Razzi Armansur

Misi Tukang Gunting Jutawan

Masih ingat lagi buku “Misi: Orang Kaya Baru”? Buku tersebut saya tulis lebih kurang 8 tahun dahulu. Selepas terbit ia menjadi best-seller.

(photo)
Keterangan gambar: Pembuka judul “Misi Tukang Gunting Jutawan.”

Buku itu kini diterbitkan semula oleh penerbit besar — PTS, rebranding, diberi judul yang lain — Misi Tukang Gunting Jutawan.

Buku itu memang mendatangkan kontroversi. Sememangnya kontroversi baik untuk bisnes. Orang mempertikai — khabarnya segala rupa Tukang hidup susah. Tukang kasut — 10, 20 tahun masih lagi di kaki lima memperbaiki kasut. Tukang rumah — rumah sendiri tak pernah siap. Tukang basikal — sudah ada yang menjadi jutawan — Haji Ahmad Samerin — menang RM1 juta dalam rancangan More Jutaria. Sekarang ada di Bandar Pusat Jengka.

Kerana yakin menimbulkan kontroversi dan akan dipersoalkan, maka sebelum menulis buku tersebut, saya membuat kajian terlebih dahulu kerana menjadi kebencian saya menulis penglipurlara.

(photo)
Keterangan gambar: buku best-seller ini ditulis ketika Edika Armansur pewaris Armansur.com Berhad berumur 9 tahun (1999)

Di dalam buku yang berbentuk cerita itu mengisahkan seorang tukang gunting yang memulakan ‘bisnes’nya di bawah pokok — berbekalkan payung besar, bangku, cermin, gunting, sikat, pisau, minat, kemahuan, fokus, cita-cita. Melupakan ‘apa orang lain kata’ mengutamakan, ‘apa aku kata’ — beliau pun memulakan bisnesnya dengan sabar. Berbekalkan Hukum Seimbang — “Tak semua orang mahu, dan tak semua orang tak mahu” dari 0 pelanggan, meningkat menjadi 5, 10, dan berpuluh-puluh dalam sehari. Keuntungan yang diperolehi digunakan untuk membuka kedai yang lebih sempurna. Dari satu kedai mempunyai beberapa cawangan.

Bunyinya memang mudah tetapi halangan dan masalahnya sangat besar, namun berjaya diatasi. Bukan setahun dua masa yang diambil untuk menjadi kaya, sebab tidak ada penglipurlara di dalam buku ini sebaliknya fakta — membina kekayaan memakan masa berpuluh tahun dan dengan teknik tertentu.

Teknik yang digunakan oleh tukang gunting tersebut adalah teknik tradisional, klasik dan telah digunakan sejak dahulukala. Bukan teknik baru tetapi teknik biasa yang sangat berkesan. Teknik tersebut diringkaskan menjadi PELUH (juga diajar di Akademi Jutawan).

PELUH juga ada saya paparkan dalam satu lagi buku laris HIDUP UNTUK MENANG.

PELUH adalah ringkasan: PElan, Labur, Untung, Himpun. sistem PELUH sejak purbakala telah membantu berbilion manusia menjadi kaya. Ada sistem yang lebih baik?

Buku ini dulu diedit oleh Anuar, editor perolehan dan sahabat di PTS. Kerana Anuar sudah berhijrah ke DBP, projek ini diambil alih oleh seorang lagi editor yang sangat teliti — sampaikan 1 titik (.) tertinggal dia ternampak. Namanya Rozita. Berikut ini perbualan saya dengan Rozita melalui YM:

