Razzi Armansur

Benua Hitam membiak dan terus membiak

Namakan apa bangsa yang tidak ada di Malaysia ini? Hampir semua bangsa ada. Mungkin hanya Eskimo yang tidak ada. Atau mungkin memang dah ada warga Eskimo di Malaysia?

Bukan lagi tahap kebanjiran tetapi lebih dari kebanjiran. Rasanya sudah sampai tahap terbalik pula: kita rakyat tempatan yang menjadi pendatang dan ketakutan, sebaliknya pendatang yang menjadi rakyat tempatan, berkuasa. Secara mudah begini: kita menjadi pendatang haram di Afrika, Benua Gelap, di negeri yang namanya nak sebut pun susah, kita menjadi ‘king’ dan mereka, rakyat tempatan menjadi ‘slave’. Setuju?

Begitulah sebenarnya yang sedang terjadi di Malaysia. Ada 3 impak penting yang sedang dialami oleh rakyat Malaysia. Sebahagiannya sedar dan sebahagian lagi mengamalkan, “Alah biarlah..” Lebih pelik lagi apabila ada yang berkata, “Biarlah mereka sama-sama mencari rezeki di bumi Allah ini…” Itulah kenyataan paling bebal. Bila si bodoh bersuara atau menulis buku, dia bukan saja membodohkan dirinya bahkan cuba membodohkan orang lain.

Tiga impak penting tersebut adalah:

  1. Kebanjiran pendatang haram juga yang halal menyumbang kepada peningkatan jenayah.
  2. Terbalik: siapa pendatang dan siapa rakyat tempatan?
  3. Ketakutan: Adakah kita sudah lali dengan jenayah yang dilakukan oleh pendatang haram atau kita kini berada dalam ketakutan? Kita takut dengan pendatang haram yang sesuka melakukan jenayah? Kita berasa tidak selamat dengan berita yang kita baca setiap hari melibatkan pendatang haram. Apabila takut menguasai hidup, tunggulah kehancurannya. Apa punca takut? Puncanya adalah kerana jenayah sesuka hati yang dilakukan oleh pendatang haram.

Malangnya, seperti yang kita saksikan sendiri dan seperti yang disuarakan dalam forum-forum seperti cari.com.my, hampir tidak ada tindakan untuk membenteras pendatang haram. Hampir tidak kedengaran usaha untuk menghalang kedatangan dan menghapuskan mana yang ada di bumi Malaysia. Hampir tidak kedengaran, pendatang haram dihukum kerana memasuki negara ini secara haram. Sekali dua kedengaran tangkapan, penahanan 10, 20 orang pendatang haram, lalu kita terfikir, “Yang ditangkap 10 orang, yang terlepas…?”

Masalah serius pendatang haram bermula dari tahun 70-an lagi. Itu untuk pendatang haram Indonesia. Sejak tahun 70-an mereka berduyun-duyun datang ke Malaysia dan dalam masa yang sama berduyun-duyun mengusung wang Malaysia bali ke Indonesia. Orang yang paling bodoh pun tahu penghijrahan wang secara makro dan mikro begitu menjejaskan ekonomi.

Seperti biasa, oleh kerana Malaysia ini amat pemurah, tidak ada sebarang tindakan SERIUS sejak dari tahun 70-an. Akibatnya? Kita nilai sendiri di depan mata hari ini. Bagaimanakah cara sebenar mengatasi masalah? Cara sebenar dan terbaik ialah ketika masalah tersebut baru bermula. Seandainya, sejak tahun 70-an kita serius membenteras pendatang haram, keadaan mungkin berbeza pada masakini. Ingat, setiap pendatang haram yang datang itu membawa budaya masing-masing masuk ke negara kita, Malaysia tercinta ini.

Mereka akan membawa ‘suasana’ yang membentuk perangai dan sikap mereka, dibawa masuk ke Malaysia. Kalau misalnya warga Afrika sudah terlalu lazim dengan jenayah, maka kelaziman itu akan dibawa bersama masuk ke Malaysia dan menjadi kelaziman.

