Razzi Armansur

Belajar Rahsia Bisnes Nabi

TAK LAMA lagi, InsyaAllah akan ada buku di pasaran berjudul “RAHSIA BISNES MUHAMMAD” atau “RAHSIA BISNES NABI”, atau yang seumpamanya. Penulisnya ialah Mbakyu Ainon Mohd., Canselor Universiti PTS merangkap Pengerusi Kumpulan PTS.

Saya optimis, beliau akan mengkaji dan kemudian akan menulis buku tersebut, dibukukan. Tahukah anda, buku seperti itu amat diperlukan oleh orang Islam dan bukan Islam?

Saya akan terus mendesak, meminta beliau menulis buku yang amat penting untuk masyarakat Islam kini dan akan datang. Buku itu akan kekal menjadi rujukan 50, 100 tahun akan datang. Buku tersebut hanya mengandungi fakta-fakta penting — panduan, teknik, cara Nabi Muhammad dan para sahabat termasuk ‘billionaire’ Abdurrahman bin Auf menjalankan perniagaan dengan berteraskan Islam dan sudah tentu keredhaan Allah SWT menjadi keutamaan berbanding keuntungan.

Kita selalu sangat mendengar “9 dari 10 pintu rezeki ada dalam perniagaan.” Itu saja yang kita dengar. Itu sahaja peninggalan untuk kita. Ilmu-ilmu penting dalam bisnes ditenggelamkan oleh musuh Islam dan orang Islam sendiri terutamanya orang Islam yang kalut, “Harta dunia ini daki” “Biarlah kita miskin di dunia asalkan kaya di akhirat.”

Ilmu-ilmu perniagaan itulah yang sangat kita perlukan. Kita orang Islam, semestinya mempercayai setiap sesuatu dari Islam adalah yang terbaik kerana Islam itu berpandukan AlQuran dan AlQuran itu adalah “kata-kata Allah”. Ada yang lebih baik dari kata-kata Allah?

Sebagai contohnya, menurut Mbakyu Ainon Mohd. — Nabi Mohammad menggunakan sistem modeling atau mentoring. Baginda tidak dilepaskan sendiri sebaliknya ada model atau mentor yang mendidik perniagaan secara teori dan praktikal — pakciknya sendiri — Abu Talib. Kemudian, inilah yang paling penting sekali dalam perniagaan — partnership atau perkongsian. Tidak ada manusia yang boleh hidup sendiri. Tentu ada sebab mengapa Allah SWT menjadi Hawa untuk Adam. Segala rupa tarbiyah ada di depan mata, cuma kita ini saja yang enggan ditarbiyah.

Apa perniagaan Nabi Mohammad dan pakciknya? Menurut Mbakyu Ainon Mohd., ia adalah perniagaan yang amat jarang ditekankan oleh universiti tempatan. Apa yang diajar di universiti tempatan ialah perniagaan berasaskan pembuatan, pengedaran, servis dan sebagainya. Trading tidak diajar. Trading secara mudah: ambil di sini pada harga sekian, minta trading diskaun atau mark-up dalam lingkungan 20% dan jual di sana. Supaya jangan balik kosong, ambil produk di sana, minta trading diskaun atau mark-up 20% dan jual kepada peruncit atau pemborong di sini.

Zaman menteri perdana ke 4 dulu, ada ura-ura untuk menghidupkan sistem barter. Orang kata ini sistem purbakala tapi sebenarnya ia amat baik dan masih diamalkan sehingga hari ini. Kemungkinan besar juga, Nabi Mohammad juga menggunakan sistem barter. Salah satu kebaikan sistem barter adalah untuk mengelak susut nilai tukaran wang asing.

Meneroka pasaran juga tidak berapa diajar oleh universiti. Nabi Mohammad dan mentornya meneroka pasaran baru, berniaga hingga sampai ke Syam dan bertemu dengan pedagang-pedagang China di Syam. Sebab itu khabar ada mengatakan, Nabi Mohammad boleh bercakap dalam bahasa Cina sedikit-sedikit. Ini juga membuktikan budaya berniaga kaum Cina sudah wujud sejak 5,000 tahun dahulu. 100 tahun dahulu, pada tahun 1885, pemuda bernama Yoon Koon bertolak dari Swatow, Negara China dengan hanya berbekalkan peralatan membuat pewter. Bertapak di Setapak, beliau memulakan Selangor Pewter yang akhirnya menjadi empayer perniagaan yang sangat besar menjangkau ke seluruh dunia. Pada tahun 1992 nama Selangor Pewter bertukar menjadi Royal Selangor sesudah mendapat pengiktirafan dari Sultan Selangor. Maksudnya: di mana orang Melayu Islam 100 tahun dahulu. Tunjukkan saya bisnes orang Melayu Islam yang menjadi landmark dan telah berusia 100 tahun? Ada? Kalau ada di mana dan siapa, sedangkan budaya berniaga sebenarnya bukan hanya budaya orang Cina bahkan budaya orang Islam.

