Razzi Armansur

Kacang hijau hiasan pelamin

Melihat pada judul memang akan menimbulkan tanda tanya. Apa kaitan kacang hijau dengan pelamin? Untuk hiasan?

Begitulah, kena bijak dalam menentukan satu-satu judul apa saja, sama ada buku, rencana atau blog. Judul ibarat pembuka pintu dan daya tarikan. Menyediakan judul bukan mudah. Dikatakan Readers Digest mengunakan 4 Editor terhandal untuk menentukan judul yang memberi daya tarikan pada kulit majalah. Itu yang pernah saya baca.

Bagaimanapun, jangan sekali-kali memperdaya pembaca, lebih-lebih lagi dalam menentuikan judul buku atau majalah. Mengamuk pembaca nanti! Atau itulah kali terakhir membeli dan membaca. Judul mesti tepat dengan kandungan. Contohnya: judul Readers Digest: “Bagaimana menurunkan berat badan sehingga 30% dengan selamat,” kandungannya adalah panduan tepat dan boleh dilaksanakan sebagaimana judulnya. Bukan judul lain, kandungan berbeza.

Melainkan untuk main-main, untuk gimik, tak mengapalah. Kalau ia untuk dijual, berhati-hati. Dalam iklim ekonomi yang tidak tentu arah kesan kenaikan harga minyak yang mendadak, dikhabarkan industri buku menjadi suram. Dikhabarkan beberapa penerbit buku sudah gulung tikar. Dikhabarkan juga beberapa penerbit buku sedang bersiap sedia untuk menggulung tikar. Kalau industri lain begitu terjejas teruk, mustahil pula industri buku tidak terjejas (semoga tidak terjejas teruk).

Iklim ekonomi dan iklim politik Malaysia sedang berkecamuk. Saban hari kita tertanya-tanya, apa pula kejutan baru hari ini? Seperti ketagih hendakkan sesuatu yang mengejutkan setiap hari sejak PRU 12.

Jadi, apa kaitan pelamin dengan kacang hijau? Ia adalah gimik seorang sahabat. Gimik tajuk entri dalam blognya dan status YM. Tajuk entirinya, “Pelamin anganku musnah.” Dan ia ada kaitan dengan kacang hijau.

Ini habit saya. Sebelum menulis satu-satu buku saya akan menonton sampai muak, YM sampai muak dan merayau tak tentu arah, sampaikan dalam sehari 2 — 3 kali merayau di OU, Curves. Sesudah dirasakan sampai tempohnya, barulah menulis.

Sehari suntuk YM pun sanggup, apabila sedang bersiap sedia hendak menulis. Tetapi sesudah muak, sudah mula menulis, berminggu-minggu tak login YM.

Hari ini terasa sayu pula apabila sahabat (atau macam adik) yang saya sebutkan akan berpindah dari Alex ke Kaherah. sepatutnya sudah habis belajar dan boleh balik ke Pengkalan Hulu, Malaysia (dulu di Bukit Candan), tetapi seperti dia belum puas lagi belajar, lalu menyambung belajar di Kaherah.

Namanya Sa’idah. Tapi tak pernah saya panggil dia Sa’idah. Panggilan untuknya — Masidas. Kenal semasa dia masih lagi di Tingkatan 5 pada tahun 2001.

Hari ini sambil berYM, saya mendapat tafsir sebenar di sebalik ayat Quran yang teringin benar saya ketahui selama ini. Ayat itu mengenai rancangan jahat, kalau kita melaksanakan rancangan jahat, kita akan terkena kembali padah dan rancangan tersebut.

Kisahnya, Sa’idah ini teringin hendak makan bubur kacang. Tak tahulah dari mana dia mendapat santan. Juga tak tahu dari mana dapat kacang hijau di bumi Anbiya itu. Kacang itu direndam dulu, sebagaimana biasa sebelum direbus. Entah bagaimana, terlupa dan kacang itu terlebih rendam.

Itulah yang dikatakan, “Pelamin anganku musnah,” teringin nak makan bubur kacang, impiannya musnah.

Kacang hijau itu berubah menjadi taugeh. Itulah contoh Biotek yang heboh diperkatakan. Tauge kacang hijau itu memang bahan utama masakan Jawa yang bernama Soto (original). Atau ditumis dengan ikan bilis, cili api, belacan (tapi mana nak dapat bahan-bahan itu di Mesir?). Terakhir, dari ia membazir, bolehlah dijadikan ulam.

