Sama ada sedar atau tidak — negara paling miskin di Asia Tenggara ialah Filipina di mana hampir keseluruhan rakyatnya fasih bertutur bahasa Inggeris (lebih kurang macam rakyat Malaysia yang bertutur campur-campur Melayu dengan Inggeris).
Di Thailand, nak cari orang yang boleh bertutur Bahasa Inggeris sama mencari jarum di hutan, tetapi maju atau tidak Thailand? Lebih maju dari Malaysia dan Singapura. Pernah dengar Beras Malaysia? Mangga Malaysia? Durian Malaysia? Tak pernah. Yang biasa dengar ialah Artis Malaysia. Bagaimana? Biasa dengar Beras Siam, Mangga Siam, Durian Siam? Tom yam? Mengapa seluruh ceruk Malaysia penuh dengan gerai Tom yam? Sebab negara Thai maju, hinggakan makanan dari negara tersebut menjadi ikut-ikutan.
Korea, Jepun, Perancis, Jerman tak perlukan bahasa Inggeris tetapi lihatlah betapa majunya negara mereka. Boleh buktikan bahasa Inggeris bahasa kemajuan?
Saya pernah beberapa kali menulis di akhbar bahkan terus kepada Menteri tentang masalah “Murid sekolah memikul batu bata ke sekolah” dan “generasi 2020 adalah generasi bongkok sabut acuan Menteri pendidikan sekarang.” Dulu memang heboh pasal beg sekolah ini. Sebagaimana biasa ayam berkokok — bahkan ayam yang tak ada kena mengena pun berkokok. Masing-masing hendak menjadi hero bertanding siapa yang paling kuat kokok dan paling banyak menyalahkan orang lain. Salah kekal pada ibu bapa, murid dan guru. Tidak ada yang menyalahkan Kementerian, Jabatan dan entah apa-apa lagi yang menghendaki dan menyediakan senarai buku teks terlalu banyak, belum termasuk buku-buku kerja, belum termasuk segala rupa buku-buku yang pelik-pelik belaka dan sama-sekali tidak diperlukan.
Itu saja puncanya, tak ada lain. Puncanya — satu mata pelajaran dimestikan membeli sehingga 4 — 5 buku teks dan kerja. Mesti beli, mesti pikul ke sekolah setiap hari. Phewwww….. Pernahkan anda mengangkat beg sekolah? Kalau anda sendiri tak larat bayangkanlah bagaimana anak atau adik kita yang berusia 7 tahun memikul beg tersebut di belakang, setiap hari. Sampai di sekolah menaiki tangga ke tingkat atas bangunan sekolah. Boleh anda membayangkan kesan jangka panjang terhadap struktur tulang belakang kanak-kanak?
Kemudian, pada penghujung tahun, semak semula buku-buku yang dibeli pada awal tahun. Separuh atau 3/4 darinya tidak digunakan. Pembaziran? Bukan pembaziran tetapi rompakan. Awal tahun ibu bapa mesti kena rompak. Rela atau merungut, tiada sebarang alasan mesti beli “batu-bata” untuk dipikul oleh anak-anak ke sekolah setiap pagi. Bahaya? memang bahaya apatah lagi sekarang ini sekolah besar-besar dan tinggi belaka. Pikul batu-bata terhoyong-hayang memanjat tangga menuju ke tingkat tiga. Setiap pagi itulah agendanya. Tengah hari pun begitu juga agendanya — lebih bahaya kerana menuruni tangga. Tak perlulah anda pelik melihat sekolah yang besar (padang ditukar bangunan) tetapi tidak berpenghuni — tidak digunakan secara optimum.
Akan tetapi, anda tentu faham benar dengan kokok di Malaysia ini. Sekejap saja. Bising riuh rendah — tak lama kemudian senyap sepi. Gegak gempita pasal beg sekolah yang berat (mungkin hasil tulisan saya bertalu-talu di akhbar dan terus-menerus menulis kepada Menteri. Hanya kemungkinan), sebagaimana yang dijangkakan menjadi senyap dan sepi. Malaysia negaraku tercinta….
Zaman Anwar menjadi Menteri Pendidikan, masalah ini dapat diatasi sedikit. Sekurang-kurangnya ada usaha untuk mengatasinya sambil membawa alat penimbang, membuat lawatan mengejut ke sekolah. Beg ditimbang, berat direkodkan, penyelesaian segera diumumkan. Bagaimana boleh murid sekolah memikul beg seberat 5kg setiap pagi? Penyelesaiannya ialah jadual waktu anjal dan pengurangan buku yang wajib dibeli. Tukar menteri, tukarlah polisi. Tidak ada lagi lawatan mengejut ke sekolah-sekolah dan mengarahkan murid-murid sekolah mengeluarkan isi beg masing-masing. Itu hanya terjadi di zaman Anwar dan Tun Razak sahaja. Selepas itu, sehingga kini, kekal, murid sekolah memikul batu-bata setiap pagi. Batu-bata — kekal dulu, kini dan selamanya.
Kalau kita kembali ke zaman dulu kita akan mengesahkan cara sekarang adalah salah 100 peratus. Dulu murid sekolah hanya menjinjing “kapas” — setiap satu mata pelajaran hanya 1 buku teks dan 1 buku tulis. Hasilnya? Lihat sendiri. Kalau saya diberi peluang menjadi Menteri Pendidikan, saya tidak akan memikirkan keris, sebaliknya saya akan memikirkan tentang buku sekolah, pendidikan dan hal-hal yang berkaitan dengan pendidikan. Saya tidak akan mencari jalan untuk mendapat publisiti sebaliknya saya akan mencari jalan mengatasi masalah sosial di kalangan pelajar sekolah, masalah disiplin. Saya akan berusaha menjadi jernih kerana “Keruh di hulu, keruh di hilir.”
Khabarnya negara kita ini ramai saintis. Dulu khabarnya negara kita adalah negara berteknologi tinggi. Khabarnya begitulah. Kokoknya begitulah. Hakikatnya? Hakikatnya tak bolehkah mencipta sejenis beg sekolah yang boleh terapung? Pernah tengok adegan kejar-mengejar menggunakan papan luncur terapung dalam cerita “Back To The Future”? Mustahil? Memang mustahil kalau hanya kokok kononnya negara berteknologi tinggi. “Super Chip” sudah lama dicipta, mengapa tidak digunakan? Mustahil? Star Wars pun mustahil. Tunggu dan lihat? Apa yang hendak ditunggu dan dilihat? Budaya kita, jangan kita lupa — budaya tunggu dan lihat.
Saya juga akan mencari jalan supaya masalah buli di sekolah tidak berterusan. Agak pelik juga — masalah buli, kematian pelajar kerana buli hanya terjadi di Sekolah Agama. Satu tanda tanya yang besar terpampang di hadapan mata. Hanya di sekolah agama ada kes buli atau bagaimana?