Hari ini Ahad, tak menulis. Duduk tengok anak-anak main game dan tengok TV cerita animasi Aladdin. Ingat-ingat kembali, memang dah terlalu lama tak tengok TV secara serius, hanya tengok seimbas-imbas sahaja melainkan kalau ada cerita epic seperti Atilla The Hun (cerita berasaskan kepimpinan), National Geographic, rencana perniagaan, mesti tak pernah saya terlepas. Menonton dengan khusyuk sambil menyerap ilmu-ilmu untuk digunakan semula.
Selalu sangat bising bila isteri dan anak tengok cerita Korea. Pertama kerana ceritanya jiwang tak ada mesej dan tak mengembangkan otak. Kedua menggalakkan budaya gay sebab hero cerita Korea mesti dipilih dari kalangan yang muka betina atau yang “membetinakan diri.” Tak macho langsung! Tak layak jadi lelaki sebab lembut dan rabun dibuat-buat (tak rabun tapi pakai cermin mata. Lucu tak?).
Dalam cerita Alladin, ada sebuah kampung yang kena serang. Alladin dan kawan-kawannya berjaya menyelamatkan. Pengetua kampung dan kuncu-kuncunya menyorok kerana takut. Bila Aladdin sudah hampir menang dan pasti akan menang, berkatakan pengetua tersebut kepada kuncu-kuncunya: “Inilah masanya untuk keluar, muncul di saat akhir dan dapat publisiti.”
Inilah yang diamalkan di Malaysia. Biasa melihatnya? Terlalu biasa sebab permainan biasa ahli politik. Terlalu biasa. Bahkan kawan anda pun biasa melakukan. Mula-mula terlalu liat untuk melaksanakan projek. Sangat liat tetapi bila sudah mula menampakkan hasil atau pasti akan berjaya, kawan anda akan muncul, buat-buat menyibuk bahkan melebih-lebih untuk meraih publisiti. Orang lain yang bersusah payah, berhempas pulas tetapi publisti kalau boleh milik kawan anda tadi. Biasa melihatnya? Terlalu biasa. Yang peliknya, bila gagal atau akan menemui kegagalan, tidak pula dia muncul. Pelik? Tidak pelik kerana itulah tabiat semula jadi manusia. Manusia enggan bersusah-payah tetapi sangat gemar sanjungan.
Walaupun orang lain yang mengusahakan tetapi tanpa malu dan segan silu dia turut sama menumpang sanjungan itu. Kalau setakat menumpang masih boleh dimaafkan — yang menyedihkan dia akan mengatasi, teratas dalam sanjungan dan publisiti.
Itu rahsianya — muncul di saat akhir (bila menang dan berjaya) bagi mendapat semua publisiti. Hilangkan diri bila gagal, atau pusing cerita, alih perhatian kepada cerita lain. Setiap hari perkara seumpamanya berlaku di depan mata.