Sesekali (atau setiap hari) kita mesti bersyukur apabila membandingkan diri kita ini dengan sahabat-sahabat kita yang sedang musafir di negara orang yang berlainan budaya, makanan dan adat.

Sa’idah sudah berpindah ke Kaherah. Ini adalah YM terakhir Sa’idah di Alexendra, sebelum bertolah ke Kaherah:

Quote:

Sir Kang (7/2/2008 11:09:34 AM): eh… mana ada musnah
Sir Kang (7/2/2008 11:09:52 AM): ada lagi ni… Kang kat atas pelamin ni tunggu masidas
Masidas (7/2/2008 11:22:36 AM): main2 lak diee
Masidas (7/2/2008 11:23:17 AM): ngantuk la
Masidas (7/2/2008 11:23:23 AM): sat gi nak balik kaherah dh
Sir Kang (7/2/2008 11:23:33 AM): aaaa??? ini kat mana
Sir Kang (7/2/2008 11:23:48 AM): atas pelamin ke
Masidas (7/2/2008 11:24:05 AM): mane de pelamin2
Masidas (7/2/2008 11:24:13 AM): baca la kisah sedih sa’idah
Masidas (7/2/2008 11:24:14 AM): isk
Sir Kang (7/2/2008 11:24:34 AM): alahai… kisah sedih pulak
Sir Kang (7/2/2008 11:24:37 AM): tak mahu la
Sir Kang (7/2/2008 11:24:46 AM): hidup bukan untuk bersedih
Masidas (7/2/2008 11:26:49 AM): mmg la hidup bukan utk brsedih
Masidas (7/2/2008 11:26:53 AM): tapi kita kena lalui jgk
Masidas (7/2/2008 11:27:02 AM): baru dinamakn kehidupn
Sir Kang (7/2/2008 11:27:17 AM): lalui dan diatasi
Masidas (7/2/2008 11:29:49 AM): tak bleh atasi dah mslh nieeee
Masidas (7/2/2008 11:31:52 AM): ngantuk laaaa
Sir Kang (7/2/2008 11:32:28 AM): camne nak bersanding, belum2 dah ngantuk
Sir Kang (7/2/2008 11:34:02 AM): apa kaitannya kacang hijau dengan pelamin ni?
Sir Kang (7/2/2008 11:34:11 AM): untuk hiasan pelamin ke apa
Sir Kang (7/2/2008 11:34:44 AM): kacang hijauh kalau dah rendam, lembab, jadi tauge sedap sangat… kesukaan orang jawa
Masidas (7/2/2008 11:34:48 AM): tajuk je suspen
Sir Kang (7/2/2008 11:34:50 AM): ulam atau tumis
Masidas (7/2/2008 11:34:51 AM): nk tarik pmbaca
Masidas (7/2/2008 11:34:53 AM): hahah
Sir Kang (7/2/2008 11:35:12 AM): sat nak ubah status
Sir Kang (7/2/2008 11:36:21 AM): masidas…. kalau boleh biarlah macam biasa… tulisan ke kiri bukan center… biasakan guna paragraf pendek
Masidas (7/2/2008 11:37:01 AM): paragraf pendek?
Masidas (7/2/2008 11:37:03 AM): cmne?
Sir Kang (7/2/2008 11:37:49 AM): dalam menulis… jangan terus sambung paragraf… jadikan ia pendek. Yang panjang tu pecah2kan
Masidas (7/2/2008 11:38:19 AM): paragraf tue perenggan ke?
Sir Kang (7/2/2008 11:38:34 AM): betul wahai pengantin di atas pelamin
Masidas (7/2/2008 11:38:50 AM): ok
Masidas (7/2/2008 11:39:02 AM): tima kasih atas tunjuk ajarmu kanda
Sir Kang (7/2/2008 11:39:13 AM): sebaiknya juga jangan buat justify… (tepi kanan rata) sebab jadi jarang2
Sir Kang (7/2/2008 11:39:20 AM): guna left saja
Masidas (7/2/2008 11:40:13 AM): ok…
Masidas (7/2/2008 11:40:21 AM): guna left saja ek
Sir Kang (7/2/2008 11:41:37 AM): jadi nampak kemas
Sir Kang (7/2/2008 11:41:49 AM): kalau justify kan jarang2
