BAGAIMANA MEMPEROLEH
RINGAN DI MULUT BERAT DI NERACA
JANGAN kita lupa, atau buat-buat lupa, setiap apa sahaja yang diucap melalui mulut dan dilakukan fizikal, buruk atau baik akan ditimbang dan diadili seadil-adilnya.
Peluang untuk memberatkan neraca keadilan itu hanya ada sekarang ini kerana pada saat diadili, kita tidak boleh berbuat apa-apa lagi melainkan menuai apa yang ditanam. Kita sesungguhnya manusia bijak jikalau memanfaatkan masa yang ada sekarang untuk menanam, sebelum sampai masa untuk menuai.
Kita manusia bijak juga tidak mahu melepaskan dan menghindari peluang menanam secara ringan di mulut tetapi memperoleh pemberat neraca yang besar, berat dan banyak pada 2 neraca.
[ PDF ]
There are no reviews yet.