Razzi Armansur

Magnet dalam tong sampah

Mengapa sampah mesti masuk ke dalam tong sampah? Kerana lumrahnya, fitrahnya begitu. Mengapa tong sampah menarih sampah? Kerana lumrahnya begitu. Ia seperti berjodoh: sampah jodohnya tong sampah.

Mengapa sampah terhimpun di dalam tong sampah dan tepi-tepi tong sampah? Kerana, tong sampah itu seperti magnet, menarik sampah. Kuat sekali ‘magnet’ tersebut sampaikan sampah-sampah terhimpun di luar tong sampah.

Tidak mungkin akan masuk ke dalam tong sampah atau berdampingan di tepi tong sampah jikalau bukan sampah.

Setiap sesuatu berpasangan: sampah pasangannya tong sampah.

Mengapa “Burung yang sejenis akan terbang bersama”? Kerana memang fitrahnya begitu sejak bumi ini dicipta. Dalam koloni burung pasti ada — burung yang suka memperdaya akan terbang bersama burung yang suka memperdaya dan rela diperdaya.

 

Razzi Armansur

Razzi Armansur

Once a writer always a writer.