Razzi Armansur

Senarai Ajaib

Kerana terpengaruh dengan ‘Doomsday Conspiracy’ dan ‘The Da Vinci Code’, buku Rahsia Ajaib Untuk Berjaya telah terhasil. Menyusul kini ialah Senarai Ajaib.

Tetapi buku Senarai Ajaib belum dapat ditulis lagi walaupun mendapat laporan bahawa buku Rahsia Ajaib Untuk Berjaya itu menjadi salah satu buku yang laris jualannya, sedang mengungguli ‘Apa Yang Diajar Di Akademi Jutawan’, ‘Tukang Gunting Jutawan’, ‘Kampung Kaya’. Saya perlu ke Banting sekali lagi untuk membuat ‘research’ kerana kisahnya (sekali lagi) terjadi di Banting dalam lingkungan penghujung tahun 50-an, setahun dua sebelum dan selepas Merdeka.

Doomsday Conspiracy mengisahkan bagaimana seorang Komander (seperti James Bond) menjejak saksi yang melihat piring terbang dan alien yang terhempas di Texas. Selepas itu setiap seorang yang dijejaki itu mati dalam keadaan seperti ‘kemalangan’. Pada bahagian kedua pula, CIA menjejaki Komander tersebut untuk dibunuh. Cerita beginilah yang sangat saya minati kerana ia berasaskan kisah benar. Jika hendak tahu lebih lanjut tentang kewujudan makhluk asing dan Area 51, carilah DVD “The Independence Day”.

Paling menarik fakta yang ditulis oleh Sidney Sheldon di akhir novel tersebut, lebih kurang begini: “Di seluruh sistem cekerawala ini terdapat lebih dari 400 bilion bintang, planet dan bulan. Bumi hanyalah salah satu serpihan di antara cekerawala tersebut. Mengenangkan ada 400 bilion, seakan mustahil hanya kita sahaja, manusia sahaja yang mendiami bumi ini hanyalah satu-satunya makhluk di sistem cekerawala ini.”

Membaca itu, sehingga kini saya tertanya-tanya: mungkinkah di luar sana, di atas sana, di antara 400 billion planet, bintang, bulan itu ada satu lagi atau beribu-ribu Razzi Armansur? Hanya Allah sahaja yang tahu. Jangan difikirkan, nanti jadi bengong. Bukan 4, 40, 400, 4000000 tetapi 400 ribu juta (400 bilion).

Yang pasti bukan bumi sahaja yang ada penduduk.

Teori itu saya lengkapkan menjadi begini: Kalau hanya bumi, planet, bulan, matahari, bintang yang kita pelajari dalam pelajaran Sains dulu, kalau hanya itu saja, sifat 20 Allah SWT yang kita pelajari nampaknya tidak benar-benar dipelajari. Allah SWT Maha Kaya-Raya; jadi jajahan takluk Allah meliputi sehingga semua yang tidak terjangkau oleh akal manusia. Sains yang kita pelajari itu boleh dijangkau lagi oleh akal kita. Jadi benarlah teori terdapat kira-kira 400 bilion planet, bintang, bulan, matahari dalam sistem cekerawala.

Menjejaki waris Nabi Isa A.S? Itulah yang terdapat di dalam ‘The Da Vinci Code’. Di akhir cerita, waris Nabi Isa ditemui tetapi ia hanyalah konspirasi semata-mata. Kebijaksanaan Dan Brown menyusun ‘teori’ menjadikan buku kulit keras ‘The Da Vinci Code’ laku sebanyak 80 juta naskhah di seluruh dunia. Tanpa perlu meletakkan muka sengih di kulit buku yang mahal itu, buku tersebut berada lama dalam carta New York Times Best-Seller.

Kedua-dua buku tersebut mempengaruhi saya menulis Rahsia Ajaib Untuk Berjaya dan kini Senarai Ajaib.

Namun, ada lagi faktor yang menghalang dari saya menulis. Saya mungkin akan menulisnya mulai dari bulan Ogos 2008. Berikut YM saya dengan Rozita yang menjelaskan mengapa ditangguhkan terlebih dahulu:

