Razzi Armansur

Anak Cina Botol Jadi Penyanyi Terkenal

APA yang ingin saya kaitkan ialah kebenaran RAHSIA AJAIB UNTUK BERJAYA. Melihat pada vcd cerita Cina “Papa Can You Hear Me Sing” saya semakin mengakui kebenaran dan kekuatan RAHSIA AJAIB UNTUK BERJAYA.

Pada pertengahan tahun 80-an, saya menonton cerita tersebut setelah mendengar iklan percuma ‘dari mulut ke mulut’ — mengatakan semasa beliau menonton filem ini di Pulau Pinang, ramai yang menangis teresak-esak. Begitulah kekuatan cerita ini membuatkan saya segera menontonnya.

Kira-kira 10 tahun lepas saya mencari vcd cerita ini kerana ingin sangat menontonnya kembali sambil mempelajari jalan cerita yang sangat ‘simple’ tetapi sangat berkesan. Setiap kali terjumpa kedai vcd akan saya tanya tentang cerita ini. Kebanyakan pekedai kenal cerita ini bila saya beritahu, “Bapak dia cari botol, anak dia penyanyi…”

Namun gagal belaka kerana tidak ada cetakan baru cerita ini.

Bagaimanapun, dalam fikiran (bukan minda) saya tidak pernah berhenti dari berharap suatu hari nanti akan ada cetakan baru buku ini sebagaimana sejak sekian lama saya berharap, suatu hari nanti akan ada cetakan baru untuk buku “Khalilah dan Dimnah” terbitan Pustaka Nasional, Singapura.

Cuma, saya menggunakan Rahsia Ajaib yang hanya sekali-sekala sahaja, kerana itu hanya sesudah 10 tahun barulah saya menemui vcd cerita Cina PAPA CAN YOU HEAR ME SING.

Kesimpulannya di sini — Rahsia Ajaib memang berkesan dan boleh membawa kejayaan, dengan syarat disandarkan kepada Allah SWT. Cara paling mudah sekali menggunakan Rahsia Ajaib ialah dengan memohon pada Allah SWT. Contohnya: “Dengan kuasa Allah SWT, saya akan memperoleh….” Sekali anda menyebutnya, hendaklah seluruh fizikal dan fikiran anda optimis akan memperolehinya. Cara untuk menjadikan optimis adalah dengan mengingati (dan berdoa) beberapa kali setiap hari. Sebenarnya ada beberapa lagi syarat yang boleh anda temui di dalam buku yang tiba-tiba laris, “RAHSIA AJAIB UNTUK BERJAYA” terbitan PTS PRO.

Apa sebenarnya keistimewaan cerita PAPA CAN YOU HEAR ME SING? Keistimewaannya adalah IMPAK dari cerita tersebut. Ceritanya sangat ‘simple’. Tidak ada sebarang ‘filler’ seperti filem atau drama Melayu. Filler adalah fungsi untuk memanjangkan waktu. Contoh filler: keluar dari rumah, masuk dalam kereta, memandu kereta menuju ke pejabat. Biasa melihat begitu? Terlalu biasa.

Untuk mengetahui filler atau bukan, tanyakan sahaja soalan ini, “Perlukah? Apa impak scene ini kepada cerita? Kalau tidak diadakah scene ini adakah mencacatkan cerita?”

Cerita Papa Can You Hear Me Sing pernah ditiru bulat-bulat melalui filem Melayu, “Sayang Ibu.”

Cerita ini berkisar kepada kehidupan keluarga setinggan kaum ‘kek’. Kaum ‘kek’ ini ramai di Penang. Di Kuala Lumpur kebanyakannya ialah Kantonis. Suku kaum lain adalah seperti Hailam, Teochow, Hokkien dan lain-lain lagi.

Ah-Mei adalah anak pungut Si Bisu. Pekerjaan si Bisu adalah pemungut botol. Ah-Mei ditemui di tepi jalan oleh Si Bisu yang kemudian menjadi ayah dan ibu kepada Ah-Mei. Isteri si Bisu meninggalkan Si Bisu kerana lebih mementingkan Ah-Mei. Si Bisu, bukan saja bisu bahkan pekak kerana itu cerita ini diberi judul, “Papa, Can You Hear Me Sing.”

Ah-Mei membesar dan menjadi penyanyi. Hasil kebijaksanaan pengurusnya, Ah-Mei telah diubah menjadi idola. Demi menjaga imej, Ah-Mei ditukar nama dan dikhabarkan datang dari keluarga kaya. Pengurus tersebut, demi menjaga poketnya, sedikit demi sedikit menghalang Ah-Mei dari mendekati kawasan setinggan. Lagipun, jadual persembahan Ah-Mei begitu ketat sekali.

Selang di antaranya, dari kecil hingga remaja banyak peristiwa yang berlaku di kawasan penempatan setinggan tersebut. Antara peristiwa besar ialah kebakaran besar di kampung tersebut dan pihak berkuasa yang merobohkan penempatan setinggan tersebut.

Si Bisu makin tua dan kesepian. Ah-Mei makin sibuk. Suatu hari semasa persembahan konsert besar-besaran, Si Bisu yang menonton siaran langsung konsert tersebut telah jatuh pengsan dan terus di bawa ke hospital. Makcik yang menemani Si Bisu berkejar ke dewan konsert memanggil Ah-Mei supaya ke hospital. Itu permintaan terakhir Si Bisu melalui isyarat mata. Ah-Mei berkejar ke hospital, Si Bisu bertarung dengan nyawanya. Sampai saja Ah-Mei di sisi ayahnya, Si Bisu itu sudah tidak bernyawa.

Simple? Memang sangat simple. Filem luar negara memang mementingkan simple tetapi amat berkesan dan besar impaknya.

Review untuk filem ini Papa, Can You Hear Me Sing: http://www.sogoodreviews.com/reviews/papacanyouhearmesing.htm

Razzi Armansur

Razzi Armansur

Once a writer always a writer.