Razzi Armansur

Kalau mati di Mekah, kenapa?

Branding rupanya bukan baru, walau seperti hanya baru-baru ini ia digembar-gemburkan. Contohnya: Kerja bank. Konon kalau bunyinya kerja bank, pekerjaannya hebat. Peluang untuk dipilih menjadi menantu amat cerah kalau dalam kampung tersebut pertandingannya sengit. Hakikatnya — Jaga pun kerja di bank, cleaner pun kerja di bank. Pembantu pejabat pun, kerani pun. Jadi yang mana satu kerja bank?

Satu lagi branding yang biasa sangat kita dengar lebih-lebih lagi pada musim haji begini ialah, “Mati di Mekah.” Kalau mati di Mekah kenapa? Seolah-olah itu jaminan masuk syurga. Seolah-olah kalau mati di Mekah itu sesuatu yang sangat istimewa dan menjadi harapan semua orang. Mengapa? Tahukah, yang berjualan di Mekah itu pun ada yang tidak pernah menunaikan haji dan sembahyang di Masjidil Haram walaupun di depan mata.

Tak lama dulu dalam akhbar, sebelah tepi terpampang, “S. Romaai Nor meninggal di Mekah.” Kenapa dihighlightkan “di Mekah” itu? Dah ada cop, kalau mati di Mekah tak dapat seksa kubur dan masuk syurga tanpa hisab? Seseorang berkata kepada saya, “Emaknya mati di Mekah” Dua kali dia memberitahu saya lantas saya bertanya, “Mengapa dihighlightkan mati di Mekah itu?” Tak ada jawapan. Dia pun hanya dengar-dengar sahaja.

Suatu malam, lepak di kedai kopi. Inilah yang paling saya elakkan tetapi malam itu sudah terjerumus. Memang perbincangan kedai kopi hanya mengarut. Tetapi saya tak mahu mengarut, sebab itu bawa soal ekonomi. Saya dengan tegas mengatakan ekonomi Malaysia di belakang Indonesia dan Thailand. Ringkasan itu, dari mata kasar saya yang duduk di kedai kopi berdasarkan import Malaysia yang melebihi eksport. Import makanan saja sudah RM12 billion.

Habis cerita ekonomi yang tidak ke mana sebaliknya hanya sekadar berlegar di ruang udara kedai kopi yang memekak itu. Beralih ke cerita artis yang membosankan itu.

“Kau tak boleh kata macam itu, tengok macam ada satu pelakon itu mati di Mekah.” Pelakon drama Ismail Din yang dimaksudkan.

“Kalau mati di Mekah kenapa?” Saya memancing. “Yelah, kira boleh tahanlah, mati di tempat suci.” Katanya.

“Apa yang boleh tahan mati di tempat suci?” Saya bertanya lagi sambil memancing. Tak ada jawapan. “Abu Jahal pun mati di Mekah.” Saya menyambung. “Raslulllah SAW tidak pulak wafat di Mekah.” Senyap sebelum menyambung semula, “Inilah dia masalahnya kalau kurang ilmu. Asal mati di Mekah saja dah kira selamat, lebih baik dari orang yang tak mati di Mekah. Abu Jahal itu suci ke mati di Mekah? Rasullah itu tak baik ke sebab wafat di Madinah?”

“Heh tak boleh cakap macam tu….” Kata seseorang.

“Dato’ Ismail Kamus yang cakap begitu.”

“Kau jangan percaya sangat dengan Ismail Kamus tu, dia ada buat kismis jampi.”

Siapa saya nak dengar, Ustaz Ismail Kamus ke Sawi?” Saya tahu dia penyokong Sawi dan suka membela Sawi, melenting bila dihina tetapi senyap dan merelakan bila Rasulullah dihina kartunis Denmark. Baginya Sawi lebih layak dibela dari Rasulullah.

Kalau Dato Ismail Kamus buat kismis jampi nampak salah, tetapi betul ke Sawi yang dihighlightkan sebagai Islamik hanya kerana tahu azan, qasidah dan membawa lagu nasyid kemudian kembali menghina Islam dengan berpegang-pegang, bergaul teruk dengan non-muhrim. Kelentong tak habis-habis. Mana Islamiknya? Salah atau tak dihighlightkan sebagai Islamik?

 

Razzi Armansur

Razzi Armansur

Once a writer always a writer.