Judul novel Sidney Sheldon ini amat menarik untuk dipraktikkan, sama seperti pepatah Cina, “Kegembiraan dan kedukaan adalah sama saja; ia tidak kekal lama.” Nothing Last Forever.
Novel ini mengesahkan tentang dunia perubatan, kedoktoran, di sebuah hospital. Doktor berusaha merawat pesakit dengan mereka sendiri sebenarnya mempunyai berbagai-bagai ‘penyakit’ yang perlu dirawat. Tidak ada yang kekal. Sakit akan sembuh, kegembiraan akan berakhir, kedukaan akan berakhir, nyawa akan tamat, dunia akan musnah. Yang kekal hanya Allah SWT sahaja. Ada teka-teki yang kata, “Selain dari Allah, apa yang tidak musnah?” Mengarut? Tidak: Yang tidak musnah selain Allah: 1) Amal baik 2) Amal jahat 3) Syurga 4) Neraka.
Jadi bila anda berduka, jangan bimbang, tak lama lagi, dalam masa sejam lagi, atau petang ini, kedukaan itu akan hilang, lenyap dengan sendirinya. Nothing Last Forever. Sidney Sheldon yang dulu novelnya menyengat, kini dah kurang menyengat. Saya menunggu novel yang sehebat “The Sand Of Times” dan “Doomsday Conspiracy” tapi seperti hampa. James Bond pun rasanya kurang menyengat. Tak tahulah mungkin fokus saya lebih kepada “Living Daylight” dan “License To Kill” menyebabkan beranggapan “Casino Royale” tak berapa menyengat. Memang ramai yang suka aksi lasak dan ganas begitu tetapi branding untuk aksi begitu adalah untuk Jackie Chan, Stallone. James Bond tak sepatutnya seganas itu.
————
Berikut ini, kononnya ‘kaunseling’ berasaskan kata-kata keramat, “Nothing Last Forever”. Kaunseling menggunakan YM:
“Saya tak boleh lupakan buah hati saya” Kata Hana (bukan nama sebenar).
“Jadi sdri nak lupakan buah hati tapi tak boleh.” Tanya saya.
“Ya” Katanya dengan nada sayu (membohong sebab YM hanya tulisan mana ada nada sayu). “Sampai bila-bila sdri takkan boleh lupakannya sebab sdri sendiri yang kata TAK BOLEH.” Kata saya dengan tegas (membohong lagi, YM hanya tulisan, mana kita tahu tegas ke tak tegas).
Saya menyambung, “Cuba sdri sekarang ini sebut dengan tegas.” Saya menyuruh menyebut, “Saya BOLEH melupakan buah hati saya.” BOLEH, bukan TAK BOLEH. “Saya minta, hari ini, sdri sebut dengan tegas begitu. BOLEH. Bukan TAK BOLEH.” Saya menambah lagi. “Boleh?” Saya bertanya lagi.
Tidak kedengaran apa-apa (membohong lagi. Maksudnya, tidak tertulis apa-apa.)
Maknanya, sdri Hana ini tak mahu melupakan buah hatinya kerana itu dia tak boleh melupakan buah hatinya. Kalau benar dia mahu melupakan buah hatinya, tentu sekali dia BOLEH melupakannya. Kerana tak mahu juga dia mengatakan, “Saya TAK BOLEH melupakan buah hati saya.” Nampak perbezaannya? Perkara kecil membawa perubahan besar.
“Boleh?” Saya bertanya lagi.
“Entahlah…” Maknanya tidak ada keputusan yang konkrit dan tegas sememangnya hendak melupakan kekasih hatinya yang sudah bertahun bertakhta di hatinya itu. Atas sebab tertentu mereka berpisah.
“Saya cuba” Katanya.
“Cuba? Benda ini tak boleh main cuba-cuba. Yes adalah yes, no adalah no.” Saya bertegas.
Buzz! Sebab lama sangat diam. Tak ada jawapan.
