Razzi Armansur

Kita Ditarik oleh Masa Depan, Bukan Ditolak Oleh Masa Lalu

Tingkahlaku, tindakan, perbuatan masa kini sebetulnya, sebenarnya, ditarik oleh apa yang dikehendaki di masa depan, bukan ditolak oleh masa lalu. Inilah sebanrnya bagaimana mencapai matlamat atau tujuan.

Jadi berhentilah dari hanyut mengenang masa lalu. Tumpukan pada apa yang dikehendaki pada masa hadapan. Fokus, fokus, fokus pada yang dikehendaki, bukan pada yang tidak dikehendaki. Jangan salah fokus.

Dr. Ayam ada mengajar perkara simple ini tak? Tak ada? Takkan sanggup membayar untuk mendengar orang meracau dan terkinja-kinja? “Kita mesti bertindak,” “Tindakan itu penting” tapi ada diajar cara bertindak atau apa yang membuatkan kita bertindak? Tak ada? Tapi memanglah rakyat Malaysia sedia membayar untuk ditipu.

Contoh paling mudah. Kita mengayuh basikal pergi ke kedai kerana nak membeli beras. Perbuatan, tindakan kita mengayuh basikal ini kerana ditarik oleh apa yang kita kehendaki di masa depan (5 minit lagi). Bukan ditolak oleh masa lalu, misalnya setahun lepas jatuh dari basikal.

Contoh lagi. Mengantuk, malas, sakit-sakit badan, tetapi tetap jugak menyarung pakaian sukan, kasut sukan mengayuh basikal atau berjalan menuju ke taman senaman, untuk bersenam atau panjat bukit. Mengapa kita melakukan semua ini? Kerana perbuatan dan tindakan kita itu ditarik oleh apa yang kita kehendaki pada masa depan — iaitu kita mahu sihat bertenaga dan menghendaki “Healthy and Wealthy”

Tak guna wealthy kalau tak healhty. Dari healthy boleh cari wealthy tapi dari wealthy sukar atau tak boleh untuk cari healthy. Healthy bukan material tetapi anugerah Allah yang mesti dijaga, diusahakan. Bila? Di saat kita TIDAK memerlukan kesihatan itu.

Lagi? Sebab nak ramai kawan. Itu tarikan masa depan. Di tempat senaman jumpa ramai kawan lama dan baharu yang sealiran. Tambah bersemangat kalau ramai yang cantik-cantik.

Fokus, fokus, fokus kepada apa yang dikehendaki pada masa depan (sebentar lagi, sehari lagi, setahun lagi, 10 tahun lagi), untuk membina tindakan, tingkahlaku, perbuatan yang membawa kepada masa depan itu.

Cukuplah, tak payah hanyut mengenang masa silam. Hanyut begitu dapat apa?

Sumber:  Facebook Razzi Armansur

Razzi Armansur

Razzi Armansur

Once a writer always a writer.