Razzi Armansur

Perihal Diriku

Ini Buku Saya -- Razzi ArmansurBAGI yang mengatakan menulis itu mudah, cabarannya ialah: tulislah satu muka surat. Atau tulislah 1 perenggan yang menjadikan pembaca mahu membaca perenggan kedua, ketiga, keempat dan seterusnya 1 muka surat dan akhirnya habis sampai tamat 1 buku misalnya.

Memanglah sejak berzaman anggapannya — menulis itu mudah, remeh, sudah lama wujud kecuali bagi yang mengalaminya — dari 1 kertas kosong atau 1 muka MS Words kosong menjadi tulisan yang seronok dibaca. Seronok satu hal, satu hal lagi yang amat utama, “Apa pembaca dapat selepas membaca tulisan saya ini.”

Tapi, sebenarnya, menulis itu mudah, kalau bukan menulis sebaliknya meracau. Tambahan: menggunakan bahasa-bahasa yang hanya difahami oleh diri sendiri. Kononnya perasan, ia bahasa yang sedap dibaca, moden.

Fikirkan 1 sahaja — “Untuk apa saya menulis?” — sudah tentu untuk dibaca, difahami dan mendapat sesuatu dari tulisan tersebut. Untuk syok sendiri? Boleh, gunakan bahasa yang difahami olerh diri sendiri, meracau, ketepikan fakta. Menyebut fasal fakta — janganlah menulis kalau tulisan mengandungi fakta rekaan sendiri. Fakta, fakta, fakta, sekali pun tulisan dalam bentuk fiksyen. Contoh fakta reka-reka: Cucuk perakam suara ke TV, keluar Google Earth. Teknologi daripada alam mana ini?

Satu lagi — zaman menulis ‘boasting’ — mengangkat diri sendiri — sudah lama berakhir. Jangan tulis begitu. Contoh: “Semasa saya berada di Empathy Suite – The Palms, Las Vegas…,” zaman itu dah berakhir. Bagaimana, “Semasa saya berada di Rumah Tumpangan, Chow Kit…,” pun tak perlu. Pembaca meluat.

Sudahkah penulis dipandang tinggi? Oleh sebab ramai suka jamak istilah ‘penulis’ itu, padahal ada beberapa jenis penulis — maka jangan terlalu berharap ia dipandang tinggi. Bahkan akan ada yang mencebik di muka, atau di hati, bila mengatakan, “Saya penulis”. Cebikan itu bertambah-tambah apabila mengatakan, “Menulis sebagai kerjaya atau kerja hakiki.” Ini di Malaysia.

Penulisan ada pelbagai, tetapi kebanyakannya jamak sebagai ‘penulis’ — penulis fiksyen, non-fiksyen, gabungan fiksyen dan non-fiksyen, penulis artikel (non-fiksyen) puisi, sajak-sajak, penulis upahan (penulis hantu, yang khabarnya menulis 1 buku  upahnya sebuah kereta Alphard, tunai).

Bahkan Cikgu akan memarahai jika menulis ‘Penulis’ sebagai cita-cita. Ibu bapa tak akan membenarkan. Persepsi sejak berzaman, mungkin juga realiti — penulis (jama) adalah kerja sambilan. Tak boleh digunakan untuk cari makan.

Biodata saya senang cerita, “Tak ada benda.” Menulis sejak dari tahun 1986 lagi. Ada menghasil beberapa buku fiksyen dan non fiksyen. Itu saja.

Facebook: Razzi Armansur