Quote:
Rozita Abd Razak (1/31/2007 10:22:45 AM): saya mahu hantar manuskrip buku tukang gunting kaya untuk kang pruf
Rozita Abd Razak (1/31/2007 10:23:06 AM): kalau kang online, harap kang balas ym saya ni ye
Tun Razzi (1/31/2007 12:32:44 PM): Assalamualikum, Rozita yang dihormati
Tun Razzi (1/31/2007 12:33:06 PM): Adapun menurut pendapat hamba yang daif ini, biarlah hamba serahkan semuanya pada Rozita
Tun Razzi (1/31/2007 12:33:35 PM): sebab hamba pun tak pandai pruf atas sifat semula jadi manusia — tyak nampak kesalahan sendiri
Tun Razzi (1/31/2007 12:33:45 PM): Jadi, serahkan pada yang pakar
Rozita Abd Razak (1/31/2007 12:37:53 PM): wslm, kang kena pruf jalan cerita
Rozita Abd Razak (1/31/2007 12:38:01 PM): dari segi bahasa mungkin saya leh pruf la
Tun Razzi (1/31/2007 12:38:26 PM): alahai… tak pandailah Rozita
Rozita Abd Razak (1/31/2007 12:38:30 PM): saya takut kalau ada jalan cerita dan bahasa yang dah diedit tidak seperti yang kang maksudkan
Tun Razzi (1/31/2007 12:38:33 PM): saya rasa ok ajelah…
Rozita Abd Razak (1/31/2007 12:38:45 PM): xper…kang baca dulu yang saya dah edit
Rozita Abd Razak (1/31/2007 12:38:58 PM): at least kang dapat gambaran mcmana proses edititng tu nanti
Rozita Abd Razak (1/31/2007 12:39:08 PM): saya mungkin hantar hatri isnin ni
Rozita Abd Razak (1/31/2007 12:39:17 PM): cuma ada masalah skit nak minta tolong kang ni
Rozita Abd Razak (1/31/2007 12:39:23 PM): muka surat dia 80 jer
Rozita Abd Razak (1/31/2007 12:39:26 PM): nipis sangat
Rozita Abd Razak (1/31/2007 12:39:31 PM): kang ada cadangan ke?
Tun Razzi (1/31/2007 12:39:35 PM): ooo…
Tun Razzi (1/31/2007 12:40:03 PM): saya rasa selepas layout akan jadi dalam 130 gitu
Tun Razzi (1/31/2007 12:40:21 PM): kalau leading luas dan frame agak kecil
Tun Razzi (1/31/2007 12:40:35 PM): yang asal… 114
Rozita Abd Razak (1/31/2007 12:41:28 PM): ini saiz 6″X9″
Rozita Abd Razak (1/31/2007 12:41:48 PM): kalau kami kecilkan kepada 5.5″X 8.5″ cmner?
Tun Razzi (1/31/2007 12:41:49 PM): standard size pts kan
Tun Razzi (1/31/2007 12:41:56 PM): tak setuju la rozita
Rozita Abd Razak (1/31/2007 12:42:20 PM): standard pts ada dua
Tun Razzi (1/31/2007 12:42:24 PM): dalam tu, layout teks boleh main-main disitu jadi tebal
Rozita Abd Razak (1/31/2007 12:42:34 PM): 6X9 dan 5.5 X 8.5
Rozita Abd Razak (1/31/2007 12:42:39 PM): ok
Tun Razzi (1/31/2007 12:42:52 PM): asal jangan font besar
Tun Razzi (1/31/2007 12:43:04 PM): font standard.. leading nak luas
Rozita Abd Razak (1/31/2007 12:43:14 PM): apa2pun nanti lepas saya dah hantar pruf utk kang, kang boleh bagi cadangan nanti berdasarkan yang kami dah susun atur
Rozita Abd Razak (1/31/2007 12:43:23 PM): ok…font mmg xleh terlalu besar
Rozita Abd Razak (1/31/2007 12:43:31 PM): sbb belum ada novel yg size besar
Rozita Abd Razak (1/31/2007 12:43:36 PM): nanti mcm kelakar pulak
Tun Razzi (1/31/2007 12:43:42 PM): oooo
Rozita Abd Razak (1/31/2007 12:43:50 PM): nanti kami ubah leadingnya
Tun Razzi (1/31/2007 12:44:19 PM): kalau rozita boleh bincang dengan nazrul… sebab buku “berubah menjadi kaya” pun nipis asalnya
Tun Razzi (1/31/2007 12:44:47 PM): leadingnya luas, framenya dikecilkan… jadi 110 + muka
Rozita Abd Razak (1/31/2007 12:45:24 PM): bagus cadangan kang tu
Rozita Abd Razak (1/31/2007 12:45:30 PM): nanti kami cuba adjust
