Kononnya menyemai nilai-nilai murni tapi dalam masa yang sama melakukan dosa-dosa besar berterusan.
Menipu adalah dosa besar. Tak usah dipusing sebagai bohong sunat, bohong syarie. Menipu is menipu.
Kalau tidak ada PhD, tidak belajar perubatan dan disahkan sebagai Doktor, apa perlunya letak Dr. di depan nama? Bukankan itu menipu namanya.
Tony Robbin yang berjaya membantu mengubah kehidupan jutaan manusia pun tak letak Dr. di depan nama, sebab dia tak pernah belajar perubatan atau sampai PhD.
Katanya nak menyemai nilai2 murni tapi diri sendiri pun tak murni, bagaimana? Sebab itu agaknya selalu meracau benda2 karut. Betul kamu Doktor mata, bukanlah lebih elok bercakap soal kesihatan mata? Bukan meracau benda2 yang kamu sendiri tak tahu?
Dalam pada itu, ketahuilah menipu adalah dosa besar. Kamu bukan lagi berjawatan Professor, kenapa berterusan letak Prof. di depan nama. Dr. tu boleh letak sebab memang kamu Dr. Tapi Prof. tak bolehlah sebab kamu dah berhenti jawatan Prof. Professor adalah jawatan, dan ia milik Universiti, bukan gelaran, bukan juga jawatan sepanjang hayat. Apatah lagi so-called, ‘lambang kebijaksanaan’ (itu fatwa purbakala).
Sudahlah meracau, tambah penipuan, nak bercakap tentang nilai-nilai murni?