama BERDAKWAH. Bahkan ada yang mengatakan BERDAKWAH didahulukan, berdagang adalah sampingan. Lebih tepat lagi: Menjunjung akhirat, mengejar dunia (syarat utama usahawan Islam).

Soalannya: bolehkah Cheng Ho menguasai ilmu pelayaran, belayar keluar dari Negara China dengan kapal-kapal besar yang banyak, berdakwah sampai ke banyak negara termasuk Melaka, bahkan Islam sangat dihormati, jikalau Cheng Ho itu miskin? Ia semua memerlukan DANA yang SANGAT BESAR. Mahukah orang-orang mendengar dakwah beliau sekiranya beliau miskin dan mundur? Logik tak berkata mereka, “Agama kamu agama kemunduran, buat apa aku nak ikut?”

Razzi Armansur

Razzi Armansur

Once a writer always a writer.