Razzi Armansur

Dari Miskin Menjadi Kaya-Raya, Kisah Bisnes Jack Ma Ali Baba

Jack Ma, pengasas Alibaba Group, kini menjadi seorang usahawan dan billionaire yang terkenal. Usaha tanpa henti sekal 1999 melayakkan kedudukan beliau sekarang ini.

Latar Belakang Jack Ma

  • Nama: Ma Yun
  • Tarikh Lahir: 10 September 1964
  • Tempat Lahir: Hangzhou, Zheijiang, China
  • Pengajian: Hangzhou Normal University
  • Status: Berkahwin (2 orang anak)
  • Jawatan: Pengarah Eksekutif Alibaba Group
  • Nilai Kekayaan Bersih: RM93.3 Billion pada 2014


Kisah Kehidupan Jack Ma dan Syarikat Alibaba Group

Jack Ma lahir daripada keluarga miskin di Hangzhou. Orang tuanya bekerja sebagai pemuzik tradisional selain bergantung dengan bantuan pencen RM150 sebulan. Jack Ma pernah bekerja sebagai pemandu pelancong selama 8 tahun. Pada umur 12 tahun beliau sudah berminat untk mempelajari Bahasa Inggeris.

Jack Ma pernah menjadi guru sekolah menengah dengan gaji RM36.00 – RM45.00 sebulan, berikutan latar belakang pendidikanya dari Universiti Perguruan Hangzhou dalam bidang Sarjana Bahasa Inggeris. Pada tahun 1992, beliau mula mencari pekerjaan lain dan akhirnya telah dilantik sebagai Sekreteriat Pengurusan Gerai penjual ayam goreng Kentucky Fried Chicken (KFC). Maka di sinilah Jak Ma mula mengenali komputer dan internet.

Pada satu ketika, Jack Ma cuba mencari perkataan ‘Beer’ dalam Yahoo, namun tidak menemui data tentang China. Akhirnya dia memutuskan untuk membangunkan perusahaan komputer meskipun pada ketika itu tidak pernah belajar tentang komputer. Beliau sanggup meminjam RM4,280 daripada kerabatnya untuk memulakan perusahaan tersebut.

Pada tahun 1999, Alibaba Group telah didaftarkan di Hangzhou untuk perusahaan dalam bentuk e-dagang global. Sehingga 2012, dua portal Alibaba mengendalikan perniagaan berjumlah RM727,000,000,000.00 dan pada 19 September 2014, nialai pasaran Alibaba berjumlah RM988,000,000,000.00 (RM1 Trilon).

Pada Oktober 2005, Alibaba dan Yahoo telah menjalin sebuah perkongsian jangka panjang yang mana 40% daripada syarikat Alibaba diambil alih oleh Yahoo manakalah Alibaba memperoleh teknologi Yahoo dan boleh menggunakan sumber sejagat mesin pencari tersebut. Hasilnya, Alibaba menjadi salah satu syarikat internet terbesar di China.

Pada 18 September 2014, dalam Bursa Saham New York, Alibaba Group telah mengatasi Facebook dalam jumlah penawaran awam permulaan (IPO) mejadikan penyenaraian teknologi terbesar dalam sejarah Amerika Syarikat.

Anak Syarikat Alibaba Group

  • Alibaba Cloud Computing
  • Alibaba.com Ltd.
  • Alisoft Holding Limited
  • AutoNavi Holdings Ltd
  • China Yahoo!
  • ChinaVision Media Group Limited
  • cnzz.com, Inc.
  • eTao
  • Taobao.com
  • Tmall.com


Jack Ma Alibaba Jutawan Yang Sangat Berjaya

Jack Ma memberi inspirasi kepada pengusaha perdagangan berasaskan internet. Ini menjadikan beliau seorang contoh yang berjaya dalam bidang tersebut. Tiada apa yang mustahil. Hanya memulakan sedikit pelaburan, akhirnya menjadi gergasi dalam dunia perniagaan. Dengan adanya internet, dunia bergerak pantas dan yang lemah dan lembab akan tewas.

Jack Ma hanya merialisasikan satu idea yang mudah yang asalnya daripada penyelesaian masalah yang wujud dalam e-dagang. Cetusan tersebut diiringi ketekunan dan usaha yang jitu untuk menjadikan empayarnya lebih luas.

 

Razzi Armansur

Razzi Armansur

Once a writer always a writer.