Razzi Armansur

Cina OK dengan Cina bengong

Masih lagi di Taman Bukit Kiara, di Jalan Haji Openg, di kaki Bukit Kiara, di hadapan SekolahTaman Tun Dr Ismail (2), yang tak ada padang sebab dibina sekolah 3 tingkat yang sebenarnya tak diperlukan. Sebenarnya, padang lebih diperlukan. Itulah sekolah rendah kedua-dua pewaris Armansur.com Berhad — Edika Armansur dan Ezika Armansur.

(photo)

Sejak dulu saya perhatikan, yang bersenam sebelah pagi mahukan petang, inilah nisbahnya — 100:10 — 100 Cina, 10 Melayu. Jadi, jangan marah kalau kaum Cina lebih maju sebab mereka lebih sihat. Jangan salahkan sesiapa, kalau kaum Melayu mundur sebab terlebih lepak dan sentiasa bersedia dengan segunung alasan bila diajak bersenam. Di taman ini selalunya saya terserempak dengan Tun Ling Leong Sik. “Tun sudah pencen buat apa sekarang?” “Excersice…” Jawabnya. Yang Melayunya, yang biasa setiap pagi ialah Haji Fickry, pengerusi Karangkraf.

Itu gambaran hari-hari biasa. Hari Ahad, ramailah orang Melayu yang bersiar-siar. Saya pula tak suka ke taman pada hari Ahad kerana selalunya telinga saya bernanah, perut saya mual bila mendengar orang Melayu enggan cakap Melayu dengan anak-anak mereka. Orang Cina pun ada yang enggan berbahasa Cina dengan anak mereka tetapi tetap jumlah orang Melayu mengatasi. Pelik kan? Bangsa Melayu, makan belacan, muka belacan tetapi enggan menggunakan bahasa Melayu. Diajar sejak kecil lagi supaya anak-anak tidak berbahasa Melayu, supaya dianggap bahasa Inggeris adalah bahasa elit (yang menjadi bahasa pertuturan negara termiskin di Asia Tenggara — Filipina), supaya mengikut saranan Najib yang pelik, “Kita tidak mahu menjadi jaguh kampung…” (ikut suara Najib).

Di sebelah pagi, ada beberapa kumpulan senaman kaum Cina seperti senaman sendi, taichi, gigong, falun dafa, wusyu. Saya tercari-cari di mana kumpulan senaman Melayu. Tak ada! Kalau ada tentu saya akan menyertai. Memang tak ada! Saya rasa silat boleh dijadikan senaman sama seperti taichi kalau dibuang segala rupa najis dan karut-marut di dalam silat. Kalau dibuang segala rupa sakti, kebal, misai letak jel, mahaguru taik, songkok lusuh, baju hitam konon sakti, jalan macam ayam serama, kalau ada 12 jari kedua belas jari akan disarungkan cincin sebesar buah jambu. Kalau dibuang itu semua dan dianggap silat adalah untuk kesihatan dan mempertahankan diri sama seperti Taekwando, karate, kungfu, memang silat boleh diketengahkan, dijadikan sistem senaman sama atau lebih hebat dari taichi. Setuju?

Sejak beberapa pagi ini, ada Cina yang menjual alat refleksologi. Seperti ciptaan baru tetapi ia sebenarnya sudah lama. Ia diperbuat dari kayu, agak tajam-tajam dan condong 45 darjah. Sudah tentu saya bertanya kepada Cina yang menjual alat tersebut. dengan riangnya dia menerangkan mengapa ia dibuat senget 45 darjah — ia baik untuk tulang belakang katanya.

Namun apa yang saya kagumi ialah kepandainnya menjual alat tersebut — strateginya mengena — di taman — di sini, ramai yang berusaha untuk menjadi sihat sebagaimana saranan Prof DiRaja Ungku Aziz, “Kalau bersenam biarlah sampai berpeluh.” Saya tak fikir, sesudah lebih seminggu dia mempamerkan produknya, produk tersebut laku. Orang hanya tengok-tengok tanpa membeli, namun beliau tidak putus asa — terus mengadap produk yang disusun sambil mengedarkan flyer. Walaupun tak laku, tetapi produk tersebut telah dikenali. Tak membeli hari ini, akan datang pasti akan membeli sebagaimana Hukum Seimbang menyebut, “Tak semua orang nak dan tak semua orang tak nak.”

