Ini Buku Saya!
Lama dulu terdengar, “Saya nak tulis buku!” Jumpa kembali, “Mana bukunya?” Hanya sengih-sengih. Sekiranya dia tahu rahsia khusus (yang mudah) sudah tentu dia akan mengatakan, “Ini Buku Saya!”
“Tapi saya ada ikuti beberapa kursus…” Kursus? Ada diajar rahsia tertentu yang sangat penting untuk penulisan dan menghasilkan buku atau hanya motivasi-motivasi?
[ PDF ]
Ayat 1000 Dinar untuk Beli Ferrari
Sia-sia sahaja selama ini menggantung ayat seribu dinar, pasang ayat seribu dinar sepanjang hari jika tidak menghasilkan apa-apa kekayaan.
Ketahui rahsianya dengan serta-merta dari dalam buku nipis ini.
[ PDF ]
Rahsia Bisnes dan Kekayaan Kaum Cina
Rahsia Bisnes dan Kekayaan Kaum Cina! Dengan siapa kita mahu belajar ilmu bisnes dan ilmu kekayaan? Tentulah dari kaum yang memang sudah menjadikan ‘bisnes’ dan ‘kekayaan’ sebagai budaya mereka, sejak berzaman.
Mahukah mereka memberitahu cara-caranya? Baca dan amalkan kandungan buku laris ini.
[ PDF ]
Menjejaki Rahsia Ajaib untuk Berjaya
Rahsia yang wujud sejak dari zaman purbakala dan sentiasa mendatangkan keajaiban. Walau dipandang remeh dan tidak dihargai, ia telah berjaya membantu berjuta-juta manusia mencapai kejayaan dalam apa saja bidang!
[ PDF ]
Menjejak Harta Warisan
Empat orang sahabat menuju ke Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat, Selangor untuk menjejaki harta peninggalan tentera Jepun.
Salah seorang dari mereka menemui lebih dari harta yang dicari itu.
Buku ke-2 Razzi Armansur, mula diterbitkan pada tahun 1990.
[ PDF ]
Jutawan MLM
Mengapa buku Jutawan MLM ini diulang cetak berterusan sejak pertama kali diterbitkan pada tahun 1999? Jawapannya diperoleh dengan tepat setelah selesai membaca buku ini.
Bukan motivasi atau penglipurlara, sebaliknya, terkandung pelbagai panduan dan cara dalam bentuk cerita.
Telah menjadi inspirasi kepada ribuan usahawan MLM. (MLM sebenar dan juga MLM pening kepala).
[ PDF ]
Tukang Gunting Kaya
Pertama kali diterbitkan pada tahun 1999. Pengakuan dari seorang usahawan yang mempunyai rangkaian kedai gunting mengakui bahawa beliau memperoleh inspirasi dari buku klasik ini.
Kampung Kaya
Pertama kali diterbitkan pada tahun 1999. Sejak dari itu buku ‘fiksyen bisnes’ ini terus diulang cetak dan dicari-cari kerana bukan cerita biasa, sebaliknya cerita yang penuh dengan panduan dan penuh inspirasi.
[ PDF ]
Ibu Kaya
Seorang ibu tunggal yang miskin, bahkan sampai peringkat menjadi papa kedana, berubah menjadi Ibu Kaya setelah belajar dari burung tempua.
[ PDF ]
Rahsia Orang Kaya Damansara
KLASIK. Mula diterbitkan pada tahun 1988, buku pertama tulisan Razzi Armansur. Judulnya, “Rahsia Dari Damansara”. Menjadi laris sejak diterbitkan, dan terus dicari-cari sampai hari ini.
Tahun 2006, judulnya diubah menjadi “Rahsia Orang Kaya Damansara”. Judul saja berubah, kandungan tetap sama.
Mengandungi 19 Rahsia penting untuk mencapai tahap kewangan maksimum.
[ PDF ]
Dalam Kesempitan Ada Kesempatan
Apabila lif rosak, adakah akan hanya merenungnya dengan keluhan atau mula mencari tangga? Dalam kesempitan sentiasa ada kesempatan, jika dicari.
[ PDF ]
Apa yang Diajar Di Akademi Jutawan
Hanya fakta tepat: Bukan penglipurlara, dongeng, motivasi-motivasi, menjemput rezeki
Sekiranya mengharap penglipurlara, dongeng, fantasi, menjemput rezeki, ala-ala seminar terkinja-kinja, buku ini tidak sesuai.
Mengikut sejarah sebenar, untuk menjadi jutawan mestilah berasaskan angka dan fakta.
[ PDF ]
Ringan Di Mulut Berat Di Neraca
Bukan hanya perkara kebaikan yang akan memberatkan neraca, semestinya juga perkara keburukan, kejahatan di mulut yang begitu ringan, boleh memberatkan timbangan di neraca.
[ PDF ]
Menghapuskan Pemberat Hidup
Sedar atau tidak sedar setiap hari kita memikul pemberat hidup. Ada 2 pilihan di sini, mahu dihapuskan segera atau biarkan sahaja ia hingga menjadi, semakin hari semakin bertambah berat.
Pilihan yang lebih tepat, mahu semakin hari semakin senang atau semakin hari semakin susah pada seluruh kehidupan ini?
[ PDF ]
Dunia Ini Penuh Wang
Sebelum mengatakan “Mustahil” selesaikan terlebih dahulu membaca buku ini dan kemudian mengamalkannya. Pasti selepas itu mengesahkan bahawa di sekeliling kita ini dipenuhi dengan wang, lebih dari yang diperlukan.
Bagaimana mengambilnya? Amalkan kandungan buku klasik ini.
[ PDF ]
Ajaibnya Doa
Memang ada keajaiban dalam berdoa. Tetapi ia tidak terjadi secara automatik, sebaliknya ada cara tertentu bagaimana memperoleh keajaiban dalam berdoa setiap hari.
Sepuluh Sebab Utama Rezeki Menjauh
Bukan merapu, ‘mengundang, menjemput rezeki’ tapi fakta tepat mengapa rezeki makin hari makin menjauh daripada kita.
Sifatnya rezeki itu berhampiran dengan kita, tetapi kenapa rezeki atau kita sendiri semakin menjauh dan sukar untuk dicapai.
Buku ini memberikan sebab dan cara untuk mengatasinya.