Sir Kang (7/2/2008 11:41:56 AM): kalau center tak sesuai
Masidas (7/2/2008 11:42:04 AM): yg jarang2 tue posting mn?
Masidas (7/2/2008 11:42:07 AM): sajak tue ek?
Sir Kang (7/2/2008 11:42:48 AM): Episod Hikayat
Masidas (7/2/2008 11:43:28 AM): oo
Masidas (7/2/2008 11:43:32 AM): episod hikayat
Masidas (7/2/2008 11:43:36 AM): sat nak study balik
Sir Kang (7/2/2008 11:43:44 AM): Tengok ayat iniL Tenggelam ke dasar paling dalam,nafasku terlalu payah,mataku terpejam
Sir Kang (7/2/2008 11:44:25 AM): Sejenak pun tak rata….
Masidas (7/2/2008 11:45:20 AM): ape sejenak pun tak rata??
Masidas (7/2/2008 11:45:23 AM): tak paham
Sir Kang (7/2/2008 11:46:15 AM): entri SEJENAK
Masidas (7/2/2008 11:47:11 AM): tak pandai kn sa’idah nie
Sir Kang (7/2/2008 11:47:16 AM): posting SEJENAK
Sir Kang (7/2/2008 11:47:25 AM): apalak tak pandai… ini teknikal aje
Sir Kang (7/2/2008 11:47:29 AM): isk….
Masidas (7/2/2008 11:48:16 AM): hehehe
Masidas (7/2/2008 11:48:40 AM): sa’idah selalu tulis masa ada mood je
Masidas (7/2/2008 11:48:47 AM): smpai trlupa nak tengok teknikal
Masidas (7/2/2008 11:48:54 AM): tau nak hemburr je
Masidas (7/2/2008 11:48:56 AM): isk…
Masidas (7/2/2008 11:49:02 AM): malunya pd tuang kang
Masidas (7/2/2008 11:49:05 AM): tuan
Sir Kang (7/2/2008 11:49:06 AM): jangan kutuk diri sendiri
Sir Kang (7/2/2008 11:49:11 AM): tak boleh
Masidas (7/2/2008 11:49:12 AM): betul apee
Sir Kang (7/2/2008 11:49:26 AM): sesama manusia kita sama saja… kutuk diri sendiri di depan Allah sahaja
Masidas (7/2/2008 11:51:21 AM): ermm
Masidas (7/2/2008 11:51:24 AM): tak kutuk
Masidas (7/2/2008 11:51:27 AM): merendah je
Masidas (7/2/2008 11:51:34 AM): byk sgt2 nak kena belajar nie kang
Masidas (7/2/2008 11:51:39 AM): arini ada msyrt
Masidas (7/2/2008 11:51:55 AM): diorg lantik sa’idah jadi salah satu bidang tugas
Masidas (7/2/2008 11:52:02 AM): organisasi kelab penulisan
Masidas (7/2/2008 11:52:13 AM): kat sini
Sir Kang (7/2/2008 11:52:14 AM): wow!!! tahniah!!!
Masidas (7/2/2008 11:52:29 AM): takut…
Masidas (7/2/2008 11:52:33 AM): tak pandai mana
Masidas (7/2/2008 11:52:38 AM): dah tolak
Masidas (7/2/2008 11:52:44 AM): tapi depa pujuk jugak
Masidas (7/2/2008 11:52:46 AM): isk…
Sir Kang (7/2/2008 11:52:46 AM): yakin dan set pada boleh
Sir Kang (7/2/2008 11:53:20 AM): pasti ada sebab mengapa masidas dipilih walau menolak
Masidas (7/2/2008 11:53:42 AM): sa’idah menulis suka2 jee
Masidas (7/2/2008 11:53:47 AM): tak de niat nak pegi jauh2
Masidas (7/2/2008 11:53:54 AM): sume untuk diri sndiri jee
Masidas (7/2/2008 11:54:04 AM): lepas rasa pd pena
Masidas (7/2/2008 11:54:27 AM): penulisan hodoh2 lak tue
Sir Kang (7/2/2008 11:55:28 AM): itulah yang kang kata… pasti ada sebab
Masidas (7/2/2008 11:55:51 AM): ermm
Sir Kang (7/2/2008 11:56:44 AM): Sat masidas….
