Razzi Armansur

Sentiasa ada yang lebih

Saat kita berasa diri kita hebat, paling hebat, kaya, millionaire atau perasan selebriti, ingatlah, ada yang lebih hebat, lebih kaya, lebih billionaire, lebih selebriti dari kita. Manusia sama saja, ada lebih ada kurang.

Saat kita berasa diri kita daif, ingatlah ada yang lebih daif, lebih gagal, lebih derita, lebih miskin dari kita. Manusia sama saja, ada lebih ada kurang.

Ini peringatan kepada diri saya sendiri yang sering alpa dan terlupa.

Kalau kita kena kutuk, jangan melatah kerana apabila kita melatah, kita akan menggelabah dan kesan buruknya bukan pada yang mengutuk tetapi pada kita sendiri.

Apalah kutukan yang kita terima berbanding dengan kutukan yang diterima oleh Dato’ Seri Anwar, Pak Lah, Najib, Tuan Guru Nik Aziz, Haji Hadi, dan ramai lagi, setiap hari melalui pelbagai media (multimedia). Mustahil pula Dato’ Seri Anwar akan dipuji di dalam akhbar dan TV.

Pergilah ke forum yang sangat terbuka: www.cari.com.my >> General >> Current Issues untuk menyaksikan sendiri pujian dan kutukan. Atau pergilah ke forum Tranungkite.net.

Jadi, setiap kali kita dikutuk, dicerca, jangan melatah, sebaliknya, ingat, ada yang lebih teruk lagi kena kutuk. Sudah tentu ini serta-merta menenangkan hati kita.

Namakan apa perkara negatif yang tidak pernah dilemparkan kepada Rasulullah SAW. Kutukan dan cercaan perkara biasa. Alangkan Nabi pun kena cerca dan kutuk, apatah lagi kita ini.

Adakah Baginda Rasulullah SAW melatah? Tidak sama sekali. Baginda bersabda yang bermaksud, “Silence is golden.” Diam itu kebaikan. Bukan itu saja, Baginda mendoakan orang yang mengutuk, mencerca, mengaiaya, memusuhi. Mampukah kita mengikut jejak Rasulullah? Mampu atau tidak mampu, kita mesti mengikuti jejak Baginda.

Balasan Allah akan diterima oleh yang mengutuk dan dikutuk. Yang mengutuk akan menerima balasan buruk dan yang dikutuk akan menerima balasan yang baik. Apa bentuk balasannya? Hanya Allah sahaja yang mengetahui.

 

Razzi Armansur

Razzi Armansur

Once a writer always a writer.