Razzi Armansur

Rindu kahwin

Mula berkenalan melalui laman keramat Ukhwah.com. Namanya unik: Rindu Rahayu. Cepat mesra walau hanya di alam online.

(photo)
Keterangan gambar: Walimah Rindu Rahayu pada 16 Disember 2006. Bergambar bersama kasih_kekasih (Fatimah Azzahra)

(photo)
Keterangan gambar: Semasa datang ke KL. Bergambar kenangan majlis anjuran Ukhwah.com di Pusat Islam. Yang tengah itu ialah James Bond pengganti Daniel Craig

Kemudian ketika Ukhwah.com membuat JK (Jejak Kasih) di Pusat Islam, Rindu datang dan berkenalan dengan warga Ukhwah.com, juga MT Ukhwah.com.

Anak mami Penang ini memang peramah.

Tak lama kemudian Rindu senyap dari Ukhwah.com. Entah kenapa.

Selang beberapa lama kemudian Rindu memberitahu saya dia akan bertunang. Tak berapa lama kemudian terdengar berita yang mengejutkan. Rumah Rindu Rahayu hangus. Pada majlis pertunangan, sebelah siang, kelima-lima aircon rumahnya dipasang, kemungkinan besar overload dan terjadi litar pintas.

Selepas itu memang tidak pernah diketahui khabar beritanya. Bahkan kawan rapatnya (kasih_kekasih) pun tidak tahu apa khabar Rindu. Rupanya telefonnya hilang dan dia sudah lost contact.

Bulan November tempoh hari, Rindu buzz YM saya. Dia memberitahu akan berkahwin dalam bulan Disember.

“Kang mesti mai tau! Kalau tak mai, siap Kang!” Itu katanya.

Hari ini, 16 Disember 2006, Rindu Rahayu selamat diijabkabulkan dengan pemuda pilihan hatinya. Syukur Alhamdulillah. Selamat Pengantin Baru sahabatku Rindu Rahayu.

Razzi Armansur

Razzi Armansur

Once a writer always a writer.