Razzi Armansur

Media bebalkan orang Melayu

Saya tertarik (bukan “Saya merasa terpanggil untuk…”) dengan satu posting di Ukhwah.com yang menyebut, “Media bebalkan orang Melayu.” Saya amat setuju.

Media Melayu bebalkan orang Melayu. Setuju? Sejak dahulu lagi kita dengar, “Melayu makan Melayu.” Zaman berubah, “makan” digantikan dengan “Bebalkan” “Bahlulkan” “Mentololkan” “Memperbodohkan”. Lebih hebat dari makan. Bila dah bebal dah tak boleh buat apa.

Tapi terus terang saya tak suka istilah “Tolong melayu”. Ini pendapat peribadi saya sendiri dan beberapa orang kawan yang terkena. Bila kita tolong Melayu, kita yang dipijak balik, kita yang merana. Contohnya dalam percetakan (selalu sangat terkena, akibat “Berbaik sangka”). Tak mengapalah kos lebih 10 sen atau 20 sen demi untuk tolong Melayu. Janji mereka bulan bintang — kualiti, penghantaran, ketepatan dan sebagainya. Adakah anda tetap akan “Tolong Melayu” kalau yang dijanjikan 180 darjah berbeza? Kualiti hancur, janji 2 minggu siap menjadi 2 bulan — alasannya sampai lautan antartika. Berbeza dengan percetakan di tempat Cina. Kualitu terjaga. Petang ini hantar, esok pagi boleh siap kalau kita nak “Extremely Urgent” dan sanggup bayar lebih. Tak payah janji lautan apa pun — kalau janji 7 hari — hari keenam sudah dihantar.

Macamana nak tolong Melayu, bangsaku sendiri, kalau ditolong merosakkan bisnes kita? Sekarang ini sudahlah tak boleh ditolong, merosakkan kita kembali dengan cara memperbodohkan kita.

“Buat apa tolong Cina? Cina kan penipu!” Biasa mendengar begitu? Terlalu biasa. Cuma dengar-dengar begitu walhal tak pernah sekali pun kena tipu. Tapi menurut kajian, kini, Melayulah yang lebih kuat menipu berbanding Cina. Dalam kes mencetak tadi, si Melayu berkata, “Tengah binding, esok siap” Sebenarnya sedang menipu sebab baru peringkat buat filem, belum pun sampai binding. Tak percaya ramai Melayu yang kuat menipu? Pergi saja ke syariklat-syarikat MLM. Buktikan sendiri siapa yang lebih banyak dan kuat menipu? Buktikan sendiri siapa paling ramai kelulusan SPM yang menipu masyarakat meletakkan ‘Dr.’ di depan nama.

Bangsaku makin tercorot. Sudahlah tercorot, makin diperbodohkan oleh media Melayu. Dari semua segi — pendidikan, bisnes, kewangan, kerjaya semua terbelakang. Kalau yang mazmumah sentiasa nombor satu — hiburan, rempit, penagih dadah, kelentong, sembang-sembang, buang masa. Apa lagi? Banyak…

Media melayu bodohkan melayu. Buka surat khabar, buka TV — kenapa hanya ada berita artis? Adakah supaya rakyat Malaysia mengikut jejak artis yang sejak dulu kini dan selamanya kuat kelentong? Mula-mula media tolong kelentongkan, lama-kelamaan, sudah merudum — artis itu sendiri kelentong supaya kekal diminati dan dipandang gah. Kalau artis Barat dikejar wartawan dan paparazzi (eh namaku…), artis Malaysia mengejar wartawan dan paparazzi. Kalau di Barat jika wartawan siarkan berita kelentong kena saman juta-juta, artis Malaysia sebaliknya pula — jika tak ada kelentong dikatakan tak berseri.

Kenapa kita diasak dengan sampah sarap? Adakah supaya kita menjadi sampah sarap? Kenapa diasak dengan berita artis kahwin, artis mee segera putus tunang. Untuk apa? Siapa kita ini hingga ada yang berani mengasak kita dengan sampah-sarap begitu setiap hari? Adakah media menganggap kita ini golongan bahlul yang boleh terus dibahlulkan, dibebalkan dengan sampah-sarap?

Kenapa ia menjadi berita utama? Adakah sememangnya rakyat Malaysia suka benda-benda begitu? Adakah kesemua rakyat Malaysia menyanjung artis yang sememangnya kaki kelentong? Kaki kelentong disanjung tetapi ulama yang berkata benar diharamkan berceramah. Inilah negaraku tercinta. Ulama yang memberikan kita ilmu, menyerlahkan pemikiran kita dipinggirkan. Artis yang menjadikan keletong sebagai gaya hidup diagung-agungkan.

Jadi, tepatlah — media Melayu sedang memperbodohkan orang Melayu — mengasak pemikiran dan otak orang Melayu dengan sampah-sarap, setiap hari. Kita boleh memilih untuk tidak melihat tajuk akhbar atau TV, tapi tahukah anda — jika hari-hari diasak tanpa berhenti, akhirnya kita kalah. Bagaimana dengan anak-anak kita, adik-adik kita? Generasi akan datang?

Kalau kita diasak dengan berita artis kahwin, artis putus tunang, artis mee segera berbincang dengan bekas tunang yang tiba-tiba menjadi penulis mee segera, apa akhirnya akan jadi kepada kita sendiri dan generasi baru hari ini. Arah mana yang hendak dituju? Negara maju atau negara artis? Negara yang diterajui oleh pemimpin yang otaknya penuh ilmu atau yang penuh dengan sampah-sarap dan kisah artis?