Kita memang sakit hati kerana seolah-olah pendatang haram begitu bebas di Malaysia. Bebas ke hulu hilir dan bebas melakukan apa saja. Lebih sakit hati kita hanya mementingkan istilah berbanding tindakan TEGAS dan SERIUS. Kita memberi mereka nama yang baik, berbanding bertindak membenteras mereka. Sudahlah rakyat mereka berbondong-bondong datang ke Malaysia tanpa sebarang usaha menyekatnya, kerajaan mereka meminta diberi nama yang baik. Jangan gunakan “pendatang haram” sebaliknya gunakan PATI (Pendatang Asing Tanpa Izin). Dan kita dengan sengih-sengih menuruti permintaan mereka. Apa terjemahan paling tepat untuk “illegal”? Adalah kita memanggil “alien” menyebabkan kita menukar kepada nama “pendatang asing”?

Tak cukup dengan manusia. Segala rupa filem, drama, lagu, buku, produk pun kita tadah dengan riangnya.

Ke mana saja kita pergi kini, penuh dengan pendatang, sama ada yang haram atau halal. Kita kini semakin lali walaupun semakin lama semakin bimbang dengan keselamatan kita. Dalam masa yang sama kita sering mendengar alasan, “Tidak cukup kaki tangan,” “Di luar bidang kuasa kita…”

Jadi, jangan salahkan sesiapa kalau suatu masa nanti segala rupa peluang dan ruang direbut oleh pendatang sama ada yang haram atau yang halal. Ia telah terjadi dan sedang terjadi. Namun kita semakin leka.

Kita juga semakin hairan, mengapa agaknya semakin ramai warga Afrika di Malaysia ini. Seolah-olah Malaysia telah menjadi Benua Gelap. Di sana sini akan terjumpa warga Afrika dengan wajahnya yang menyakitkan mata memandang. Salahkah mereka? Siapa yang lebih bersalah? Yang datang atau yang berdiam diri membiarkan mereka berbuat sesuka hari di Malaysia ini?

Masalah sosial makin menjadi-jadi di kawasan yang dikaitkan dengan IT — Cyberjaya. Di sana ramai warga Afrika yang sebahagiannya pelajar dan sebahagian lagi konon pelajar. Perlukah kita mengambil pelajar Afrika sesudah kita tahu sikap dan perangai mereka memang bertentangan dengan budaya rakyat Malaysia. Adakah kita memikirkan hanya wang sahaja tanpa memikirkan impak sekarang dan akan datang?

Saya hairan bagaimana seorang yang mengeluarkan kenyataan tolol boleh menjadi pengasas dan pengerusi kolej. Katanya, “Rakyat Malaysia perlu memahami akan budaya dan cara hidup mereka,” merujuk kepada warga Afrika di sebuah kolej yang sering mengganggu dan menakutkan rakyat tempatan dan kesukaan mereka bergaduh sesama sendiri. Nilai sendiri kenyataan itu — rakyat Malaysia ini pendatang atau warga Afrika yang pendatang? Siapa perlu memahami siapa?

Mereka menggiatkan ekonomi Malaysia — kata suara-suara sumbang dan ‘cover line’. Gunakan akal bila bercakap. Kononnya, mereka membeli produk di Malaysia, menjadi pengguna sepanjang di Malaysia. Itu suara orang yang bercakap sesedap mulut. Kita mestilah memikirkan impak. Pendatang sama ada yang halal atau haram adalah merosakkan ekonomi — apabila mengaut wang Malaysia dihantar ke negara asal mereka tanpa tukaran. Dengan jenayah yang mereka lakukan, sumber kewangan kita semakin lesap. Pelancong takut hendak melancong ke Malaysia. Pernah kedengaran, “Demo jalanan menakutkan pelancong.” Lucu atau tidak kenyataan tersebut kalau sebenarnya, “Pendatang haram menakutkan pelancong.”

Cegah sebelum parah. Itu slogan yang kita laung-laungkan selama ini. Jika pihak berwajib sambil lewa sahaja dengan masalah pendatang haram (dan halal) di Malaysia ini, tunggulah kerosakannya nanti.

Razzi Armansur

Razzi Armansur

Once a writer always a writer.