Sebelum menulis buku RAHSIA AJAIB, saya mengkajinya terlebih dahulu. Bolehkah ia dijayakan. Atau bolehkah ia dijayakan sekurang-kurangnya 80 peratus?
(photo)
Keterangan gambar: Pengasas dan ahli kelab IT yang beralih arah kepada Fotografi. Dari kiri: A’ak, Meorjay, Krull, Ajam, Farid. Masing-masing dengan kamera DSLR yang mahal belaka.
Saya telah memperolehi jawapannya. Ia memang boleh dijayakan sehingga 90 peratus! Bahkan sebahagiannya mendapat kejayaan 100 peratus! Maknanya apa yang saya tulis itu bukan main agak-agak, dengar-dengar, penglipurlara, sebaliknya adalah fakta sebenar dan melalui kajian, percubaan, case study terlebih dahulu!
Lebih memberangsangkan, walaupun masih teaser lagi, ramai yang sudah mendesak untuk membeli buku ini. Tunggu… sabar dulu sebab sudah bukan kuasa saya kerana saya sudah serahkan kepada Nazrul di PTS PRO. Bila akan diterbitkan adalah kuasa PTS PRO. InsyaAllah dalam bulan Julai, agaknya.
Kisahnya sangat mudah: Ramli pulang ke Kampung Sungai Lang untuk mencari Rahsia Ajaib. Akhirnya pencarian Ramli ada kaitan dengan penemuan Gong Don Song dari Vietnam yang ditemui di Kampung Sungai Lang pada bulan Jun 1964.
Apa sebenarnya Rahsia Ajaib yang ditemui (atau tidak ditemui) Ramli itu? Salah satu ialah FOKUS.
Sejak dahulu kala semua orang tahu apa FOKUS. Dan sudah bukan rahsia lagi — “Anda bergerak ke arah FOKUS.” Tapi sebenarnya, ada lagi yang lebih penting — “Bagaimana menjadikan FOKUS ‘bergerak’ ke arah anda.” Dua pergerakan bergabung mernjadikan anda SEGERA mendapat apa yang difokus.
Rahsia lain: bagaimana mengelak dari menghindari fokus sebagaimana lazimnya manusia di sekeliling kita — memfokus kepada apa yang TIDAK dikehendaki. Pergi kedai tapi mencari barang yang tidak dikehendaki. Itu majoriti manusia. Bagaimana mengelakkannya dan dalam masa yang sama BAGAIMANA menjadikan FOKUS menyokong bukan menentang anda. Hanya boleh dipelajari dari dalam buku RAHSIA AJAIB.
Saya beritahu sedikit dan lengkap dengan buktinya:
Farid (gambar di atas) adalah kawan karib saya. Sesudah meminati fotografi, dia set untuk mendapatkan kamera Sony Alpha 100. Itu target utama. Tapi sebelum itu, apa yang difokus? Farid memfokus Nikon D70. Maknanya, dapatkan D70 dulu, dari kamera tersebut dapatkan wang untuk membeli Sony Alpha. Cukup wang, kamera D70 akan dijual untuk mencukupkan wang.
Saya beritahu, “Set saja!” Maknanya, tetapkan dalam fikiran — nampak dekat, besar, jelas, berwarna-warni kamera D70. ANGGAP SUDAH MEMILIKI.
“Jangan fikir bagaimana cara (jalan) untuk mendapatkannya. Set sahaja. Set SUDAH dapat.” Bila nanti memikirkan cara untuk mendapatkannya, dikhuatiri akan menjadi takut dan tidak sanggup untuk melaksanakan jalan dan cara tersebut. Lagipun, selalunya, idea untuk mendapatkan jalan dan cara akan datang sendiri bila kita sudah obses dengan fokus kita.
Keinginan berubah menjadi keperluan — bagaimana caranya? Diterangkan dalam buku RAHSIA AJAIB. Tidak ada kuasa, melainkan kuasa Allah SWT yang mampu menghalang bila KEPERLUAN menggantikan keinginan.
“Bang, dah tak boleh tunggu lagi. Keinginan dah jadi keperluan.” Kata Farid, suatu petang. Seminggu selepas itu Farid menunjukkan kamera Nikon D70 sama seperti yang difokus. Pelukan bukti keajaiban FOKUS? Sudah terbukti di depan mata.
Saya sendiri agak terkejut, begitu cepat sekali memperoleh apa yang difokus. Farid memberitahu saya, “Saya gunakan apa yang abang ajar, keinginan ubah jadi KEPERLUAN.”
Saya tak puas hati, lalu saya bertanya kepada Ajam yang juga membeli kamera D70 dalam masa yang sangat singkat. Seingat saya, suatu malam, di restoran di Taman Tun, Ajam baru berkeinginan untuk memiliki kamera DSLR. Tidak ada jenama khusus. Belum fokus lagi, kerana syarat fokus ialah TEPAT.
Ajam mengatakan, prosesnya sama saja seperti Farid. Fokus, keinginan ubah menjadi keperluan, tak sampai 2 minggu, apa yang difokus sudah berada di tangan.
Saya juga bertanya Krull yang lebih awal memiliki kamera mahal Nikon D200. “Sama!” Katanya. Maknanya, Krull telah memfokus tanpa dia sendiri menyedari menggunakan kuasa ajaib itu. Begitulah juga majoriti manusia yang menggunakan kuasa dan keajaiban FOKUS tanpa menyedarinya!
Kepada sahabat-sahabat, TAHNIAH! Kepada yang belum menggunakan, gunakan segera keajaiban FOKUS untuk memperoleh kebaikan. Yang belum berapa faham, tunggu buku RAHSIA AJAIB.