Quote:
Sir Kang (1/24/2008 12:18:11 PM): Assalamualaikum Rozita… salam ingatan dari saya
Rozita Abd Razak (1/24/2008 12:18:30 PM): waalaikumussalam
Sir Kang (1/24/2008 12:18:33 PM): Rozita sihat sejahtera ke? Kang alhamdulillah, berkat doa Rozita, zihat
Rozita Abd Razak (1/24/2008 12:19:15 PM): saya alhamdulillah. Alhamdulillah juga kang sudah kembali sihat
Rozita Abd Razak (1/24/2008 12:19:26 PM): lama kang menyepi
Rozita Abd Razak (1/24/2008 12:19:31 PM): ada projek baru agaknya ya
Sir Kang (1/24/2008 12:19:49 PM): hmm.. ada juga tak tertangguh sokmo
Sir Kang (1/24/2008 12:19:57 PM): pai tertangguh sokmo
Rozita Abd Razak (1/24/2008 12:20:05 PM): pembelian dari perpustakaan negara itu sudah selesaikah?
Sir Kang (1/24/2008 12:20:11 PM): (isk.. kenapa banyak silap ejaan ini?)
Rozita Abd Razak (1/24/2008 12:20:44 PM): tidak mengapa, saya tidak edit ayat kang
Sir Kang (1/24/2008 12:20:47 PM): syukur semua selesai. Sebanyak-banyak teriuma kasih untuk Rozita dan Team Pro
Rozita Abd Razak (1/24/2008 12:20:55 PM):
Sir Kang (1/24/2008 12:21:19 PM): heheh.. tak edit ek
Rozita Abd Razak (1/24/2008 12:21:30 PM): kami cuma membantu. Rezeki datang daripada Allah. Alhamdulillah
Sir Kang (1/24/2008 12:21:48 PM): Terima kasih sekali lagi
Sir Kang (1/24/2008 12:22:25 PM): Khabarnya Pro masih mengungguli tahun 2007, masih di depan lagi
Rozita Abd Razak (1/24/2008 12:22:52 PM): alhamdulillah
Rozita Abd Razak (1/24/2008 12:23:19 PM): berkat kerjasama penulis yang menghantar manuskrip berkualiti untuk diterbitkan
Sir Kang (1/24/2008 12:24:32 PM): aAlhamdulilah
Sir Kang (1/24/2008 12:24:46 PM): Agaknya… maaf kalau Kang bertanya
Sir Kang (1/24/2008 12:24:59 PM): ada buku Kang baru ke sebulan dua ini?
Rozita Abd Razak (1/24/2008 12:25:41 PM): untuk sebulan dua ini tidak ada kang
Rozita Abd Razak (1/24/2008 12:26:03 PM): kami sudah jalan serentak buku kang pada akhir tahun lepas
Rozita Abd Razak (1/24/2008 12:26:37 PM): jadi awal tahun ini kena bagi peluang manuskrip lain yang juga sudah lama beratur
Rozita Abd Razak (1/24/2008 12:26:40 PM): maaf ya kang
Sir Kang (1/24/2008 12:26:42 PM): ooo
Sir Kang (1/24/2008 12:26:45 PM): ok faham
Rozita Abd Razak (1/24/2008 12:27:02 PM): kami cuba berlaku adil dengan semua penulis
Sir Kang (1/24/2008 12:27:07 PM): ye betul…
Rozita Abd Razak (1/24/2008 12:27:20 PM): terima kasih kerana sentiasa memahami
Sir Kang (1/24/2008 12:27:23 PM): agaknya dalam bulan berapa akan ada lagi ye
Rozita Abd Razak (1/24/2008 12:27:24 PM):
Sir Kang (1/24/2008 12:27:37 PM): penulis pro semakin ramai
Rozita Abd Razak (1/24/2008 12:28:25 PM): mungkin pada akhir tahun ini InsyaAllah
Rozita Abd Razak (1/24/2008 12:28:51 PM): terlalu banyak manuskrip yang menunggu
Rozita Abd Razak (1/24/2008 12:28:54 PM): maaf ya kang
Sir Kang (1/24/2008 12:29:10 PM): ooo… memanglah… penulis pro makin bertambah
Rozita Abd Razak (1/24/2008 12:29:38 PM): itupun kami cuba selitkan juga buku kang sebab buku-buku kang sudah ada pengikut tersendiri
Sir Kang (1/24/2008 12:29:46 PM): ehem…
Rozita Abd Razak (1/24/2008 12:30:06 PM): InsyaAllah maklumat terkini akan saya maklumkan dari semasa ke semasa ya
Sir Kang (1/24/2008 12:30:18 PM): terima kasih rozita
Sir Kang (1/24/2008 12:30:48 PM): janji pada Nazrul belum tertunai… nak tulis buku dengan Akhil Hayy untuk pro… asyik tergendala
Rozita Abd Razak (1/24/2008 12:32:06 PM): teruskan usaha. Semoga akan tercapai hajat itu
Sir Kang (1/24/2008 12:33:00 PM): baiklah… jadi, terima kasih sekali lagi ye Rozita…
Sir Kang (1/24/2008 12:33:05 PM): maaf ganggu selalu
Rozita Abd Razak (1/24/2008 12:33:14 PM): tidak mengapa
Rozita Abd Razak (1/24/2008 12:33:19 PM): sama-sama
Sir Kang (1/24/2008 12:33:20 PM): Semoga Rozita sentiasa maju di hadapan
Sir Kang (1/24/2008 12:33:26 PM): Assalamualaikum
Rozita Abd Razak (1/24/2008 12:33:28 PM): amin
Rozita Abd Razak (1/24/2008 12:33:33 PM): waalaikumussalam

 

Alkisahnya, lama benar saya mencari judul yang sesuai untuk buku ini. Plot, kandungan dan fakta non-fiksyen dalam cerita tersebut sudah berlegar-legar, melayang-layang di dalam, di atas, di depan otak. Belum sempat hendak ‘menangkapnya’ dan menuliskannya. Ke mana saja saya pergi ia masih juga berlegar-legar dan melayang-layang. Saban hari ada saja input baru. Tak mungkin saya lupa kerana sudah lebih 15 tahun saya mengalami dan melakukan perkara yang sama. Akhirnya nanti, akan terjawablah dari mana dan untuk apa Senarai Ajaib itu.

Hanya baru-baru ini tiba-tiba saja perkataan Senarai Ajaib melayang dengan lajunya masuk ke dalam otak saya dan mantap terus saya mengatakan, “Memang inilah judul yang saya cari selama ini.”

Apa sebenarnya Senarai Ajaib itu? Tunggu dalam lingkungan bulan September 2008, dengan izin Allah SWT.

 

Razzi Armansur

Razzi Armansur

Once a writer always a writer.