Kalau artis itu kahwin, putus tunang atau apa saja — adakah pasaran saham akan meningkat (sejak 1998, pasaran saham kita ibarat hidup segan mati tak mahu), adakah eksport kita akan meningkat, adakah ekonomi negara akan kembali cerah, adakah Israel dan Amerika berhenti menyerang? Adakah sebarang tindakan terhadap ramainya Islam yang murtad?

Untuk apakah ‘dondang-sayang’ artis kahwin, putus tunang, bercerai itu? Tak ada jawapan. Kata seorang kawan, “Target dia bukan orang-orang macam kita ini Kang…” Mungkin betul sebab orang makin meluat. Di mana-mana surat khabar yang menyiarkan berita kahwin dan akan berlambak, tak habis. Orang meluat. Mungkin benar kata kawan saya itu — targetnya adalah kampungan, siswa universiti pelik macam di Shah Alam atau Kelana Jaya, ahli-ahli lepak KLCC yang pakai T-Shirt ketat lengan pendek, pakai jeans nampak alur jubur tetapi bertudung.

Khabarnya kita sedang ke arah “ModaI Insan” — modal insan apa bendalah kalau otak insannya diisi dengan sampah sarap dan racun? Atau mungkinkah, “modal insan” itu hanya sekadar publisiti seperti IT, Biotek?

Saya tak tahu apa pun tentang putus artis putus tunang, artis mee segera, penulis mee segera yang linking dengan penyanyi mee segera. Segala dondang sayang dan penglipurlara sebelum ini telah berjaya membuang imej sebagai penyanyi mee segera yang menang kerana undian SMS. Yang mengundi — tetapi nombor satu — Melayu. Kalau wang SMS itu dikumpulkan untuk membantu sekolah agama rakyat (agama sebenar mereka yang mengundi itu) alangkah murninya. Ini tak pulak — SMS untuk menaikkan artis yang akhirnya mengelentong balik orang-orang yang mengundinya. Bodoh atau pandai orang yang membazir duit mengundi dengan SMS begitu?

Saya tak tahu melainkan seorang sahabat bertanya saya di YM pendapat saya tentang artis mee segera putus tunang dan tunangnya pun terkena wabak mee segera menjadi penulis mee segera.

Setelah mendengar penjelasannya, ini pendapat saya (pendapat peribadi) yang berdasarkan sejarah masa lalu. Kita hanya mengulang sejarah:

1. Artis mee segera makin tenggelam dengan kisah artis kahwin dan dapat “instant” Datin. Dondang-sayang dan penglipur lara, gendang, gong, semuanya dipalu untuk melupakah “sejarah” pihak lelaki dan menumpukan kepada artis perempuan.

2. Artis mee segera tak boleh tenggelam sebab masih ada saki baki untuk dipertahankan. Masih ada saki baki untuk diperah oleh pihak atasan (Windmill Of The Gods — karya Sidney Sheldon). Rugi kalau tak diperah hingga habis.

3. Apa saja pergerakan artis mee segera mesti dijadikan bahan cerita asalkan bukan pergerakan ke tandas. Ini adalah untuk ‘mengapungkan’ artis mes segera tersebut. Kalau dia tak terapung, tak akan dapat diperah. Mengapungkan, sebagaimana biasa menggunakan kaedah normal — segala rupa kelentong.

4. Bila tak terdaya lagi mengapungkan akan dibuat sesuatu yang sensasi. Putus tunang misalnya boleh dijadikan sensasi. Tapi sayangnya sekejap saja sensasi itu sebab tak sehebat kisah artis kahwin besar-besaran yang perbelanjaannya amat besar ertinya untuk rakyat Palestin yang derita.

5. Kapal terbang hampir terjunam… Kapten kapal menggunakan kebijaksanaanya untuk mengapungkan semula. Peluang yang ada dipergunakan. Muncullah novel mee segera menceritakan kisah-kisah percintaan yang antara penulis mee segera dengan artis mee segera. Terjadi “linking”.

6. Kisah-kisah cinta, perbincangan semula disensasikan supaya novel tulisan penulis mee segera laris. Satu strategi yang silap. Peminat-peminat artis mee segera cuma minat majalah hiburan, bukan novel.

7. Itulah percubaan untuk menyaingi artis yang kahwin. Tapi kena ingat, bila kita merancang, pihak yang hendak dilawan pun sedang merancang. Melainkan menggunakan strategi Art Of War mungkin boleh menang. Sensasi sekali lagi tak menjadi.

8. Peluru terakhir, selepas tulis novel, tawaran-tawaran palsu untuk jadi penyanyi, kelentong-kelentong (mula-mula media tolong kelentongkan), bincang-bincang, akhirnya nanti bersatu kembali (betulkah putus tunang? Kalau putus tunang pun apa kena mengena dengan Modal Insan?) — satu lagi sensasi untuk mengelakkan kapal terbang terhempas. Sama seperti dalam MLM, banyak sensasi, kompang, penglipurlara, dondang-sayang adalah semata-mata untuk ‘mengapungkan’ kapal terbang. Bila sudah senyap — kapal terbang terhempas. Silap strategi tetapi tak pernah hendak belajar dari sejarah.

 

Razzi Armansur

Razzi Armansur

Once a writer always a writer.