Razzi Armansur

Persiapan Setahun, Majlis Sehari

Semalam bersenam bersama Pengerusi Karangkraf Haji Fickry (selalunya bergurau memanggilnya “Haji Haji” sebab sudah dua kali pergi Haji), hari ini menerima kad jemputan darinya, majlis perkahwinan anak perempuannya. Dari buah kenal pokok; dari kad kenal ma

Saya akan cuba datang nanti walaupun sebenarnya saya sentiasa mengelak hadir ke majlis perkahwinan. Kalau kematian, saya datang, kalau perkahwinan saya mengelak. Datang nanti moga akan bertemu dengan Dr. Abdullah yang ada kaitan dengan tuan rumah. Dr. Abdullah ini tak suka dipanggil Dr. sebaliknya lebih suka dipanggil Haji Dollah sahaja. Dulu tinggal tak jauh dari rumah saya, kini di Terengganu, pernah menjadi Pengerusi masjid Sungai Pencala dan pernah menjadi Dekan di UIA. Begitulah Dr. original sebagaimana yang saya kata memang macam malu-malu dan seperti keberatan jika dipanggil Dr., berbeza dengan Dr Ayam yang segala usaha dilakukan supaya rakyat jelata memanggilnya Dr.

Terbukti, di sini tinggal Dr. Nik Yusri, menantu Tuan Guru Nik Aziz, yang mana bila saya panggil “Dr.” beliau akan mengucap, “Astaghfirlah” dan tersipu-sipu. Pun tersipu-sipu bila dipanggil Ustaz. Jadi saya panggil saja “Encik Nik”. Sebaliknya, kalau Dr Ayam tidak dipanggil Dr. akan menjeling marah dan boleh menjadi penyebab bunuh diri agaknya.

Majlis perkahwinan sehari saja, tapi persiapannya setahun. Cantiknya isteri pun hanya sehari sahaja — semasa majlis perkahwinan. Bahkan selalu juga terdengar lawak bodoh, “Berkahwin idaman orang bujang; membujang idaman orang berkahwin.” Kalau untuk perkahwinan memang persiapannya setahun. Ini memang kita sahkan di mana-mana pun. Lihat saja jiran kita yang hendak mengadakan majlis perkahwinan pada tahun 2007, tahun 2006 ini sudah bersiap sedia dengan pelbagai kelengkapan. Tetapi kalau untuk perkara lain bagaimana? Misalnya untuk menceburkan diri di dalam perniagaan. Pernah melihat sesiapa bersedia selama setahun mencari pelbagai kelengkapan dan ilmu untuk menceburkan diri ke dalam MLM? Ada? Tak ada, kerana tidak ramai yang menganggap MLM sebagai perniagaan, sebaliknya majoriti menganggap sebagai sumber wang segera.

Bagaimana kesannya? Kesannya hendak mencari yang berjaya di dalam MLM bagai mencari gagak putih di kalangan gagak hitam. Yang buat-buat berjaya, yang konon-kononnya berjaya ibarat mencari gagak hitam di kalangan gagak putih. Bukan saja MLM, bahkan perniagaan apa pun, kurang sangat yang membuat persediaan selama setahun mencari pelbagai kelengkapan untuk bekalan menjalankan perniagaan. Akibatnya?

 

Razzi Armansur

Razzi Armansur

Once a writer always a writer.