Produk? Yang kita tahu komoditi utama bisnes Nabi Mohammad ialah kain atau textile. Ia adalah produk keperluan. Jika dikaji, pasti ada produk lain yang diperdagangkan. Tahukah anda, industri textile adalah industri nombor satu di Malaysia ini? Jangan sempitkan fikiran — terbayang kedai-kedai mamak atau Mat Indon, Mat Aceh di Jalan Masjid India bila sebut textile. Satu gambaran yang silap. Itu kedai kain bukan industri textile.

Sama-sama kita tunggu buku penting tersebut. Kemungkinan besar (hanya jangkaan saya) akan ditulis bersama dengan ilmuan-ilmuan Islam seperti Ayahanda Dato’ Dr. Harun Din dan Ayahanda Dato’ Abdul Hadi Awang kerana mereka berdua kini sudi menyerahkan (atas kepercayaan) buku mereka untuk diterbitkan oleh PTS.

Semasa mereka datang ke PTS, ramai staff PTS yang seperti kagum kerana tidak menyangka ilmuan dan tokoh yang dihormati sudi menjejakkan kaki ke PTS. Itu baru betul “aura”.

Yang lebih mengkagumkan — buku “FIQAH HARIAN” karya Dato Dr Harun Din teredar 10,000 naskhah hanya dalam masa 1 minggu sahaja. Yang lebih mengkagumkan, semua roytalti untuk buku-buku Dato’ Abdul Hadi Awang yang diterbitkan oleh PTS akan terus didermakan kepada sekolah tahfiz di Rusila. Bilalah saya akan menuruti jejak langkah beliau?

Berikut ini entri di Universiti PTS yang ada kaitan dengan update saya kali ini: Dari Universiti PTS:

Respons kepada Komen Tun Dr. Kang

Tun Dr. Kang,

Cara Allah mengajar Nabi Muhamad SAW (NM) berniaga amat berbeza daripada cara bagaimana Menteri Pendidikan Tinggi (MPT) dan MARA mengajar orang Melayu berniaga.

NM mula belajar berniaga pada usia 12 tahun. Ini bermakna MPT ataupun Menteri Pelajaran (MP) mesti buka sekolah menengah perniagaan supaya kemahiran perniagaan diajarkan sejak Tingkatan 1 (12 tahun). MP kita buka sekolah menengah sukan, bukan sekolah perniagaan.

NM diperkenalkan kepada dunia dan ilmu praktikum perniagaan pada usia 12. MPT kita tunggu sehingga calon-calon usahawan itu lulus universiti, sudah menganggur, barulah hendak dijadikan usahawan.

NM belajar berniaga dengan ikut Abu Talib, seorang peniaga profesional, pergi berdagang, yakni NM belajar berniaga cara perantis (apprenticeship) dan mentoring.

NM tidak belajar berniaga secara teori, apatah lagi teori-teori yang diajarkan oleh ?pakar-pakar teori? yang tidak pernah berniaga, yang cuma mengajarkan apa yang ada dalam buku.

NM belajar berdagang (trading), yakni belajar berjual-beli. Beliau tidak belajar bisnes perkhidmatan (services) ataupun pembuatan (manufacturing).

Cuba tengok modul-modul kursus keusahawan MPT dan MARA, di mana trading tidak diberi tekanan. Akibatnya, usahawan kita ada produk tetapi gagal memasarkan dan menjualnya.

NM menggunakan karektor peribadinya sebagai modal utamanya. Beliau miskin, tidak mempunyai wang yang hendak dijadikan modal, tidak ada produk, tidak pandai menulis kertas projek, busniness proposal, tidak tahu apa itu P&L (profit and loss), tidak ada apa-apa. Beliau cuma mempunyai karektor yang ?bersih?.