Sir Kang (7/2/2008 11:56:58 AM): rencana ni maksudnya perbuatan ke?
Sir Kang (7/2/2008 11:57:02 AM): Firman Allah s.w.t. “Rencana yang jahat itu tidak akan menimpa kecuali kepada orang yang merancang itu sendiri”, Fathir :43
Masidas (7/2/2008 11:57:27 AM): erm
Masidas (7/2/2008 11:57:32 AM): kena bukak tafsir nie
Masidas (7/2/2008 11:57:37 AM): cari mksd sebenar rencana
Masidas (7/2/2008 11:57:47 AM): juz bape tue?
Sir Kang (7/2/2008 11:57:50 AM): tolong Kang masidas….
Masidas (7/2/2008 11:57:53 AM): sblm yasen kan surah tue?
Masidas (7/2/2008 11:57:59 AM): sat
Sir Kang (7/2/2008 11:58:06 AM): entah lah .. kang copy dari Tranungkite.net
Masidas (7/2/2008 11:58:36 AM): erm
Masidas (7/2/2008 11:58:39 AM): sat no…
Sir Kang (7/2/2008 11:58:58 AM): Tolong sekali masidas…. bagaimana pula dengan rancangan yang baik?
Sir Kang (7/2/2008 11:59:13 AM): Allah Maha Adil… ada jahat, pasti ada baik
Masidas (7/2/2008 12:02:21 PM): ok
Masidas (7/2/2008 12:02:22 PM): nie
Masidas (7/2/2008 12:02:38 PM): ayat tue cerita pasal rancangan jahat kaum kufar terhadap Rasulullah
Masidas (7/2/2008 12:02:47 PM): dan Allah beri amaran
Sir Kang (7/2/2008 12:03:00 PM): best
Masidas (7/2/2008 12:03:14 PM): yg rancangan diorg tue akan menimpa mereka balik,sama mcm kaum2 terdahulu yg mendustakn utusan Allah
Masidas (7/2/2008 12:03:29 PM): ok?
Sir Kang (7/2/2008 12:03:37 PM): jadi, kekal boleh diaplikasikan hari ini
Masidas (7/2/2008 12:03:41 PM): SadaqallahulAzim…
Masidas (7/2/2008 12:03:45 PM): iya
Masidas (7/2/2008 12:03:48 PM): boleh
Masidas (7/2/2008 12:03:53 PM): sama jugak mcm ayat
Sir Kang (7/2/2008 12:03:55 PM): maksudnya bukan pada masa itu saja
Masidas (7/2/2008 12:04:03 PM): erm
Masidas (7/2/2008 12:04:07 PM): ya
Masidas (7/2/2008 12:04:16 PM): sebab risalah Nabi masih berterusan sampai kini
Masidas (7/2/2008 12:04:19 PM): dan akhir zaman..
Sir Kang (7/2/2008 12:04:24 PM): oooo, ok
Sir Kang (7/2/2008 12:04:29 PM): syukran
Masidas (7/2/2008 12:04:34 PM): afwan
Masidas (7/2/2008 12:04:36 PM): cee..
Masidas (7/2/2008 12:04:41 PM): pndai ckp arab haa..
Sir Kang (7/2/2008 12:05:58 PM): kalau masidas pindah ke kaherah nanti tak tahu nak rujuk sapa… kalau nak tanya pasal bahasa ke
Masidas (7/2/2008 12:06:13 PM): ye ke susah?
Masidas (7/2/2008 12:06:17 PM): sa’idah bukan terer sgt pun
Masidas (7/2/2008 12:06:23 PM): setakat skit2 bolehlaa
Sir Kang (7/2/2008 12:06:32 PM): terer le
Masidas (7/2/2008 12:06:37 PM): kebetulan sa’idah mmg amik khususan tafsir kat sini
Masidas (7/2/2008 12:06:42 PM): bolehla bab tue tadi
Sir Kang (7/2/2008 12:06:46 PM): afwan tu… sama2 ye
Masidas (7/2/2008 12:06:46 PM): klu bab syariah,
Masidas (7/2/2008 12:06:52 PM): kena byk baca gak
Masidas (7/2/2008 12:07:31 PM): byk khilaf (perbezaan ulama’)
Masidas (7/2/2008 12:07:41 PM): tue yg msg2 nak tegakkan pegangan sndiri
Sir Kang (7/2/2008 12:07:43 PM): a’a….