Di luar taman ada dua orang lagi Cina yang menjual minuman dan buah-buahan, sayur-sayuran. Dua orang Melayu yang menjual nasi lemak. Satu di bawah pokok buluh dan satu lagi bertentangan. Tapi nampaknya yang di bawah pokok buluh sudah tidak ada lagi. Sama ada sudah kaya menjadi jutawan bising atau sudah putus asa, Yang bertentangan pula kadang menjual, kadang cuti, kadang terlewat, kadang tercepat. Tidak fokus bersamaan tidak ada kejayaan.

Cina yang seorang ini menjual air soya. Kalau tak silap ada 4 van yang merayau menjual air soya, menyelit di mana-mana tempat parking. Ada air soya, taufufa, air cincau, air herba, kuih-muih, dan juga minuman tin. Kedainya di Pasar Besar Taman Tun. Larisnya bukan kepalang, ramai yang makan taufufa panas di sebelah pagi, sambil berbelanja di pasar. Tetapi, tak pernah pun Cina itu mendakwa dia sudah menjadi jutawan, sebab bukan semudah itu untuk menjadi jutawan.

Satu lagi Cina menjual buah-buahan dan sayur-sayuran organik. Kalau kacang soya tadi sudah lebih kurang 4 tahun berjualan di bawah pokok, Cina yang menjual produk organik (betul organik?) yang didakwa dari Bukit Tinggi ini baru lebih kurang setahun. Yang pasti, setiap hari, setiap pagi pasti berjualan. Fokus.

“Apa bezanya organik dengan tak organik?” Saya bertanya. “Rasanya lain” Kata Cina itu. Betulkah?

Mengapa organik lebih mahal sedangkan ia tidak menggunakan racun serangga? Kurang belanja — bermakna harganya kurang, berbeza dengan produk bukan organik yang terpaksa dijual lebih mahal kerana belanja produksinya lebih mahal. Adakah sedang dibuat ‘branding’ bahawa organik itu elit dan elit itu mesti mahal? Tak ada jawapan. Saya tak pernah beli sayur organik sebab tekak saya masih suka yang tak payah berorganik.

Perkara yang sama terjadi kepada mee keluaran bumiputera. Dakwanya, mee tersebut tanpa bahan pengawet, tidak ada rasa kapur, jadi bermakna kurang bahan yang diperlukan untuk produksi — sepatutnya lebih murah dari mee yang terpaksa berbelanja lebih untuk membeli asid benzoic. Tapi, mengapa pula mee tanpa pengawet lebih mahal dari mee yang ada pengawet. Kalaulah diletakkan harga yang sama atau lebih murah (sebab tidak perlu berbelanja lebih untuk produksi), pasti tidak berlonggok banyak setiap petang (tak berapa laku). Adakah dengan meletakkan streotaip — “Keluaran Bumiputera” boleh dijadikan tiket untuk melariskan produk? Itu zaman dulu.

Seminggu lepas, selepas pulang dari taman yang indah permai itu, ternampak seperti satu keramaian di tapak pasar Sungai Pencala. Bila semakin hampir, sekali imbas, sudah tahu ia adalah penggambaran iklan. Saya pun singgah sekejap untuk melihat-lihat. Saya agak pelik dengan perangai krew yang bekerja untuk iklan tersebut. Bila saya tanya, “Komersial apa ni?” Tak ada satu pun yang menjawab. Semua buat muka najis.

Seolah-olah dijadikan pasar — ada penjual dan ada pengunjung pasar, kononnya. Penggambaran dari pukul 6 pagi hingga 6 petang. Hari itu pula panas membahang — kiranya bengong betul Pengarah Kreatif pembikinan iklan tersebut. Saya tak tahu ‘production house’ mana dan agensi iklan mana. Saya mendekati pengarah kreatif yang sedang menghadap monitor kamera. Dengan muka serupa celaka, dia buat tak pandang dan diam bila saya bertanya, “From which production house? Which agency? What commercial?”