Dengan karektor yang bersih itu beliau mendapat kepercayaan pemodal, yakni Siti Khadijah.

Cuba tengok bagaimana modul kursus yang disampaikan kepada calon-calon usahawan kita, di mana faktor karektor bersih (integriti dan kredibiliti) sebagai modal utama, tidak diajarkan.

Akibatnya, majoriti mereka yang dipilih sebagai calon usahawan oleh MPT dan MARA akhirnya terbukti menjadi usahawan yang bercakap dusta, tidak menepati janji, tidak mahu bayar hutang MARA, tidak bayar hutang pembekal, jadi alibaba, menjadi muka depan kepada pemodal Cina, menjadi kroni orang politik, menyalahgunakan duit modal, mengurat staf sendiri, boros oleh gaya hidup, tidak bayar zakat, menyogok sana-sini bagi mendapatkan projek kerajaan?

Selepas beberapa lama NM menjadi aprentis kepada Abu Talib, barulah beliau mencari produk yang hendak diperdagangkannya sendiri.

Bagi mendapatkan produk itu, mentor bisnes NM, yakni Abu Talib, memperkenalkan beliau kepada seorang pemodal, yakni menggunakan sistem ?personal introducer dan remomendation?.

Dengan sistem ?pemerkenalan dan jaminan? itulah Khadijah menaruh kepercayaan menyerahkan produknya kepada NM tanpa mengenakan sebarang cagaran (colateral-free).

Di situlah NM mendapatkan produk-produk milik Pemodal Khadijah. Beliau memperdagangkan produk-produk itu dan mengambil komisen (sistem profit-sharing).

NM belajar trading jenis ekspot-impot. Beliau ambil produk dari Khadijah di Mekah lalu dibawa ke pusat-pusat perdagangan di luar Mekah dan juga di luar semenanjung Jazirah. Di sana produk-produk itu dijual (diekspot) dan beliau membeli produk-produk sana lalu dibawa pulang ke Mekah (impot).

Hmm?. banyaknya yang masih perlu ditulis (lari dari objektif UNIKA yang asal)?

SifuPTS

—————————

Di Medan Perniagaan: Tsun Tze lawan Muhammad bin Abdullah

Apabila diapi-apikan oleh Tun Dr. Kang supaya saya sambung menulis tentang ilmu perniagaan Nabi Muhammad SAW (NM), maka inilah saya tuliskan lagi?

NM Muhammad belajar ilmu perdagangan (trading) daripada ayah saudaranya sendiri, seorang pedagang profesional yang berjaya dan kayaraya.

Prinsip di sebaik sunah di sini adalah:

Sumber paling utama ilmu perdagangan itu adalah daripada anggota kerabat keluarga sendiri. Kalau bapa, dia menurunkannya kepada anak-anaknya. Kalau anak yatim (seperti NM) maka walinya (Abu Talib sebagai bapa saudara) mesti menurunkan ilmu bisnesnya kepada anak saudaranya (NM).

Sebagai contoh, di PTS, ibu (sebab, kebetulan si ibu yang menjadi orang bisnes) menurunkan ilmu perniagaannya kepada anaknya.

Justeru, dalam setiap keluarga orang Melayu-Islam, musti ada tokoh perniagaan, yang dapat menjadi mentor dan guru kepada sanak saudara dan kerabatnya yang mahu menjadi usahawan.

Ini bermakna, apabila MARA ataupun MPT mahu memilih calon usahawan, salah satu ciri profail yang dikenalpasti adalah apakah calon itu datang daripada keluarga usahawan.

Pada masa ini, MARA dan MPT memberi keutamaan kepada siswazah penganggur! (Mencari pekerjaan bagi dirinya sendiri pun dia tidak pandai, bagaimanakah nanti dia mahu memberi pekerjaan dan membayar gaji pekerja!)

Apabila calon-calon yang terdiri daripada anggota keluarga orang bisnes itu didukung oleh MARA dan skim-skim pembangunan usahawan lain, probabiliti mereka berjaya adalah lebih tinggi. Mereka ini nanti dapat memberi pekerjaan kepada para penganggur itu.

Pada masa ini, modal wang yang diberikan oleh MARA dan lain-lain agensi kerajaan kepada para penganggur itu hampir 100% hangus begitu sahaja.

Razzi Armansur

Razzi Armansur

Once a writer always a writer.