Sir Kang (7/2/2008 12:07:50 PM): macam riba’….
Masidas (7/2/2008 12:07:57 PM): nak tolak pegangan org len
Sir Kang (7/2/2008 12:07:58 PM): mereka kaji semua 4 imam
Masidas (7/2/2008 12:08:08 PM): erm..
Masidas (7/2/2008 12:08:10 PM): kang
Sir Kang (7/2/2008 12:08:30 PM): apa… nak hias pelamin ke
Masidas (7/2/2008 12:08:32 PM): awat status kang idle,tp kang dok guna je ym skang kan?
Masidas (7/2/2008 12:08:42 PM): pelamin tak dak laaa
Masidas (7/2/2008 12:08:47 PM): nak bubur kacang gakk
Masidas (7/2/2008 12:08:48 PM): iskkk
Masidas (7/2/2008 12:08:55 PM): siannya la.. anak dagang kempunan bubur kacang…
Sir Kang (7/2/2008 12:09:00 PM): entah ye… sehari dua ni Ym macam meragam
Sir Kang (7/2/2008 12:10:16 PM): dia tulis apa kat status
Masidas (7/2/2008 12:10:51 PM): dia tulis idle 42 minutes
Masidas (7/2/2008 12:11:07 PM): pastue status pelamin anganku musnah gak…baru semalam repair..
Masidas (7/2/2008 12:11:08 PM): ceh!
Sir Kang (7/2/2008 12:25:39 PM): heheheh
Sir Kang (7/2/2008 12:25:44 PM): sorry
Sir Kang (7/2/2008 12:25:54 PM): masidas… tadi mengenai rancangan jahat kan
Sir Kang (7/2/2008 12:26:04 PM): bagaimana dengan rancangan baik pulak?
Sir Kang (7/2/2008 12:26:12 PM): bagilah ayat dia
Sir Kang (7/2/2008 12:27:17 PM): Masidas’s status is now “Idle”. (7/2/2008 12:26 PM)
Sir Kang (7/2/2008 12:27:23 PM): aaaa… dia pula idle
Masidas (7/2/2008 12:40:57 PM): ye
Masidas (7/2/2008 12:41:04 PM): rancangan baik cmna nak?
Masidas (7/2/2008 12:41:23 PM): cepat2
Masidas (7/2/2008 12:41:27 PM): sa’idah tak byk masa nie,
Masidas (7/2/2008 12:41:32 PM): nak bersiap balik khrh
Masidas (7/2/2008 12:42:59 PM): cuba tgk surah al-anfal,ayat 30
Masidas (7/2/2008 12:43:09 PM): kang!!!!!!!!!!!!!!!
Sir Kang (7/2/2008 12:44:17 PM): eh… maaf…
Sir Kang (7/2/2008 12:44:21 PM): sat
Sir Kang (7/2/2008 12:44:45 PM): masidas nak balik kaherah? then sekarang masidas kat mana? malam tadi pulak kat mana?
Masidas (7/2/2008 12:45:27 PM): kat umah lagi nie
Masidas (7/2/2008 12:45:33 PM): malam tdi pun kat umah
Masidas (7/2/2008 12:45:36 PM): nie baru nak balik sana
Masidas (7/2/2008 12:45:54 PM): nnt klu on gn hp,xleh la chat ngan sape2 invisible
Sir Kang (7/2/2008 12:45:57 PM): maksud balik tu… masidas memang dah tinhnggal kat sana ke
Masidas (7/2/2008 12:46:14 PM): istilah balik tue dah terbiasa guna..hehe
Masidas (7/2/2008 12:46:23 PM): sbb khrh tmpt induk student malaysia
Masidas (7/2/2008 12:46:29 PM): so,mcm balik la jgk..kan?
Sir Kang (7/2/2008 12:46:42 PM): lebih tepat… adakah masidas akan berpindah hari ini
Sir Kang (7/2/2008 12:47:34 PM): oooo al-anfal:30 ini selalu dsai sebut… wamakaru, wamkarullah
Masidas (7/2/2008 12:48:12 PM): a’a
Masidas (7/2/2008 12:48:15 PM): ayat tue biasa sebut
Masidas (7/2/2008 12:48:25 PM): sbg ayat tasliah,atau pujukan utk kita
