Razzi Armansur

Mereka mengembara lagi

Warga Ukhwah.com membuat pengembaraan lagi. Kali ini ke Negeri Perak yang menarik diperintah oleh Pakatan Rakyat. Walaupun belum sampai setahun pemerintahan Pakatan Rakyat, tetapi sudah nampak sangat perubahannya.

Kepincangannya juga belum kelihatan kerana masih terlalu baru. Ibarat menerima sebuah rumah yang hampir runtuh, proses awal ialah membaikpulih rumah tersebut. Apa yang sangat melucukan ialah sikap pemerintah lama yang seperti ‘gila talak’ mengatakan “itu ini tak betul” sedangkan ia impak atau hasil tangan-tangan mereka pada masa lalu.

(photo)
Mereka berhimpun di KL-Sentral (ibu pejabat Ukhwah.com) sebelum bertolak ke Perak

Rasanya inilah pengembaraan yang pertama warga Ukhwah.com. Atau yang paling besar. Suatu masa dahulu, tahun 2004 pernah diadakan Mega JK (Jejak Kasih) di Penang tetapi gagal. Yang menyebabkan gagal adalah konsert nasyid yang diadakan pada penghujung rancangan, sedangkan nasyid pada masa itu sudah mula dihindari akibat “penyakit-penyakit hati” penasyid sendiri. Bukankah tepat teori, “Yang merosakkan sesuatu itu adalah manusia-manusia di dalam sesuatu itu juga.” Sebab itulah dikatakan, “Setiap orang ada peranan masing-masing.” Sebab itu jugalah ada peribahasa mengatakan, “Ukur baju di badan sendiri.” Paling mudah adalah adanya hadis Rasulullah, “Meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya, tunggulah kehancurannya.” Jika sedar diri hanya layak membaca, tak payahlah menulis kerana nanti akan merosakkan seluruh industri buku dan penerbitan. Kalau rasa diri layak menulis, belajarlah ilmu penulisan (dari Universiti PTS misalnya). Kalau sedar ilmu hanya sekelumit, kerjanya hanya menceduk tulisan orang sana-sini, tak payahlah nak mengajar orang lain menulis. Lainlah kalau tak sedar dan dikuasai oleh perasan.

Sebelum ini, banyak sekali program sosial yang dianjurkan oleh Portal Komuniti Ukhwah.com. Dalam setahun tidak kurang dari 5 program besar berbentuk kebajikan. Cuma impian saya belum tercapai lagi. Impian saya sejak dulu adalah ‘sekolah latihan’ di bawah Ukhwah.com. Modulnya adalah berbeza, sangat berbeza dengan apa yang ada di pasaran. Tidak ada ‘seminar motivasi’ membebel dari pagi sampai petang sampaikan penceramahnya tidak tahu apa sebenarnya yang disampaikan. Tidak ada juga ‘lain judul, lain kandungan’. Katanya ‘team bulding’ tapi mengapa tidak mendapat ilmu ‘team building’? Apa perlunya pijak-pijak badan, angkat-angkat orang dalam ‘team bulding’? Di mana bahagian ‘angkat-angkat orang, pijak-pijak orang’ itu boleh diaplikasikan dalam kehidupan? Khabarnya, ‘seminar kepimpinan’, kenapa tidak mendapat ilmu kepimpinan seperti yang digunakan oleh Tuan Guru Nik Aziz? Kenapa hanya ceramah motivasi berfikir positif? Sebaik-baiknya, semestinya, modul kepimpinan mesti diasaskan dengan model kepimpinan terbaik dari dulu sehingga hari kiamat iaitu model kepimpinan Rasulullah. Itu yang akan dikaji dan dijadikan modul kepimpinan, team building dalam Ukhwah.com.

Ukhwah.com adalah pertubuhan yang besar dan semakin membesar. Pertubuhan ini saya asaskan pada tahun 2003 bersama Presidennya kini. Suatu masa dulu ia ‘underdog’ tetapi berkat determination, kini ia menjadi pertubuhan yang dihormati. Namun percayalah, di mana-mana pertubuhan, pasti ada ‘culprit’nya. UMNO, PAS, PKR, DAP, JIM, atau apa saja pertubuhan pasti ada culprit. Di dalam nasyid pun, ramai culprit. Ukhwah.com tak terkecuali. Itulah yang perlu diatasi dengan tenang.

Bagi saya, UKhwah.com adalah lambang kerjasama dan contoh kejayaan bagaimana menggabungkan online dengan offline, alam internet dengan nyata. Bukan sesuatu yang mudah namun terus diusahakan sebagaimana slogan ulang tahun ke 5 pada tahun ini ialah, “5 Tahun Bersama, 50 Tahun Menanti.”

 

Razzi Armansur

Razzi Armansur

Once a writer always a writer.