Razzi Armansur

Bingkisan dari Kelana Akira — Wajib Baca!

Ini bingkisan dari Kelana Akira. Saya tak tahu dari mana dia mendapat rencana yang sangat menarik ini khusus untuk bacaan mereka yang masih tertanya-tanya. Juga istimewa untuk bacaan “Leader Katak” atau “Bakal Leader Katak”. Teristimewa untuk “Makhluk Perosak MLM.” Baca dan fahami, kemudian bertindak!

——————————-

Sejak dari zaman “Direct Circle”, “All in Marketing (AIM)” dan masa awal “AMWAY” bertapak di Malaysia, apa yang pasti, MLM telah banyak berjasa mengubah nasib ramai rakyat kita daripada tidak pandai berniaga kepada pandai dan daripada tidak pandai beri “talk” kepada menganjurkan seminar.

Semua COMPENSATION PLAN yang saudara kemukakan di atas lebih menjurus kepada MLM yang bersifat “piramida”. MLM yang bersifat “piramida” ini ada dua kemungkinan yang nyata:

1. BINARY
2. BINARY 2/3 – 1/3 MULTI MATCH
3. MATRIX 5X7
4. STAIRSTEP
5. HYBRID
6. HYBRID/UNILEVEL
7. UNILEVEL
8. COLDING BONUS

(a) Ianya memang menjana pendapatan namun lebih tertumpu kepada menambahkan keahlian tanpa membuat jualan produk. Pendapatan dijana melalui berapa ramai downline dibawah anda, dikiri anda atau dikanan anda. (Ianya menyalahi Akta Jualan Langsung (AJL) kerana menyerupai skim “Pak Man Telo” jika dikaji dengan lebih mendalam (ini pandangan saya sahaja, kalau silap sila betulkan).

Namun sebagai usahawan MLM, semua compensation plan ini perlulah dikaji selidik dan difahami agar memudahkan memberi penerangan kepada rakan-rakan atau downline anda. Mengikut pemerhatian saya SLM = unilevel (penah nampak jurujual yg jalan2 jual pen, ubat, CD dan sebagainya? Itu la single atau unilevel) MLM = multilevel SLM dan MLM adalah jenis JUALAN LANGSUNG yang sah di sisi undang2 Malaysia dan boleh diterima masuk ke dalam DSAM (Persatuan Jualan Langsung Malaysia) sekiranya pelan pemasaran mereka terbukti di mana syarikat mereka berjaya menjual sebanyak RM20 Juta produk. (DSAM ialah badan yang memastikan ahlinya menjalankan perniagaan jualan langsung secara beretika. Sebagai badan professional, DSAM mempunyai “CODE OF CONDUCT” nya sendiri)

Untuk melihat contoh syarikat MULTILEVEL yang SEBENAR dan TERBUKTI membawa kejayaan kepada RAMAI ORANG di MALAYSIA dan DUNIA, sila rujuk DSAM Skim Piramid = BINARY, BINARY 2/3 – 1/3 MULTI MATCH, MATRIX 5X7, STAIRSTEP HYBRID, HYBRID/ UNILEVEL, COLDING BONUS Kesemua sistem yang bukan UNI atau MULTI LEVEL tidak diiktiraf oleh DSAM (DSAM meminta supaya orang ramai menjauhi sistem yang belum terbukti ini).

Sistem yang menyerupai piramid tetapi bukan MULTILEVEL adalah dikenali sebagai SKIM PIRAMID tidak kira ianya binary, matrix atau hybrid. Nak tau kenapa? Dengan menggunakan sistem multilevel sahaja, syarikat MLM TERBUKTI boleh menambah pendapatan, daripada contohnya RM50 wang pendaftaran seumur hidup kepada pendapatan RM1juta dalam masa 13 tahun (kisah benar).

Kemudian, ada di kalangan BIJAK PANDAI yang nak memendekkan tempoh ini (dapat sejuta dalam masa 13 tahun) kepada 1 hingga 3 bulan sahaja (mendapat RM1 juta dalam masa 3 bulan). Dek kerana tidak sabar, rakus, tak nak ikut konsep MLM yang asal iaitu MULTILEVEL, mereka menubuhkan syarikat sendiri dan melahirkan pelbagai konsep yang bagi mereka sendiri sangat hebat (sedangkan hanya hebat di atas kertas dan belum dibuktikan kejayaannya).

Dari itu, mereka mencipta segala apa yang boleh mendapat duit cepat TANPA MEMIKIRKAN kesan terhadap orang yang menyertai syarikat mereka. Selama ini, tiada satu pun syarikat yang tergolong dalam SKIM PIRAMID berjaya melahirkan JUTAWAN. Ini menunjukkan sistem mereka reka itu TIDAK BERKESAN.

Lebih teruk lagi, oleh kerana ingin membuktikan sistem mereka BAGUS, mereka tidak henti-henti membuat eksperimen demi eksperimen ke atas sistem yang mereka PERCAYA (iaitu sistem yang tergolong dalam skim piramid). Sekarang, cuba teka, siapakah bahan eksperimen mereka?:

1. Mereka yang mahu menjalankan MLM tapi TAK NAK IKUT sistem MULTILEVEL yang sebenar. Mereka yang nak cepat kaya (masih berharap dalam masa 3 bulan boleh jadi jutawan)

2. Mereka yang tak suka promote

3. Suka duduk diam2 dapat duit

4. Mereka yang mahu cuba2 ikut kawan buat “MLM”(skim piramid yang bertopengkan MLM) yang beli produk sekali sahaja kemudian cari2 orang.

5. Mereka yang suka main sistem

6. Pasang 2 kaki, 3 kaki, 4 kaki, 8 kaki.

Ini soalan yang tulus ikhlas dari hati saya. (INGAT BETUL2 nama saya Matieu): Adakah anda mahu jadi BAHAN EKSPERIMEN SKIM-SKIM PIRAMID yang sehingga kini belum terbukti pelan pemasarannya… atau PERAIH UNTUNG melalui MULTILEVEL MARKETING yang sudah TERBUKTI pelan pemasarannya selama lebih 20 tahun bertapak di MALAYSIA?

Saya (Matieu) memilih MULTILEVEL. Anda ( ya, anda yang sedang membaca artikel ini) pula bagaimana? (nota: Ada syarikat skim piramid diberi sijil JUALAN LANGSUNG kerana pelan pemasaran mereka “nampak berkesan” tetapi sebenarnya belum dibuktikan kejayaannya. Anda bebas memilih untuk menjadi BAHAN EKSPERIMEN mereka. Tetapi ada baiknya anda menyertai syarikat MULTILEVEL yang sudah terbukti kejayaannya. Lebih-lebih lagi syarikat yang sudah tersenarai dalam DSAM kerana mereka terbukti berjaya menjual lebih daripada RM20 juta produk dan telah mencatat sejarah melahirkan insan bergelar JUTAWAN)

Note kepada moderator – MLM ONLINE juga sebahagian dari MLM oleh itu post saya kali ini adalah relevan dengan tujuan asal Thread ini iaitu untuk mengupas mengenai MLM ONLINE.

Terima Kasih banyak2 kepada moderator kerana memahami. wassalam…jumpa anda di puncak kejayaan.

Razzi Armansur

Razzi Armansur

Once a writer always a writer.