Masidas (7/2/2008 12:48:34 PM): jgn lemah smgt dan jgn takut ngan puak kuffar
Sir Kang (7/2/2008 12:48:39 PM): alhamdulilah
Masidas (7/2/2008 12:48:46 PM): tawakal kena tinggi pd Allah
Masidas (7/2/2008 12:48:55 PM): pertolongan Allah dtg tak disangka2
Sir Kang (7/2/2008 12:48:59 PM): tasliah? ini nama orang ke
Masidas (7/2/2008 12:49:04 PM): tak..
Sir Kang (7/2/2008 12:49:05 PM): ada kawan nama tasliah dulu
Masidas (7/2/2008 12:49:07 PM): bhs arab tue
Masidas (7/2/2008 12:49:12 PM): mknanya pujukan
Sir Kang (7/2/2008 12:49:18 PM): dia kata nama dia tak sedap
Masidas (7/2/2008 12:49:21 PM): hehe
Masidas (7/2/2008 12:49:23 PM): ok pe
Sir Kang (7/2/2008 12:49:24 PM): pujukan ye
Masidas (7/2/2008 12:49:31 PM): sa’idah bawak separuh dulu brg
Masidas (7/2/2008 12:49:33 PM): xsemua
Sir Kang (7/2/2008 12:49:41 PM): naik apa
Masidas (7/2/2008 12:49:41 PM): so,kira pindah separuh
Masidas (7/2/2008 12:49:45 PM): nnt balik sini balik
Masidas (7/2/2008 12:49:50 PM): ambik yg selebihnya
Masidas (7/2/2008 12:49:53 PM): naik ketapi
Masidas (7/2/2008 12:49:57 PM): satu beg je pun
Sir Kang (7/2/2008 12:50:00 PM): oooo.. ingatkan naik unta
Masidas (7/2/2008 12:50:03 PM): barang2 lain tggl
Masidas (7/2/2008 12:50:05 PM): hehe
Masidas (7/2/2008 12:50:11 PM): unta skang dah moden
Sir Kang (7/2/2008 12:50:11 PM): kat sana dah ready ke
Masidas (7/2/2008 12:50:14 PM): xnak bawak org dah
Masidas (7/2/2008 12:50:22 PM): eksyen je unta
Masidas (7/2/2008 12:50:39 PM): tgh dok siap2 nie
Masidas (7/2/2008 12:50:42 PM): kemas2 bilik
Masidas (7/2/2008 12:50:47 PM): nk tggl lama
Masidas (7/2/2008 12:50:56 PM): xkan nak biar terabur brg2
Sir Kang (7/2/2008 12:51:01 PM): i mean kat kaherah dah ready ke
Masidas (7/2/2008 12:51:08 PM): oo
Masidas (7/2/2008 12:51:12 PM): semua dalam proses
Masidas (7/2/2008 12:51:22 PM): bilik sewa baru nak masuk daftr arinie la
Sir Kang (7/2/2008 12:51:28 PM): kalau online pakai hp.. camne kang boleh tahu
Sir Kang (7/2/2008 12:51:53 PM): isk.. banyaknya kang soal… masidas pindah sana berapa orang
Masidas (7/2/2008 12:52:14 PM): ngan kawan2
Masidas (7/2/2008 12:52:16 PM): dalam 4 org
Masidas (7/2/2008 12:52:19 PM): jgn risau
Masidas (7/2/2008 12:52:29 PM): everything in under control
Masidas (7/2/2008 12:52:32 PM): cewah
Sir Kang (7/2/2008 12:52:42 PM): lega hatiku mendengar… ingatkan sorang2… rumah sewa belum daftar
Masidas (7/2/2008 12:52:42 PM): klu sa’idah on9 gn hp,
Masidas (7/2/2008 12:52:47 PM): avatar naik ebuddy
Masidas (7/2/2008 12:53:12 PM): tak de dah gmbr merpatiputih
Sir Kang (7/2/2008 12:53:25 PM): dia ada tulis I’m on sms ke
Masidas (7/2/2008 12:54:40 PM): tak
Masidas (7/2/2008 12:54:44 PM): naik cm biasa je
Masidas (7/2/2008 12:54:52 PM): cuma avatar je yg naik ebuddy
Sir Kang (7/2/2008 12:56:01 PM): oooo

 

Razzi Armansur

Razzi Armansur

Once a writer always a writer.