Razzi Armansur

Akal 80-an membawa derita

Yang prihatin akan menyaksikan perkembangan politik Malaysia yang begitu drastik sejak PRU12. Yang tidak tahu, tak mahu tahu, tidak akan terlihat atau terasa apa-apa.

Yang berasaskan dengar-dengar dan bergantung hanya kepada media kerajaan akan mengatakan “Kerajaan sentiasa betul.” Bahkan mereka tak tahu membezakana antara kerajaan dengan parti politik. Yang tak tahu, tak mahu tahu atau bolehlah dikatakan yang “hanya tenggelam di dunianya sendiri” akan hanya seperti melihat kolam yang tenang di permukaan tetapi di dalam sana bergolak, setiap hari bahkan berkali-kali dalam sehari. Suatu hari nanti gelodak di dalam kolam itu akan sampai ke permukaan dan menyimbah muka orang yang tidak tahu dan tidak mahu tahu itu. Pada masa itu adakah tersedar? Tidak sama-sekali kerana manusia di dunia ini terbahagi kepada 3:

  1. Manusia yang bertindak melakukan sesuatu
  2. Manusia yang hanya melihat apa yang berlaku
  3. Manusia yang tidak tahu apa yang berlaku

Khabarnya kita di zaman ‘multimedia’ (atau media pelbagai) tetapi kenapa masih terperangkap di dalam ‘single media’? Khabarnya era IT tetapi mengapa masih tak faham apa itu ‘multimedia’? Bahkan apabila ditanya kepada mereka yang mengambil jurusan IT, mereka pun masih tidak tahu apa itu sebenarnya ‘multimedia’. Kebanyakannya mengaitkan ‘multimedia’ dengan perisian ‘flash’ atau ‘bergerak-gerak’. Begitulah kelirunya ‘multimedia’ sama dengan kelirunya ‘IT’.

Media pelbagai, bukan hanya media cetak, media suara (radio), dan gabungan suara dengan video (TV). Internet termasuk dalam multimedia di mana mengurangkan penggantungan kepada media arus kerajaan. Media arus kerajaan (akhbar, TV, radio) hanya menyiarkan yang indah-indah belaka dan kecaman, hentaman tanpa henti kepada pembangkang. Oleh kerana kita manusia yang ada otak dan boleh berfikir tentulah kita mengimbangi dan mencari kebenaran melalui satu lagi media iaitu internet. Internet adalah sumber berita yang pantas dan jauh lebih tepat. Ia seimbang antara pujian dan hentaman. Itulah internet: multimedia, komunikasi.

Apabila disebut komunikasi, ia tentulah juga tempat mengiklan. Sama seperti dengan media lain, bagaimana jikalau tidak ada orang yang melihat dan memberi respons kepada iklan yang kita siarkan di laman web? Bagaimana kalau ‘hit’ tidak sampai 1 juta? Bagaimana kalau ‘unique visitor’ ia begitu memilukan? Bagaimana kalau jualan dan keuntungan tak sampai RM1 juta? Bagaimana kalau tak mendapat hit seperti ebay, amazon atau cari.com.my? Tak dapatlah jadi, “jutawan internet.”

Berbalik kepada “Akal 80-an”. Zaman 80-an dulu, senjata paling kuat untuk memenangi pilihanraya adalah dengan menyerang peribadi lawan.

Zaman berubah. Sekarang ini apabila kita mengutuk dan memfitnah lawan, apa yang sangat pasti, lawan tersebut akan naik.

Contohnya semasa pilihanraya kecil Permatang Pauh. Serangan tanpa henti disasarkan kepada Dato’ Seri Anwar sejak dari mula Datin Seri Wan Azizah mengosongkan kerusi. DSAI diserang bertalu-talu dengan ‘mutimedia’ dengan harapan DSAI akan kalah.

DSAI dicerca, dicemuh, dikutuk, dimalukan, difitnah. Namakan saja apa yang tidak dilakukan kepada DSAI dan parti pimpinannya.

“Sumpah Saiful” dijadikan modal utama. Bila orang bertanya saya mengapa DSAI tak bersumpah. Senang saja jawapan saya, “Dalam Islam ada sumpahkah? Ada, tapi ia adalah pilihan terakhir pada perbicaraan secara Islam. Elok DSAI tak melayan sebab nanti jadi trend.” Trend yang dimaksudkan, lain kali apabila melakukan kesalahan hanya perlu bersumpah, tak perlu ke mahkamah dan diadakan perbicaraan. “Eh, tak boleh.” “Apa pulak tak boleh, Anwar pun buat begitu.”

Harapan musnah. Serangan peribadi bertukar menjadi kemarahan. Orang makin marah kepada yang menyerang kerana terasa diperbodohkan. Dianggap, pengundi dan penyokong adalah bodoh tidak tahu berfikir mana satu benar, mana satu rekaan.

Di sini, kita juga membuktikan hukum sejak dahulu hingga sehari sebelum kiamat, “Fitnah memakan diri.” Apabila kita memfitnah orang, yang difitnah makin makmur, yang memfitnah makin musnah. Perhatikan sendiri.

Kita juga telah menyaksikan bagaimana DSAI mengaplikasikan asas paling penting dalam “Art of The War.” iaitu, “Kenali kekuatan diri, kelemahan diri; kenali juga kekuatan musuh dan kelemahan musuh.”

Yang paling penting, ingatlah, manusia makin bijak, jadi tak payahlah dibawa “akal 80-an” masuk ke dalam millenium. Manusia makin bijak kesan dari “multimedia.”

Razzi Armansur

Razzi Armansur

Once a writer always a writer.