Dua hari kemudian Hana bertanya lagi. “Saya dah bersedia untuk melupakan buah hati saya selam-lamanya.”
“Betul?” Tanya saya.
“Saya yakin BOLEH melupakan dia. Optimis.” Katanya.
“Bagus. Untuk hari ini sebut dengan tegas: Saya BOLEH melupakan buah hati saya.”
“Begitu saja?”
“Kenapa?”
“Mudah saja?”
“Memanglah. Memanglah mudah. Kita saja yang suka menyusahkan yang mudah.”
Kemudian saya memberitahu cara yang betul. Jangan sampai terbalik kerana kita lebih mengingati apa yang di belakang sekali, apa yang terakhir sekali. Contohnya, bila sebut, “Saya benci rokok” pasti akan gagal dari berhenti merokok sebab perkataan “rokok” akan lebih diingati kerana ia di hujung.
Jadi saya beri contoh, katalah nama buah hati Hana ialah Kang (eh… nicknameku…) hendaklah nama itu di depan, bukan di belakang. Contohnya: “Saya benci Kang” pasti seumur hidup takkan boleh melupakan Kang, sebab ia di hujung dan sentiasa diingati. Bagaimana kalau diterbalikkan, “Kang saya benci”? Bagaimana kalau, “Kang BOLEH saya lupakan.” Bandingkan, “Saya BOLEH lupakan Kang.” Memang sepanjang hayat sampai bersuami, sampai hari terakhir di muka bumi ini tak akan boleh melupakan Kang.
Itu asasnya. Kemudian, saya menyuruh melakukan begini: “Pejam mata dan lihat bagaimana gambaran buah hati tadi. Diam sejenak, apa yang anda dengar dari dalam hati dan di mana suara itu. Pasti suara itu ada. Pastikan suara itu. Kemudian pastikan perasaan pula.
- Gambaran (Visual)
- Pendengaran (Auditory)
- Perasaan (Kinesthetic)
Selalunya gambarannya dekat sangat dengan mata. Hendaklah ia ‘ditolak’ jauh, sejauh mungkin — jauh, malap, gelap. Jangan sekali-kali dipandang dekat. Setiap kali terlihat saja wajahnya — jauhkan sejauh-jauhnya. Kenangan? Tergambar kenangan? Jauhkan kenangan itu sejauh-jauhnya. Tolak ia dengan jauh. Terdengar suaranya? Kuat, dekat? Dari mana suara itu? Jauhkan suara itu dari tempat ia keluar. Tak semestinya di telinga. Kadang dari belakang kepala. Jauhkan hingga ia jadi sayup-sayup. Setiap kali terdengar, tolak jauh-jauh.
Perasaan? Kata pujangga, “Bila cinta telah mati, rindu kekal hidup.” Jadi, ada perasaan rindu. Di mana perasaan itu? Kadang di dada, kadang di perut, belakang. Seperti tadi, tolak perasaan itu jauh-jauh hingga lesap perasaan itu.
Segala SMS inbox dan outbox buang serta-merta. Emel, surat, gambar, kad, hadiah, delete, jauhkan atau sorokkan.
Jangan sekali-kali menung. Sentiasa sibukkan diri. Dan ini yang paling penting sekali. Sebut berulang-ulang dengan penuh keyakinan dan optimis, “Kenapa sekarang ini saya sangat gembira.” Seandainya teringat saja wajah atau suara atau apa-apa termasuk bau, sebut dengan tegas dan optimis. Nothing Last Forever. Jika dilakukan berulang-ulang dalam sehari (katalah, 100 kali) hanya dalam masa sehari saja boleh lupa, dan menjadi insan yang bebas, gembira.
Pelik bila orang kata nak lupakan tapi tak terdaya melupakan sedangkan sebenarnya hanya dalam masa sehari sahaja boleh melupakan, kalau kena tekniknya.
Itulah sedikit kenangan kononnya kaunseling di YM. Percuma. Lain kali akan dikenakan bayaran mahal.