Razzi Armansur

Kurang lagi RM36,000.00

Kelmarin, hari Jumaat, Nazrul dari PTS PRO menelefon saya. Dia menjemput saya memberikan talk ringkas mengenai buku saya dalam satu pameran buku. Lama benar saya tak ke PTS Wangsa Melawati. Memang sangat seronok sekali kalau ke sana kerana terjadi “instant bondage” dengan sahabat-sahabat baru di situ. Bolehlah saya katakan, kesemua staff PTS adalah cepat mesra. Serasa sambutannya membuatkan kita sentiasa ingin datang lagi ke sana, kalau boleh setiap hari.

(photo)
Keterangan gambar: Antara buku yang mesti saya siapkan dalam masa 12 bulan pada tahun 2007. Siap tak siap mesti siap. Menyelit ialah gula-gula yang mesti saya hisap ketika menulis (habit baru)

Yang terkini di PTS, sepanjang yang saya tahu, Annisa sudah berkahwin pada bulan November. Katanya, “Kang selalu tak online, tak terjemput.” Selalu online YM tapi invisible. Saya suruh Annisa yang kecil molek itu buat siaran ulangan, supaya saya boleh datang. Anuar yang selalu memberi sokongan kepada saya akan berpindah ke DBP. Kebetulan, sempena Nazrul menelefon, saya pun bertanya perkembangan jualan 3 buku MLM yang diterbitkan oleh Walasri Dotcom kerjasama dengan PTS. Kata Nazrul, jualan untuk ketiga-tiga buku tersebut ialah RM64,000.00. Belum pun sampai setahun. Bulan April ini genap setahun, sama umur dengan anak sulung Nazrul — amatlah saya berharap agar jualannya mencecah RM100,000.00. Hanya kurang RM36,000.00 saja lagi.

Ini semua menambahkan semangat saya untuk terus menulis. Ada 4 lagi buku MLM yang akan diterbitkan. Dalam masa yang sama diterbitkan berperingkat-peringkat oleh PTS PRO ialah — 9 buku saya yang pernah menjadi best-seller. Tahun 2007 dijangka sangat sibuk. Semoga Allah SWT memberikan saya kekuatan untuk menyiapkan buku-buku saya. Tapi doa saja tak mencukupi — saya mesti berusaha mengekalkan kesihatan. Selain pagi-pagi walking, saya perlukan 12 kotak HGH (365 sachet), 12 kotak Total Nutrition (365 sachet), 360 biji Pharmaton, 12 tin gula-gula Ricola, 12 hingga 15 buku-buku baru untuk makanan otak. Alamak, macam syarat pernikahan Puteri Gunung Ledang. Sebenarnya itulah untuk kekuatan fizikal dan mental saya bagi menghasilkan best-seller. Saya akan duduk di depan komputer selama 12 jam sehari, kalau tak dijaga kesihatan, parahlah saya.

Razzi Armansur

Razzi Armansur

Once a writer always a writer.