Antara yang tidak boleh dipilih ialah tarikh lahir dan tarikh mati. Yang lain, insyaAllah boleh. Kegagalan dan kejayaan memang boleh dipilih. Mana satu yang kita kehendaki? Jikalau kegagalan yang menjadi pilihan, jangan buat apa-apa. Duduk diam dan menerima seadanya, InsyaAllah, akan memperoleh sebagaimana yang dipilih. Jika mahukan kejayaan, tersedia caranya. Cara tersebut dilaksanakan, InsyaAllah akan memperoleh apa yang dipilih.
(photo)
Buku ini sepatutnya terbit pada bulan Julai tetapi apa pun syukurlah akhirnya buku ini dikeluarkan dalam bulan yang penuh berkat bulan Ramadhan. Itulah yang dimaksudkan bukan saja-saja Allah menjadikan sesuatu. Kita nak cepat — itu rancangan kita. Tetapi Allah SWT juga merancang dan perancangan Allah itu lebih baik dari perancangan manusia. Tanpa diduga, Allah SWT memberikan yang terbaik untuk saya — buku ini terbit pada bulan yang penuh kerahmatan dan keberkatan.
Buku ini pertama kali diterbitkan pada tahun 1999 dan telah menjadi best-seller. Tajuk asalnya ialah: Yang Gagal Yang Berjaya. Kini diterbitkan semula oleh penerbit yang lebih gagah, PTS, dengan judul baru Hendak Gagal ataupun Berjaya.