Razzi Armansur

Madu yang tidak dipercayai

Pada Hari Raya Haji lepas, tertengok TV (harap maklum apa fungsi ‘ter’ di sini). Kisahnya: madu asli dengan madu sintetik. Diuji dalam makmal, bukan tulisan dalam blog.

Lebah, serangga yang disebut dalam al-Quran itu sangat unik — ‘memasak’ madu dalam perutnya, semasa perjalanan pulang ke sarang. Jadi, apa kena-mengena ‘Madu Tualang’ dengan penghasilan madu? Tualang itu sejenis pokok. Bagaimana kalau lebah itu membuat sarang di pokok meranti, pokok jati, mahagony, pine, getah?

Adakah sama dengan dengan ‘Asam Pedas Melaka’? Apa bezanya dengan Asam Pedas Petaling Jaya?

Dalam rencana itu, dibuat ujian makmal — langsung tidak ada perbezaan antara madu asli dengan madu sintetik. Dibakar, dilarutkan, di itu, di ini, semua sama.

Jadi, bagaimana nak membeli madu yang asli? Inilah bahagian yang sangat penting bukan sahaja untuk madu tetapi untuk kehidupan, bisnes, sosial, bahkan amal ibadat. Apa dia? KEPERCAYAAN, DIPERCAYAI.

Membeli madu hanya dari orang (penjual) yang dipercayai. Kalau import, hanya dark negara yang dipercayai. Percayakah kita dengan negara dari Timur Tengah yang khabarnya, “Islam ni, Islam, Islam…”? Saya lebih yakin dengan madu yang diimport dari New Zealand dan Australia.

Kita masuk ke kedai, membeli barang di dalam kedai itu kerana percaya dengan produk yang dijual. Kita memanggil kontraktor Cina kerana percaya boleh menyiapkan kerja. Bukan tidak ada kontraktor Melayu yang dipercayai. Ada. tetapi lebih ramai yang tidak dipercayai.

Kita beramal ibadat kerana PERCAYA dengan Rukun Islam dan Rukun Iman (basic Islam).

Orang berurusan dengan kita, sekali, dua kali dan selamanya kerana KEPERCAYAAN.

Jadi, jangan sampai menjadi manusia yang tidak dipercayai. Finish!

Razzi Armansur

Razzi Armansur

Once a writer always a writer.