Razzi Armansur

Larisnya buku APA YANG DIAJAR DI AKADEMI JUTAWAN

Memang telah diduga sejak mula lagi, buku APA YANG DIAJAR DIAKADEMI JUTAWAN akan hit! Memang hit kerana saya menulis dari hati!

(photo)
Keterangan gambar: Cik Faraliza dari Bahagian Kewangan PTS sedang menunjukkan buku laris APA YANG DIAJAR DI AKADEMI JUTAWAN. Di sebelahnya ialah Zet (Zaharin), Pengarah Pengedaran PTS

(photo)
Keterangan gambar: Presiden Ukhwah.com, Cik Hanan Alam Faizli sedang meneliti buku APA YANG DIAJAR DI AKADEMI JUTAWAN. Di sebelahnya ialah Simple_Shida, koordinator event Ukhwah.com

Bukan setakat menulis dari hati, bahkan saya membuat kajian terlebih dahulu. Tidak ada penglipurlara sebaliknya fakta sebenar yang diambil dari AKADEMI JUTAWAN. Tidak ada motivasi, berfikir positif semua boleh sebaliknya hanya fakta semata-mata.

Selalunya, di dalam buku yang konon ada kaitan dengan ‘JUTAWAN’ hanya penuh dengan berfikir positif dan yang pasti tidak ada satu elemen paling penting dalam usaha untuk menjadi jutawan atau orang kaya — iaitu INFLASI. Dikatakan, hanya buku APA YANG DIAJAR DI AKADEMI JUTAWAN menekankan betapa pentingnya menetapkan matlamat jutawan berasaskan INFLASI. Di Malaysia ini, inflasi adalah sebanyak 8% setahun, bahkan selalunya lebih. Jika ada menteri yang menyebut inflasi kurang dari itu adalah pembohongan semata-mata. Inflasi adalah musuh JUTAWAN, kerana itu mesti mengenalinya. Inflasi juga tidak dapat dielakkan, hanya boleh diatasi.

Di dalam buku hit ini juga menyebut betapa pentingnya mengenali NILAI & JUMLAH — jika tidak mengenalinya pasti akan kembali ke zaman Jepun — nak beli beras segantang perlu membawa 1 guni duit. Atau kalau zaman sekarang — bawa RM400 ke Indon sudah jadi jutawan. Mengenali NILAI DAN JUMLAH juga dapat mengelak dari menjadi JUTAWAN ANGIN, kerana dengan inflasi sebanyak 8% setahun, bila anda memperolehi wang sejumlah RM1,000,000.00, nilai sebenarnya hanyalah RM250,000.00 sahaja.

Apa lagi yang penting di dalam buku ini? Anda boleh mengenali Ilmu Pelayaran, Ilmu Geometri yang sangat penting dalam menghimpunkan wang untuk menjadi jutawan. Begitu juga sistem purba yang kian dilupakan — PELUH.

Semuanya boleh anda perolehi dari buku hit APA YANG DIAJAR DI AKADEMI JUTAWAN. Jika anda membelinya di gerai PTS semasa PESTA BUKU ini, anda akan mendapat potongan harga 20% dari harga RM20.00!!

(photo)
Satu lagi buku hit yang menimbulkan tanda tanya ialah buku TUKANG GUNTING JUTAWAN. Bagaimana seorang tukang gunting boleh menjadi jutawan? Pelik? Baca buku yang berasaskan kisah benar ini.

Tukang gunting tersebut juga menggunakan sistem purba PELUH untuk melaburkan perolehan menggunting rambut dari 5 buah kedai gunting.

Nota: Judul asal buku ini ialah MISI: ORANG KAYA BARU

 

Razzi Armansur

Razzi Armansur

Once a writer always a writer.