Dengan muka bengongnya dia selamba sahaja seolah-olah ia terlalu rahsia. Pembantunya yang bengong pun menyampuk, “Tak tahu.. saya tak tahu.” Bengong punya Cina. “Awak kerja sama tapi awak tak tahu. Very funny!”

Di sebelahnya ada storyboard. Rupanya iklan kamera digital Olympus. Dari stroryboard itu, saya lihat ada lebih kurang 12 shot. Ceritanya: pasar pagi, ada satu budak perempuan masuk namanya Siti — si budak lelaki yang turut sama berjualan berkata, “Eh Siti lah…” Kamera menuju kepada tangan budak yang mengambil kamera Olympus seperti tersorok dalam bekas. Ambil kamera untuk ambil gambar Siti, rupa-rupanya yang lain (yang berjualan) mengambil kamera sama untuk mengambil gambar Siti.

Betul-betul produksi iklan yang bangang! Apa ‘target market’ kamera Olympus tersebut? Remaja dan pra-dewasa. Urban atau rural? Apa fungsi kamera digital dikaitkan dengan pasar pagi yang pengunjungnya semua Melayu? Perlukah? Bagi pengarah kreatif yang bengong ia perlu.

Hampir semua shot menggunakan medium shot dan close-up. Itu yang saya lihat di storyboard. Jadi apa fungsinya menggunakan ‘extra’ sampai lebih kurang 100 orang itu? Inilah dia contoh kebodohan. Besar sangatkah bajetnya sampaikan pembaziran ‘prop’ yang mana boleh diminimumkan sekecil mungkin. Tanpa perlu menggunakan ‘prop’ (membina pasar pagi), tanpa perlu ‘casting’ sehingga 100 orang begitu tetapi ‘target market’ sampai kalau menggunakan khidmat agensi pengiklanan yang terkenal. Matlamat tak sampai hanya kerana pengarah kreatif yang bengong dan muka seperti Cina kalah judi. Memang bodoh sekali membina semula pasar pagi tanpa memikirkan fungsi pasar pagi tu.

Dalam pengiklanan ada dua perkataan penting iaitu ‘fungsi’ dan ‘target market’. Apa fungsinya membina semula pasar pagi yang menelan belanja besar itu. Apa pula target market untuk iklan itu? Saya tak fikir Cina bengong itu tahu dua elemen penting itu. Dia mungkin hanya tahu melihat ‘frame’ sahaja dan artistik.

Olympus silap memilih agensi iklan dan agensi iklan tersilap memilih production house yang diketuai oleh Cina bengong itu.

Sepatutnya, kalau production rendah, boleh digunakan bajet yang ada untuk melebihkan ‘airtime’. Kalau sudah production tinggi, tentu hanya tinggal sedikit saja bajet untuk ?airtime?.

Memang tak kena sama sekali. Saya pasti ia iklan yang gagal.

Kalau diberi kepada saya dengan shot yang sama, saya akan menggunakan ‘prop’ yang paling minimum, casting pun tak lebih dari 10 orang. Sama sekali tak perlu mengada-ngada menggunakan crane, dolly. Yang penting kamera dan lighting sahaja. Saya akan shot di taman — sekumpulan remaja lelaki jogging di taman, kemudian salah seorang berkata, “Eh Siti…” Remaja yang syok dengan Siti yang sedang berjogging akan mengeluarkan kamera dari pinggangnya — mengambil gambar tanpa disedari oleh Siti. Bila dia menoleh belakang, ramai pula orang-orang dewasa yang turut sama mengambil gambar Siti.

Mudah saja. Belanja kecil, sasaran sampai. Tempoh penggambaran pun singkat, lebih kurang 4 jam sahaja.

Begitulah kisahnya, Cina yang OK di Taman Bukit Kiara dengan Cina yang bengong di tapak pasar pagi Sungai Pencala.

 

Razzi Armansur

Razzi Armansur

Once a writer always a writer.