Tun Razzi (1/31/2007 12:46:13 PM): ehem (sambil tak buat apa-apa sebab tak pakai tali leher)
Rozita Abd Razak (1/31/2007 12:46:26 PM): hehehe…nak tgk contoh permulaan bab ke?
Tun Razzi (1/31/2007 12:47:04 PM): alamak… kenapa Kang berdebar ye… macam pertama kali pulakdah….
Tun Razzi (1/31/2007 12:47:10 PM): please Rozita
Tun Razzi (1/31/2007 12:47:16 PM): nak tengok jugak
Rozita Abd Razak (1/31/2007 12:49:16 PM): semua bab akan ada ilustrasi mcm ni utk permulaan
Rozita Abd Razak (1/31/2007 12:49:35 PM): muka surat yg lain plain teks shj
Rozita Abd Razak (1/31/2007 12:49:42 PM): accept la
Tun Razzi (1/31/2007 12:50:48 PM): Debaran kian terasa… terima kasih Rozita
Rozita Abd Razak (1/31/2007 12:51:08 PM): jgn la berdebar…biasa jer
Rozita Abd Razak (1/31/2007 12:52:04 PM): dah tgk?
Rozita Abd Razak (1/31/2007 12:52:17 PM): perkataan dalam tu masih diadjust lg
Rozita Abd Razak (1/31/2007 12:52:21 PM): lom final
Tun Razzi (1/31/2007 12:52:41 PM): Ya Rabbi…..
Tun Razzi (1/31/2007 12:52:46 PM): cantiknya….
Tun Razzi (1/31/2007 12:52:53 PM): TErima kasih rozita
Tun Razzi (1/31/2007 12:53:00 PM): masyaAllah
Tun Razzi (1/31/2007 12:53:08 PM): tak sangka bukuku jadi begini!!
Rozita Abd Razak (1/31/2007 12:53:48 PM): tapi ini permulaan bab jer
Rozita Abd Razak (1/31/2007 12:54:06 PM): maknanya ada 12 bab=12 ilustrasi yg mcm ni
Tun Razzi (1/31/2007 12:54:24 PM): dengan kata-kata yang sama atau lain Rozita?
Rozita Abd Razak (1/31/2007 12:54:31 PM): yg lain plain teks sahaja
Rozita Abd Razak (1/31/2007 12:54:43 PM): lain2 ikut bab
Tun Razzi (1/31/2007 12:54:49 PM): ooo… hebat
Tun Razzi (1/31/2007 12:55:05 PM): dalam ada ilustarsi kecil2 ke Rozita
Rozita Abd Razak (1/31/2007 12:55:09 PM): kami ambil perenggan permulaan s etiap
Tun Razzi (1/31/2007 12:55:10 PM): untuk menebalkan
Rozita Abd Razak (1/31/2007 12:55:16 PM): setiap bab
Rozita Abd Razak (1/31/2007 12:55:27 PM): xder
Rozita Abd Razak (1/31/2007 12:55:36 PM): tp tgh bincang lg layout dia ni
Tun Razzi (1/31/2007 12:55:45 PM): maksudnya seperti standard pts kan ada caption kotak tepi2 tu
Tun Razzi (1/31/2007 1:00:36 PM): Rozita… siapa lukis ni? Wan ke?
Rozita Abd Razak (1/31/2007 1:00:46 PM): tak, org lain
Rozita Abd Razak (1/31/2007 1:01:05 PM): caption dalam kotak xberapa sesuai utk novel
Tun Razzi (1/31/2007 1:01:24 PM): tapi sebenarnya, bukan novel
Tun Razzi (1/31/2007 1:01:40 PM): fiksyen inspirasi
Rozita Abd Razak (1/31/2007 1:19:43 PM): yup tapi nak bg identiti dia lain skit
Rozita Abd Razak (1/31/2007 1:19:53 PM): xmcm buku2 bisnes yg dah ada
Rozita Abd Razak (1/31/2007 1:20:08 PM): okla kang, saya pergi lunch dulu yer
Tun Razzi (1/31/2007 1:20:11 PM): but still dalam ruang lingkup bisnes kan Rozita
Tun Razzi (1/31/2007 1:20:36 PM): baik.. selamat makan… makan kat mana ni? Kat bawah tu ye
Rozita Abd Razak (1/31/2007 1:21:06 PM): yer…xlari dr bisnes
Rozita Abd Razak (1/31/2007 1:21:12 PM): yerla…kat mana lagi
Rozita Abd Razak (1/31/2007 1:21:16 PM): itu ejr yg dekat
Rozita Abd Razak (1/31/2007 1:21:21 PM): okla…
Rozita Abd Razak (1/31/2007 1:21:30 PM): nanti dah abih lunch kita sambung lg
Tun Razzi (1/31/2007 1:21:38 PM): insyaAllah…
Tun Razzi (1/31/2007 1:21:41 PM): assalamualaikum
Rozita Abd Razak (1/31/2007 1:21:58 PM): waalaikumussalam

