Razzi Armansur

Seronoknya membaca tulisan Dari Jelebu

Hishamuddin Rais berbakat besar dalam bidang penulisan dan perfileman. Tulisan dan filemnya ada impak. Tulisannya seronok dibaca, sukar dilepaskan selagi belum habis membacanya. Ayat-ayatnya ringkas-ringkas tetapi tajam. Jantung kita ikut berdegup pantas membaca tulisan beliau yang ‘pantas’. Saya percaya semasa menulisnya, Hishamuddin sedang mengenakan earphone lagu yang rancak kerana sebagaimana yang selalu saya katakan, “Suasana (penglihatan, pendengaran, perasaan) mempengaruhi tingkah laku.” Penulisan adalah salah satu tingkah laku.

Lebih dari itu, tulisan Hishamuddin Rais sentiasa ada makna yang tepat dan perlu difahami. Bagi orang yang TIDAK FAHAM dan TIDAK MAHU FAHAM, tulisan beliau diangap kasar, keras. Bagi yang faham akan mengatakan itu stail peribadi dan hak beliau. Zaman sudah berubah — ada masa boleh berlembut dan ada masa kena brutal. Ikut keadaan. Kalau nak mengampu, bolehlah lembut-lembut.

Ini sekali lagi membuktikan kebenaran peribahasa, “Birds with the same flock fly together.” Sudah tahu mengapa saya meminati stail tulisan Hishamuddin Rais?

Saya mengesyorkan, tulisan beliau boleh dijadikan ‘model’ jika anda melakukan modeling (Jika tidak tahu apa itu modeling dalam NLP, sila semak tulisan saya yang lalu).

Ini link DARI JELEBU:

http://malaysia-today.net/blog2006/ShamRais.php

( Nota: Dari Jelebu sudah tidak ada lagi. Ini gantinya: Tukar Tiub )

 

 

Razzi Armansur

Razzi Armansur

Once a writer always a writer.