Razzi Armansur

Benarkah Encik Promosi Sudah Mati?

Promosi besar-besaran belum tentu mendatangkan hasil dan kejayaan sebagaimana yang diharapkan. Masih ingat lagi filem Narnia? Promosinya lebih kurang setahun, tetapi hasilnya tidak seperti yang diharapkan.

(photo)
Keterangan Gambar: Yang dinantikan telah tiba (bagi saya)… Filem James Bond ke 21 akan ditayangkan tak lama lagi. Atau lama lagi akan ditayangkan tapi promosinya sudah pun dibuat secara besar-besaran mulai bulan Julai. Bond bertukar lagi. Dari Pierce Brosnan kepada Daniel Craig.

Balik ke dalam negara — promosi kahwin (makin pelik… kahwin pun perlu promosi) Datuk K dengan Siti Nurhaliza memang begitu dahsyat. Dari sehari ke sehari, berbagai-bagai cerita rekaan dan mengarut direka untuk menyampaikan mesej bawa perkahwinan tersebut amat penting bagi rakyat Malaysia. Sampaikan konon ceritanya jurunikah akan mengigigil pun dijadikan bahan promosi.

Apa yang menjadi sangat pelik ialah tabloid The Malay Mail — surat khabar petang yang berusia 100 tahun, yang dihormati, mencemar duli dengan bertalu-talu menyiarkan cerita perkahwinan tersebut. Bila melihat tajuk muka depan akhbar tersebut berkata dalam hati, “Apa persepsi Malay Mail terhadap rakyat Malaysia? Adakah rakyat Malaysia suka dengan isu-isu remeh-temeh? Atau apa motif sebenarnya membawa cerita perkahwinan tersebut? Adakah disangka surat khabar akan melonjak laris?” Salah! Saya melihat di Petronas surat khabar yang menyiarkan cerita perkahwinan tersebut masih berlambak! Takkan Malay Mail tak sedar perubahan jualan dalam seminggu dua ini? Atau agaknya Malay Mail sudah nyanyuk, tak ada bahan berita, maklumlah dah tua…

Kalau Harian Metro itu tak hairanlah sebab sasaran pembaca adalah yang minat cerita-cerita artis kahwin, artis putus tunang, artis kelentong lepas SPM terus dapat Dr.

Perlukah kita berita-berita artis begitu? Adakah bila artis putus tunang, artis kawin lelaki dua kali ganda usia kahwin — pasaran saham akan menaik? Setahu saya makin menurun. Adakah dengan berita itu Israel tidak melanggar gencatan senjata? Adakah dengan berita nyamuk tersebut, Pak Lah akan memberi amaran, “Sesesiapa yang mengungkit mengenai Artikel 11 Perlembagaan, dan menyibuk pasal IFC akan diISAkan”

Saya teringat kepada tulisan Dr. Sulaiman Masri (betul-betul Dr. PhD, bukan Dr. Ayam) di dalam bukunya — (tak ingat judul buku tetapi mengenai penulisan) — katanya, “Dalam dunia berita, bila kambing menanduk orang, ia bukan berita tetapi bila orang menanduk kambing, itulah berita.” Terima kasih Dr. Sulaiman Masri, saya banyak belajar penulisan dari buku anda. Tetapi, buku tersebut telah lesap dipinjam orang (saya tak ingat siapa) … sesiapa yang meminjam tu, pulangkanlah ye. Kalau ada lain tak apa — buku tersebut memang sudah tak ada di pasaran.

Jadi, promosi perkahwinan dan putus tunang itu kategori “Orang menanduk kambing” atau “Kambing menanduk orang”?