Tun Razzi (1/31/2007 3:30:20 PM): assalamualaikum
Tun Razzi (1/31/2007 3:30:38 PM): tumpang tanya: apa final untuk judul buku tukang gunting ini?
Rozita Abd Razak (1/31/2007 3:31:04 PM): belum dapat lg
Rozita Abd Razak (1/31/2007 3:31:11 PM): kang ada cadangan judul ke?
Tun Razzi (1/31/2007 3:31:18 PM): rasa yang hari tu ok sangat
Rozita Abd Razak (1/31/2007 3:31:40 PM): yang mana ye?
Tun Razzi (1/31/2007 3:31:55 PM): Tukang gunting jutawan atau macamana ye
Rozita Abd Razak (1/31/2007 3:32:30 PM): tapi dlm cerita ni dia belum jd jutawan kan!
Tun Razzi (1/31/2007 3:32:45 PM): Misi jutawan tunag gunting
Tun Razzi (1/31/2007 3:32:49 PM): gitu ke?
Tun Razzi (1/31/2007 3:32:57 PM): apalak tunag
Tun Razzi (1/31/2007 3:32:59 PM): tukang
Rozita Abd Razak (1/31/2007 3:33:47 PM): hihihi…nasib baik bukan tunang
Tun Razzi (1/31/2007 3:33:52 PM): hehehe
Tun Razzi (1/31/2007 3:34:02 PM): gitu kot kabinet bayangan
Tun Razzi (1/31/2007 3:34:08 PM): judul bayangan
Rozita Abd Razak (1/31/2007 3:36:03 PM): Misi jutawan tukang gunting ke Misi tukang gunting jutawan?
Rozita Abd Razak (1/31/2007 3:39:11 PM): mana satu yer?
Rozita Abd Razak (1/31/2007 3:39:11 PM): dua2 tu makna xsama
Rozita Abd Razak (1/31/2007 3:39:11 PM): kang rasa yg mana lebih menggambarkan buku tu?
Rozita Abd Razak (1/31/2007 3:39:11 PM): Misi tukang Gunting Jutawan, ok x?
Tun Razzi (1/31/2007 3:45:10 PM): pandapat Rozita?
Tun Razzi (1/31/2007 3:45:24 PM): pasal belum sangat memiliki harta RM1 juta
Tun Razzi (1/31/2007 3:46:59 PM): Rasanya pilihan Rozita lebih bagus dan boleh menimbulkan kontroversi… (sangat penting) — Tukang guinting jutawan? ooo itu misi dia
Rozita Abd Razak (1/31/2007 3:57:10 PM): saya rasa pun mcm tu
Rozita Abd Razak (1/31/2007 3:57:30 PM): so, kita kekalkan tajuk Misi tukang gunting jutawan ye!

 

Razzi Armansur

Razzi Armansur

Once a writer always a writer.