Razzi Armansur

Kekal Ajaib!

Keajaiban kekal wujud. Cuma ia tidak terjadi dengan sendirinya. Kita berusaha bersungguh-sungguh untuk merealisasikan keajaiban dalam apa saja bidang.

(photo)
Antara ilustrasi yang terdapat di dalam buku RAHSIA AJAIB (untuk berjaya). Tiga orang gadis siqoh pemilik syarikat perunding kejayaan berbincang mengenai modul RAHSIA AJAIB

Buku RAHSIA AJAIB akan berada di pasaran pada bulan Oktober ini. Serentak 3 sekali: Rahsia Orang Kaya Damansara, Dunia Ini Penuh Wang dan Rahsia Ajaib. Keajaiban yang saya maksudkan — saya teringin menulis buku ini sejak lama dulu. Keinginan berterusan saban hari hingga menjadi keperluan. Pada Pesta Buku 2007 lepas saya menyatakan hasrat kepada Pengurus PTS PRO untuk menulis satu buku yang berbentuk fiksyen tetapi berat dengan non-fiksyen. Keajaiban terjadi sekali lagi, bila suatu hari Nazrul menunjukkan kepada saya buku fiksyen kecil, ringan tetapi berat dengan fakta dan panduan — Who Moved My Cheese. Seolah-olah itu adalah petunjuk untuk saya meneruskan penulisan berbentuk seperti buku itu.

Keinginan saya menjadi ‘trendsetter’ digalakkan oleh Nazrul. Sudah tentu saya mahu meneruskan tradisi cara penulisan saya — fiksyen tetapi mengandungi non-fiksyen. Dalam keseronokan membaca cerita, banyak panduan yang boleh diperolehi. Saya tak mahu menulis ‘cerita angin’ sebaliknya fakta!

Keinginan berubah menjadi keperluan. Saya menjadi semakin perlu untuk menulis buku tersebut. Kerana Sidney Sheldon masih mempengaruhi saya, maka saya meniru apa yang Sidney Sheldon lakukan — ke lokasi setting sebelum menulis. Saya ke Paris, London, Nicaragua, Moscow, Vienna untuk mendapatkan setting cerita tersebut… Opppssss… itu Sidney Sheldon. Saya ke Banting saja untuk mendapatkan lokasi setting buku Rahsia Ajaib.

Ramai yang menyukai cerita dan setting KAMPUNG KAYA. Jadi, saya ke Kampung Sungai Lang untuk meninjau, mencatat dan mengambil gambar. Kemudian ke Pantai Morib untuk setting menjaring ikan pada waktu malam. Akhirnya ke kaki Bukit Jugra untuk setting menunggu durian. Tak ketinggalan mendapatkan maklumat sepenuhnya tentang Gong Dongg Son yang dibawa oleh pedagang Vietnam hingga sampai di Kampung Sungai Lang.

Ramli sampai di kampung halamannya dengan perasaan kagum dan rendah diri. Disangkanya kampung yang ditinggalkan masih mundur, rupa-rupanya begitu maju. Ramli bertambah yakin dengan kewujudan RAHSIA AJAIB.

Selepas itu menulis dengan penuh minat dan fokus. Namun sesekali hilang tumpuan. Presidan Ukhwah.com, Cik Hanan akan menegur, “Tulis buku mengenai fokus tetapi tak fokus, bagaimana tu?” Dan saban hari pasti bertanya, “Dah berapa muka surat?”

Akhirnya buku tersebut siap ditulis. Dengan bangganya diserahkan kepada Nazrul. Akhirnya, buku RAHSIA AJAIB diterbitkan dan berada di rak kedai buku pada hujung bulan Oktober 2007 dengan judul baru RAHSIA AJAIB UNTUK BERJAYA. Cuma agak terkilan, buku tersebut tidak mendapat sentuhan editor yang gigih Rozita Abd Razak. Beliau terlalu sibuk dengan projek buku lain, maklumlah pangkat pun sudah meningkat.

Quote:
Sir Kang: sempat ke? kalau tak sempat, boleh ke emel terus ke
Rozita Abd Razak: sepertinya tidak sempat,
Rozita Abd Razak: saya emelkan ke emel kang yer nanti
Rozita Abd Razak: maaf yer
Rozita Abd Razak: ada kerja urgent
Rozita Abd Razak: saya cuba hantar hari ini
Sir Kang: Terima kasih ye Rozita… saya pun nak keluar ni
Sir Kang: Assalamualaikum
Rozita Abd Razak: waalaikumussalam

Sir Kang: Assalamualaikum
Sir Kang: Maaf kacau lagi
Sir Kang: dah Rozita hantar?
Rozita Abd Razak: belum kang
Rozita Abd Razak: sebentar lagi ya
Rozita Abd Razak: apabila sudah hantar, nanti saya sms
Sir Kang: hari pertama kerja, sibuk ye
Sir Kang: takpelah, Kang tunggu ye
Rozita Abd Razak: betul tu

Sir Kang: Assalamualaikum Rozita… wow! hebatnya!
Sir Kang: terima kasih sebanyak2nya ye Rozita
Rozita Abd Razak: apa yang hebat?
Sir Kang: ilustrasi
Rozita Abd Razak: ada sebarang pembetulan kah?
Sir Kang: Kalau ada sempat ke?
Sir Kang: rasa tak sempat
Sir Kang: yang di atas perahu tu sebenarnya bukan dalam perahu tapi di pantai
Sir Kang: di gigi pantai
Rozita Abd Razak: ye ker….kalau kekalkan gambar tu ok tak?
Sir Kang: ok saja
Sir Kang: tak apaelah kekalkan saja
Rozita Abd Razak: masih membawa mesej yang sama kah?
Sir Kang: masih
Rozita Abd Razak: jika begitu, saya kekalkan gambar yang itu ya
Sir Kang: Ok insyaAllah
Sir Kang: cover dah siap ke rozita?
Sir Kang: iwan masih mood raya ke? heheh
Rozita Abd Razak: buku ini belum
Rozita Abd Razak: masing2 mood raya lagi
Rozita Abd Razak: mbakyu ada di pejabat ni
Sir Kang: oooo…. beraya kot
Sir Kang: tolong sampaikan salam hormat Kang
Rozita Abd Razak: kerja
Rozita Abd Razak: insyaAllah
Sir Kang: malam nanti nak buat promo buku ini di web
Sir Kang: gambar dah ada
Rozita Abd Razak: ok
Sir Kang: Rahsia Orang Kaya Damansara dan promo
Rozita Abd Razak: ya kah?

Razzi Armansur

Razzi Armansur

Once a writer always a writer.