Agaknya dunia perniagaan sudah berubah. Kalau dulu, promosi besar-besaran, pasti berduyun-duyun akan datang kerana hendak tahu. Tapi kini, promosi besar-besaran gagal untuk menarik rasa ingin tahu dan datang berduyun-duyun. Silap-silap boleh menyebabkan orang meluat. Contohnya kisah perkahwinan yang mengalahkan Cinderella itu gagal menimbulkan rasa ingin tahu sebaliknya berubah menjadi meluat. Sekali, dua kali, lima enam kali mungkin boleh menimbulkan tanda tanya dan keinginan. Tapi kalau dah hari-hari promosi berjalan — ghairah, keinginan, tanda tanya hilang berganti meluat. Bukan itu saja — tembelang kelentong akan terbuka. Contohnya, majlis pernikahan yang digembar gemburkan hingga menenggelamkan berita serangan Israel laknatullah, taklah sehebat sebagaimana yang dipromosikan oleh media. Saya tertoleh ke TV — tak ada pun jurunikah yang mengigil. Temberang media makin lama makin tak menjadi.

Saya tak tahu kenapa, tetapi semestinya akan saya kaji. Mengapa promosi sudah semakin gagal. Hari itu memang sudah terlihat buku tulisan idola saya Al-Ries dan anaknya Laura Ries, “The Death Of Advertising, The Rise of PR”. Pengiklanan dan promosi sudah mati, sudah tidak boleh diaplikasikan? Belum beli buku tersebut. Mesti beli dan sudah tentu akan saya pelajari. Mahal! Tapi saya tunggu, hari itu Presiden Ukhwah.com berjanji akan menghadiahkan saya buku tersebut dan buku “22 Immutable Law Of Branding” — buku-buku penting yang sangat saya perlukan.

Betulkah sudah mati? Promosi Narnia gagal, promosi perkahwinan dan putus tunang juga gagal. Mengapa dan bagaimana hendak mengatasinya? Tempoh hari Al Ries dan anaknya datang ke Malaysia memberikan seminar “The Origin Of Branding” — saya tak dapat pergi walaupun sangat teringin nak pergi menimba ilmu. Seminar berkualiti bukan bercakap pasal aura, pijak-pijak badan dan sebagainya.

Berbalik kepada James Bond. Adakah promosinya juga akan menemui kegagalan? Satu risiko besar yang dibuat ialah pertukaran Bond. Kalau Bond bertukar pistol dari Walther PPK kepada Walther P99 pun ramai yang agak kecewa, bagaimana dengan pertukaran 007? Pertukaran M dari lelaki kepada perempuan (mulai dari Goldeneye) pun mengecewakan. Bagaimana dengan Q, adakah akan bertukar juga? Nampak sudah tua benar. Itu semua identiti James Bond selain semestinya berada di darat, laut, udara.

Syarat untuk menjadi James Bond ialah beliau mesti warga negara British. Sebab itulah dulu, James Bond kedua (gagal) ialah rakyat Australia. Kemudian sebelum 1997, Hong Kong masih jajahan British dalam pencarian Bond baru, Chow Yuen Fatt bintang Hong Kong pernah dicadangkan.

Secara peribadi saya menyukai James Bond ke 4, iaitu Timothy Dalton — segak, tangkas dan garang! Dalton hanya sempat berlakon 2 filem James Bond — Living Daylight (konflik Rusia dan kerjasama dengan Mujahideen) dan Licince To Kill (Bond ada lesen untuk membunuh dengan Walther PPK, Sanchez pun ada lesen untuk membunuh dengan dadah). Sampai sekarang saya masih menontonnya, lebih-lebih lagi bila terasa kehilangan semangat nak menulis. Saya bayangkan diri saya ialah James Bond — “Armansur… Razzi Armansur…” atau, “Razzi…. Kang Razzi…”

Apa yang boleh dipelajari? Cerita James Bond ke 21 nanti judulnya Casino Royale. Ia adalah novel pertama tulisan pencipta watak James Bond — Ian Fleeming. Seperti ada recycle untuk filem-filem Hollywood. James Bond kembali kepada novel pertama, Star Wars pun recycle kembali kepada mula, asal usul Darth Vader. Batman pun kembali semula kepada asal usul Batman dalam Batman Begin. Superman (yang dah macam hilang serinya) pun recycle.

Apa yang boleh dipelajari sesudah promosi seperti tidak lagi menyengat?

Razzi Armansur

Razzi Armansur

Once a writer always a writer.